Pages

Subscribe:

Tuesday 31 January 2012

Siaran Langsung Manchester United Vs Stoke City



MANCHESTER UNITED VS STOKE CITY

ESPN (CH812)
ESPN HD (CH832) 
3.55 am LIVE

Preview: Manchester United Vs Stoke City

          Awal pagi nanti Manchester United akan bertemu dengan Stoke City untuk meneruskan persaingan dalam merebut gelaran Liga Perdana Barclay.Sekali lagi kecederaan menghantui Man Utd dengan hanya Rio Ferdinand  sahaja yang pulih dari kecederaan. Tambah memeritkan untuk United adalah kecederaan penyerang utama Wayne Rooney.



          Pada pendapat admin, SAF akan menggunakan formasi yang sama sewaktu menentang Liverpool sabtu lalu. Alex Ferguson akan menggunakan formasi seperti dibawah:

David De Gea

Rafael - Smalling - Evans - Evra

Valencia - Scholes - Carrick -Giggs

Park

Welbeck

         Ferguson juga mungkin merehatkan seorang pemain tengah samaada Giggs atau Scholes untuk memberi peluang kepada Hernandez dan sekaligus merehatkan salah seorang dari mereka untuk perlawanan lebih penting bertemu Chelsea hujung minggu ini. David De Gea juga mungkin akan digantikan dengan Anders Lindegaard setelah persembahan kurang memberangsangkan ketika bertemu Liverpool.

          Dari segi kecederaan untuk Stoke, mereka hanya kehilangan Matthew Etherington berbanding United yang kehilangan hampir 9 pemain utama. Anderson dan Ashley Young dilaporkan telah turun menjalani latihan penuh bersama united dan admin yakin mereka tidak akan diturunkan untuk mengelakkan kecederaan. United juga harus bersedia untuk berdepan dengan fizikal pemain Stoke City yang kebanyakkannya lebih berbadan besar jika dibandingkan dengan United.

          Admin juga berpendapat bahawa Rio Ferdinand mungkin akan diturunkan untuk menyaingi ketinggian pemain-pemain Stoke City dan Chris Smalling akan diletakkan dibahagian bek kanan untuk memberi cabaran dari segi ketinggian. Sepeti diketahui ramai yang Chris Smalling memiliki fizikal yang lebih besar berbanding dengan Rafael dan beliau lebih layak untuk bermain pada perlawanan pagi ini berbanding Rafael. Stoke City dikenali ramai dengan cara mereka bermain yang mengutamakan set piece untuk menjaringkan gol. So, United harus berhati-hati sewaktu Stoke City mendapat tendangan percuma ataupun sepakan sudut. Sekian
       

Monday 30 January 2012

5 Sebab Kenapa SAF Harus Membeli Bek Kanan

Hello Ladies and Gentelman..

          Bek Kanan merupakan posisi yang agak merisaukan buat Manchester United untuk ketika ini. SAF telahpun menurunkan 5 pemain berbeza di posisi itu sepanjang musim ini. Antonio Valencia,Chris Smalling, Phil Jones, Rafael Da Silva dan Fabio Da Silva masing-masing telah mengisi posisi tersebut sepanjang musim ini. Ini bermakna posisi tersebut tiada pemain yang betul-betul berkaliber.

1)   Persaraan Gary Neville, Perpindahan Wes Brown dan John O'shea
          Untuk lebih kurang 10 tahun yang lepas, 3 pemain inilah yang mengisi posisi bek kanan untuk United. United kehilangan ketiga-tiga pemain ini di penghujung musim lalu. unutk musim ini, SAF sepatutnya membeli pemain bek kanan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan mereka. Sebaliknya, SAF hanya membeli Phil Jones yang selesa bermain di posisi Bek Tengah berbanding di posisi bek kanan.



2)   Kecederaan Serius Nemanja Vidic Dan Tahap Kecergasan Rio Ferdinand
          Seperti yang diketahui ramai, Vidic akan disisihkan sehingga hujung musim ini akibat kecederaan serius. Begitu juga pasangan serasinya di bahagian pertahanan iaitu Rio Ferdinand yang telah lama mengalami kecederaan di bahagian belakang. Ini bermakna pemain sepeti Chris Smalling dan Phil Jones yang selalu beraksi dibahagian bek kanan terpaksa kembali beraksi di bahagian tengah.



3)   Kekurangan Pengalaman Bek Kanan Sedia Ada
          Pengganti untuk posisi bek kanan United masih muda belia dan masih kekurangan pengalaman. Fabio dan Rafael Da Silva masing-masing berusia 21tahun, Chris Smalling berusia 22tahun dan Phil Jones berusia 19tahun. Jika dibandingkan dengan pencabar United seperti Chelsea,Man City, Arsenal, dan Liverpool, kesemua kelab itu mempunyai pemain bek kanan yang lebih berpengalaman dari United.

4)   Kecederaan Berulang Fabio dan Rafael
          Rafael dan Fabio merupakan pemain yang selalu beraksi di bahagian bek kanan untuk United. Mereka ini amat mudah tercedera ketika perlawanan ataupun latihan. Ini adalah kerana  kekurangan pengalaman. Menurut Alex Ferguson, kedua mereka gemar melakukan tackle-tackle yang merbahaya kan diri mereka dan akhirnya mereka boleh tercedera akibat tackle mereka itu.



5)   Ketidakupayaan Rafael Untuk Bertahan Dengan Baik
          Jika anda semua menyaksikan perlawanan United, mesti anda perasan yang Rafael kerap naik keatas untuk membantu serangan dan bahagian pertahanan kanan agak terdedah kepada musuh. Man Utd telahpun dihukum oleh Arsenal akibat Rafael naik membantu serangan dan membiarkan kawasan jagaan beliau diserang oleh Alex Oxlade Chamberlain dan Chamberlain mencipta peluang untul membolehkan Robin Van persie menjaringkan gol.

Kesimpulannya, cepat-cepat la beli right back SAF oii.. Haha, Adios

Alex Ferguson: Saya Tidak Tahu Macam Mana Kami Boleh Kalah

Hai Hai

          Alex Ferguson dipetik berkata kepada ITV bahawa beliau agak hairan bagaimana skuad kendaliannya boleh tewas kepada Liverpool setelah bermain baik sepanjang perlawanan tersebut. Man Utd mennguasai keseluruhan perlawanan dan hanya tewas dengan gol saat akhir dari Dirk Kuyt. Beliau juga berkata bahawa skuad kendaliannya tidak patut kalah dalam perlawanan tersebut setelah bermain dengan baik dan mendominasi keseluruhan perlawanan.

          Dalam temubual lain, kapten Liverpool iaitu Steven Gerrard mengakui bahawa pasukannya tidak layak menang berdasarkan keseluruhan persembahan yang di tunjukkan dan ketidakmampuan mereka untuk menguasai perlawanan tersebut. Gerrard juga berkata mereka harus memberi kredit kepada United kerana bermain baik tetapi keputusan di akhir perlawanan lebih penting dari segalanya. So kepada fan Man utd, teruskan menyokong ok. tata

Sunday 29 January 2012

Sayonara Mame Biram Diouf

Hello ladies and gentlemen..

          Mame Biram Diouf merupakan pemain terbaru yang meninggalkan United akibat kekurangan peluang untuk beraksi. Diouf meninggalkan United dengan jumlah yuran perpindahan berjumlah 1.5 juta pound untuk menyertai kelab dari Bundesliga iaitu Hannover. Diouf dibeli dengan harga 3.5 juta pound. So maknanya Man Utd rugi la 2 juta pound. Diouf di pinjamkan kepada Blackburn pada musim lalu, beliau berjaya membuat 19 penampilan bersama Blackburn dan menjaringkan 6gol untuk pasukan tersebut.


          Persembahan hebat Javier Hernandez dan Danny Welbeck membuatkan peluang Diouf untuk membuat penampilan bersama United semakin tipis. Untuk masa ini, SAF lebih gemar meletakkan Will Keane di bangku simpanan berbanding Diouf kerana Keane lebih muda dan mempunyai peluang yang lebih cerah untuk menyinar berbandin Diouf. Semoga Diouf berjaya membantu Hannover dalam merebut Piala Europa League dan juga gelaran Bundesliga. Adios

Ulasan Perlawanan Liverpool Vs Manchester United (FA Cup)

Hai Gangs..

          Sob sob sob.. Ye seperti yang diketahui ramai, pasukan kesayangan kita tewas kepada Liverpool dalam kejohanan Piala FA. Jaringan dari Daniel Agger dan Dirk Kuyt membantutkan langkah Skuad The Red Devils dalam saingan Piala FA kali ini. Park Ji Sung menyumbangkan 1 gol dalam perlawanan menentang skuad kendalian King Kenny itu.


1)  Evra di Boo
          Siapa yang tengok match semalam mesti tahu punya la yang Evra telah di Boo sepanjang perlawanan menentang Liverpool. Admin tidak paham kenapa mesti Evra di Boo kerana memperjuangkan isu perkauman. Lainlah ceritanya kalau Evra sengaja membuat tuduhan melulu dan Suarez sememangnya tidak bersalah dalam perlawanan tersebut. Suarez telah didapati bersalah kerana memainkan isu perkauman dan telah di gantung 8 perlawanan.

2)  Welbeck kurang menjadi sebagai striker tunggal
          Well, seperti yang kita tengok semalam. Welbeck agak kurang menjadi bermain berseorangan di bahagian hadapan. Beliau sering kehilangan bola. Untuk permulaan perlawanan, Liverpool bermain dengan 5 pemain pertahanan dan pemain muda seperti Welbeck agak kurang berpengalaman untuk menghadapi player Liverpool yang lebih berpengalaman. Kita juga nampak agak merindukan sentuhan Wayne Rooney yang tercedera ketika bertemu dengan Arsenal.

3)  David De Gea
         Fuhh.. memang cuak tengok De Gea bermain semalam. Untuk gol yang pertama, boleh dikatakan sememangnya De Gea harus dipersalahkan sehingga memaksa SAF mengarahkan Lindegaard memanaskan badan untuk menggantikan DDG. Untuk gol yang pertama DDG sepatutnya berada di kedudukan lebih baik untuk menghalang sepakan sudut dari pemain Liverpool. Semoga prestasi De Gea lebih baik selepas ini

4)  Tidak mengambil peluang
          Manchester United menguasai perlawanan tetapi agak membazir kerana tidak dapat menjaringkan gol.
Kita dapat lihat pemain Man utd lebih menguasai bahagian tengah berbanding Liverpool. Persembahan pemain tengah agak boleh dipuji kerana persembahan hebat yang ditunjukkan terutamanya Paul Scholes yang hebat menguasai bahagian tengah walaupun sudah berusia 37tahun.

5)  Kecederaan menghampakan United
           Nani, Rooney, Ferdinand, Jones dan Young tidak dapat beraksi untuk United dalam perlawanan semalam. Memang gila la kalau pemain utama tidak dapat beraksi. Berbanding Liverpool yang hanya kehilangan Suarez dan Lucas sahaja. Tapi takpe, takdela teruk sangat mereka bermain walaupun pemain utama tidak beraksi. Semoga pemain yang cedera akan cepat sempuh. Adios

Full Highlight Liverpool Vs Manchester United (FA Cup)

Morning Uolls.

          Seperti yang telah diketahui ramai, pasukan kita telah tewas kepada musuh tradisi semalam. So, tak nak cakap banyak. Kita layan jek highlight yang tidak seberapa indah untuk ditonton ni. Huhu





Disclaimer : I do not upload or host this video highlight, just embedded around the web. TQ

Saturday 28 January 2012

Dah Kalah.. Sob Sob Sob....


Liverpool FC 2 : 1 Manchester United
Agger, Kuyt : Park Ji Sung

P/S: Ulasan penuh esok.. Still frust.. haha

Lineup Menentang Liverpool (FA Cup)


DAVID DE GEA

RAFAEL - SMALLING - EVANS - EVRA

VALENCIA - CARRICK - SCHOLES - PARK

GIGGS

WELBECK 

Siaran Langsung Liverpool Vs Manchester United (FA Cup)

Hello hello..


English FA Cup 4th Round

LIVERPOOL VS MANCHESTER UNITED
ESPN (CH812) & ESPN HD (CH832) 
8.40 pm 
LIVE

Preview FA Cup Pusingan Ke 4 : Liverpool Vs Manchester United

Hello ladies and Gentlemen

          Mesti ramai yang dah tau Manchester United akan berkunjung ke Anfield untuk mebuat perhitungan dalam perlawanan pusingan ke 4 Piala FA. Pertemuan terakhir di antara kedua-dua pasukan berkesudahan dengan seri 1-1. Jaringan Javier "Chicharito" Hernandez berjaya membantu United meraih 1 mata dalam pertemuan  tersebut.

          Dalam pertemuan itu juga, Luis Suarez telah bertegang urat dengan Patrice Evra kerana Suarez dengan sengaja menimbulkan isu perkauman. Suarez telah dihukum dengan penggantungan 8 perlawanan kerana didapati bersalah menimbulkan isu perkauman dan tidak akan beraksi dalam pertemuaan dengan United malam ini. Ada khabar angin yang menyatakan bahawa Patrice Evra tidak akan bermain untuk mengelakkan ketegangan bersama pemain dan peminat Liverpool.

           Minggu ini sahaja, Alex Ferguson telah pun menasihatkan peminat United yang akan berkunjung ke Anfield supaya menjaga tingkah laku untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.Pada pendapat admin, Evra akan bermain dalam perlawanan malam ini kerana beliau adalah kapten United pada ketika ini setelah Nemanja Vidic mengalami kecederaan teruk. Disamping itu, persembahan hebatnya sewaktu bertemu Arsenal membuatkan SAF tidak mungkin akan memilih pemain lain di posisi bek kiri United.


          Dari segi kecederaan, Liverpool dilihat mempunyai kelebihan kerana hampir semua pemain utama mereka berada dalam condition terbaik untuk bertemu United. Hanya Lucas Leiva mempunyai sedikit keraguan untuk diturunkan. Bagi United, terlalu banyak kecederaan yang dialami oleh pemain United untuk disebabkan dan hampir semuanya adalah pemain utama seperti Rio Ferdinand, Phil Jones, Ashley Young, Nani,Vidic, Cleverley dan juga Abderson.

          Bahagian tengah merupakan bahagian yang paling membimbangkan untuk United akibat kecederaan yang dialami pemain-pemain United. Sekiranya Nani tidak sempat pulih untuk perlawanan ini, admin amat yakin bahawa Rooney akan diturunkan sebagai pemain midfield dan Fergie akan meletakkan Chicharito dan Welbeck dibahagian hadapan. Itu hanya ramalan ye. Jangan percaya k.  Adios

Steven Gerrard Vs David De Gea

Semperna pertembungan Liverpool Vs Manchester United malam ni. Admin letak entri santai k. 
Agak-agak sape menang ?? Mana lagi lawa ek?? Haha
Wife Gerrard VS Awek David De Gea
Alex Gerrard VS Edurne Almagro
           

Friday 27 January 2012

Rahsia Di Sebalik Prestasi Hebat Antonio Valencia

Hai gengz..

          Kebelakangan ni kita dapat lihat prestasi Antonio Valencia amat memberangsangkan. Persembahan hebat Antonio Valencia ketika menentang Arsenal amat dikagumi semua. Valencia menyumbang 1 gol dan 1 assist dalam perlawanan tersebut. Valencia berkata prestasi hebatnya itu adalah kerana latihan khas yang diikutinya selepas mengalami kecederaan teruk musim lalu. Bawah ni gambar ketika Valencia sewaktu tercedera menentang Rangers dalam kejohanan Liga Juara Eropah musim lalu.

     
          Valencia juga menjalani sesi untuk mengelakkan kecederaan seperti berurut, berehat dan lain-lain. Valencia dipetik berkata yang beliau telah berusaha bersama doktor dan fisio untuk membina otot kakinya agar tidak mudah tercedera. Semoga Valencia dapat membantu United dalam melaksanakan misi mempertahankan kejuaraan. Sekian.

Park Ji Sung Tidak Akan Kembali Mewakili Korea Selatan

Hai Hai Hai..

          Mesti ramai yang kenal Park Ji sung kan. Kalau beli Mister Potato mesti ada muka dia. Haha.Park Ji Sung merupakan pemain utama Manchester United yang mewakili Korea Selatan di pentas antarabangsa. Park telah pun mengumumkan persaraannya di peringkat antarabangsa dan menumpukan kariernya bersama Manchester United sahaja. 

          Korea Selatan kelihatan terdesak untuk menyelamatkan kempen kelayakan Piala Dunia mereka setelah mereka tewas ketika perlawanan menentang Lebanon baru-baru ini. Park berkata yang dia tidak pernah terfikir untuk kembali beraksi bersama Korea Selatan selepas mengumumkan persaraan. Dia juga menegaskan bahawa situasi sukar yang dihadapi oleh Korea Selatan dalam kempen Kelayakan Piala Dunia mungkin tidak dapat diatasi jika pemain sepertinya kembali dari persaraan. Akhir kata, annyeong haseyo untuk Park. Haha


Scholes Masih Takutkan Ferguson

Salam Jumaat,

          Diusia 37tahun, Paul Scholes mengaku dia masih takut kepada Sir Alex Ferguson. Sir Alex terkenal dengan sikap tegasnya dalam mendidik pemain-pemain di Man Utd sehingga menjadi bintang. Mari kita sandarkan kepada kenangan tahun 2003, dimana Sir Alex Ferguson mengamuk dengan pemain United akibat kekalahan dalam Piala FA kepada Arsenal. SAF dengan tidak sengaja menyepak boot dan terkena kening David Beckham. Based on peristiwa tu, rasanya korang boleh bayangkan la "aura" si Ferguson ni macam mana sampai dah tua pun si Scholes still takutkan si Fergie ni. Jom kita layan gambar parut di kening Beckham akibat insiden tersebut. Haha



          Scholes menyatakan dia takut untuk memberitahu Ferguson tentang niatnya untuk kembali bermain kepada SAF kerana bimbang reaksi negatif dari pengendali United itu setelah mengumumkan persaraan penghujung musim lalu. Bagaimana pun, SAF memberi reaksi positif terhadap Scholes dan memanggil beliau untuk keluar dari persaraan dan terus membantu United untuk memenangi gelaran Liga ke 20.

          Sejak keluar dari persaraan, Scholes berjaya membantu United untuk menang 3 perlawanan berturut-turut termasuklah jaringannya menentang Bolton Wanderers dalam perlawanan Liga. Scholes menolak pujian yang diberikan kepadanya berdasarkan 3 kemenangan berturut-turut itu dan beliau menyatakan yang dia masih belum memberikan impak yang besar terhadap United. Beliau juga menyatakan kemenangan itu adalah usaha berpasukan dari semua pemain United. Sebagai penutup, mari kita layan aksi scholes sewaktu
menjaringkan gol menentang Bolton.. Layan..



P/S: Kalau ade fan yang tak ingat pasal Bekham kene boot , memang belum cukup fanatik lagi la tu. haha

Ryan Giggs: Pemain Bola Sepak Boleh Beraksi Sehingga Umur 40.

Hello gangz,

          Pemain tertua paling berusia di Manchester United ketika ini iaitu Ryan Giggs menyatakan yang pemain bolasepak zaman ini boleh beraksi sehingga berusia 40an. Pehh.. Nampak gayanya makin lambat la si Giggs ni bersara. Haha. Tapi takpela, asalkan main bagus kira ok la kan. Giggs percaya semakin ramai pemain yang berusia lebih 30tahun akan terus beraksi sehingga berumur 40 tahun.



          Pada ketika ini, rekod pemain tertua yang beraksi di BPL di pegang oleh bekas lagenda Manchester United iaitu Teddy Sheringham yang beraksi untuk West Ham ketika berusia 40 tahun 270 hari. Kemajuan dalam bidang sains sukan banyak membantu keupayaannya untuk kekal beraksi sehingga ini. Giggs telah di interview oleh MUTV berikutan aksi maktapnya ketika bertemu Arsenal. Kita boleh lihat Giggs lebih menyerlah dibahagian tengah berbanding pemain-pemain Arsenal yang jauh lebih muda daripada beliau.

          Giggs telah membongkar rahsianya dalam temubual itu dengan menyatakan dia mengamalkan yoga untuk kekal sihat sehingga sekarang. Pehh, amal yoga la pulak si Giggs ni. Haha. Giggs hampir pasti akan menyambung kontraknya setahun lagi berdasarkan prestasinya yang agak baik pada ketika ini. Admin memberi sekongan penuh kepada Giggs untuk menyambung kontraknya tetapi Giggs haruslah menjauhkan diri dari skandal supaya imejnya tidak terjejas seperti sekarang. adioss.

       

Thursday 26 January 2012

Keputusan Dan Highlight Perlawanan Menarik Awal Pagi Tadi

Hello gengz

          Korang tengok tak match pagi tadi. Tak tengok ke ? Haha. Penat jek inform korang semalam. Haha. Tak apela. Admin bagitau result jela kat korang dan highlight untuk tontonan umum. Berita paling menarik adalah kekalahan jiran setempat iaitu Manchester City kepada Liverpool dalam Piala Carling. Haha. Tak kesah la siapa yang menang. Takde kene mengene dengan Man Utd pun. haha. So resultnya adalah seperti dibawah.


Liverpool FC 2:2 Manchester City
Steven G,Craig Bellamy : Nigel De Jong, Edin Dzeko

Liverpool mara ke perlawanan akhir bertemu Cardiff City dengan aggregat 3:2




Coppa Italia
Internazionale Milano 0 : 2 Napoli
2 gol Napoli disumbangkan oleh Edinson Cavani



Suku Akhir Copa Del Rey
FC Barcelona 2:2 Real Madrid
Pedro, Daniel Alves : CR7, Karim Benzema

Barcelona mara ke separuh akhir dengan aggregat 4:3



Xherdan Shaqiri, Iker Muniain Dan Winfried Zaha Ke United..

Hai gengz..

          Ini antara rumors yang admin dengar untuk hari ni. Actually, takde la dengar. Just baca around the web. So rasanya Xherdan Shaqiri mesti ramai yang dah tahukan. Beliau merupakan pemain tengah yang beraksi untuk kelab FC Basle iaitu kelab yang telah mencampakkan United ke Liga Europa untuk musim ini. Pemain sayap berusia 21 tahun itu dikatakan akan menjadi pengganti kepada Park Ji sung yang semakin meningkat umurnya.

         Baru-baru ini, bidaan Galatasaray bernilai 10 juta pound telah ditolak oleh FC Basle dan ini membuka ruang untuk Manchester United untuk mendapatkan pemain itu. FC Basle dikatakan sebanyak 20 juta pound untuk pemain berbakat itu. Selain United, Spurs, Bayern Munich dan juga AC Milan dikatakan amat berminat untuk mendapatkan tandatangan pemain itu.


          Iker Muniain juga dikaitkan dengan Manchester United. Pemain Atletico Bilbao itu dikatakan menarik minat Chelsea dan juga Tottenham. Bermain dibahagian midfield, Muniain dikatakan lebih berbakat daripada daripada Mesut Ozil ketika mereka sama-sama bermain sewaktu kelab yang diwakili Munian iaitu Bilbao bertemu dengan kelab yang diwakili oleh Ozil iaitu Werder Bremen pada kejohanan liga Europa pada tahun 2008. Lebih menarik perhatian admin, David De Gea yang juga merupakan kawan baik kepada Muniain telah banyak memberikan info kepad Skuad United tentang kebolehan pemain itu.

        

          Dalam berita yang lain pula, United juga dikaitkan berminat dengan pemain berbakat Crystal Palace iaitu Winfried Zaha. Zaha berjaya menarik perhatian dari skuad The Red Devils setelah pasukan diwakilinya iaitu Crystal Palace berjaya menewaskan United dalam perlawanan Piala Carling yang berlangsung di Old Trafford. Newcastle juga dilaporkan membuat bidaan sebanyak 10 juta pound untuk mendapatkan pemain berbakat itu.

Gerard Pique Bercerita Tentang Perbezaan Antara SAF Dan Pep Guardiola

Hello semua..

          Gerard Pique merupakan pemain pertahanan Barcelona yang dibeli oleh SAF ketika berusia 17 tahun. Beliau kembali ke Barcelona kerana tidak mendapat tempat di United kerana SAF lebih menyukai Jonny Evans kerana prestasinya yang lebih baik sewaktu dipinjamkan kepada Sunderland. Pique dianggap bertuah kerana telah dibimbing oleh 2 jurulatih paling berjaya ketika ini iaitu Sir Alex Ferguson dan juga Pep Guardiola. Jom layan gambar Pique ketika beraksi bersama United dulu.


         
          Gerard Pique menjelaskan bahawa Pep Guardiola dan SAF sangat-sangat berbeza. Pique menyatakan Sir Alex adalah seorang pengurus dan akan menghabiskan di pejabat dan amat jarang turun ke padang latihan. Sir alex akan menghabiskan kebanyakan masa dipejabat untuk menyelesaikan pelbagai tugas berkaitan dengan kelab. Pique juga menjelaskan bahawa SAF merupakan seorang motivator baik dan setiap kata-katanya untuk menaikkan semangat pemain sebelum perlawanan bermula amat fantastik.

          Pep Guardiola pula lebih banyak menghabiskan masa bersama pemain di padang latihan dan akan menghabiskan masa selama 10jam untuk menonton video pihak lawan sebelum merangka strategi bagaimana untuk menyerang dan menewaskan mereka. Well, berdasarkan berita yang admin baca. Pep Guardiola memang disebut-sebut akan calon unutk menggantikan SAF ketika SAF bersara nanti. So, sama-sama la kita nantikan siapakah yang layak mengganti SAF bila dia pencen nanti. mungkin admin patut buat entri baru untuk calon pengganti SAF pulak lepas ni. Adioss.

Wednesday 25 January 2012

Perlawanan Bola Sepak Menarik Malam Ini Di Astro

Hello gengz..

          Ada siapa-siapa yang free malam ni ?? Tak tahu nak buat ape malam ni?? atau korang still cuti lagi esok. Ape kate korang layan beberapa berlawanan menarik malam ni melibatkan kelab-kelab musuh bagi Man Utd. Ahaha. Dinasihat untuk korang tidur la dulu sebab match akan bermula jam 3.40am. Korang bangunla awal sikit dalam pukul3 ke, boleh jugak tahajud dulu. Huhu Ade 3 perlawanan yang agak best untuk malam ni..


Coppa Italia 
Inter Milan vs Napoli
Astro Supersport 2 (816)
Pukul 3.40am


Carling Cup Separuh Akhir
Liverpol vs Manchester City
Astro Supersport 3 (817)
Pukul 3.40am


Copa Del Rey
Barcelona vs Real Madrid
Astro Supersport (811)
Astro Supersport HD (831)
Pukul 4.55am



Chicharito dan Aweknya Leticia Sahagun

Hello gadis-gadis semua..

          Asyik cerita pasal bola jek seminggu ni, baik kita beralih kepada perkara yang agak santai. Haha. Mesti ramai yang sudah tahu tentang term WAG yang bermaksud Wife and Girlfriend. Untuk sesi pertama kali ini, kita akan memperkenalkan WAG kepada Javier "Chicharito" Hernandez iaitu Leticia Sahagun. Malas nak cakap banyak. Kita layan dulu gambar kemesraan mereka ini. Ekeke. Kepada gadis-gadis, jangan frust ok. Huhu



          Lety dan Hernandez sudah berpacaran selama 2tahun sebelum Hernandez menyertai United lagi. Lety merupakan pelajar dalam bidang International Relation di Monterrey. Chicharito juga ada di kaitkan dengan seorang lagi wanita bernama Chaska Borek. Selepas puas menggoogle , admin masih belum menjumpai gambar mereka berdua. Kalau korang jumpa boleh la email kat admin. Nanti kita buat story baru plak. So kesimpulannya, untuk masa sekarang bolehlah dikatakan memang Hernandez sedang berpacaran dengan Lety Sahagun. Sekian.

Hernandez Sedia Memperkuatkan United

Hello Ladies and Gentellmen

          Musim ini merupakan musim yang amat sukar untuk Javier Hernandez. Banyak cubaan atau halangan yang dialami oleh Hernandez musim ini. Pada awal musim ini, Hernandez telah ketinggalan untuk menyertai latihan pra-musim United di Amerika kerana terpaksa membantu skuad Mexico dalam Kejohanan Piala Emas Concacaf. Di kejohanan itu Hernandez berjaya menjadi penjaring terbanyak.

          Beliau kembali menyertai skuad United sebaik berakhirnya kejohanan tersebut. Latihan bersama skuad United selepas kejohanan tersebut berakhir di Hospital apabila Hernandez mengalami hentakan kuat ketika menanduk bola. Selepas pada insiden tersebut, prestasi Hernandez agak kurang menyerlah dan memberi peluang untuk Danny Welbeck lebih menyinar bersama United.



          Pemain yang terkenal dengan gelaran Chicahrito itu juga mengalami beberapa siri kecederaan selepas itu dan mengehadkan penampilannya bersama United. Hernandez hanya mampu menyumbangkan 6 gol sahaja untuk United pada musim dalam semua kejohanan bersama United. Menurut kata SAF, Hernandez telah kembali ke prestasi asalnya kebelakangan ini dan mampu membantu united untuk mengekalkan trofi Liga Perdana Barclay untuk musim ini. Ferguson amat gembira dengan perkembangan positif Hernandez dan percaya dengan kehadiran semula hernandez akan memberi lebih banyak variasi dibahagian serangan. Adios

Fergie: Saya Tidak Menjangkakan Flecther Akan Kembali

HAi Semua..

          Fergie berkata dia tidak menjangkakan Darren Fletcher akan kembali pulih dari kecederaan dalam waktu terdekat. Chronic bowel complaint adalah penyakit yang dihidapi oleh Fletcher. Admin pun tidak berapa familiar dengan penyakit tersebut dan pada pendapat admin ianya berkaitan dengan usus ataupun bahagian organ dalaman manusia. 

          Ini merupakan kehilangan besar untuk Man Utd dibahagian midfield kerana Fletcher merupakan antara watak utama untuk United dalam 2-3tahun kebelakangan ini. Fletcher akan disisihkan oleh sehingga akhir musim ini. Fletcher merupakan pemain kedua United yang akan disisihkan sehingga akhir musim ini selepas Nemanja Vidic. Nemanja Vidic terpaksa disisihkan setelah terpaksa menjalani pembedahan dibahagian kaki akibat kecederaan yang dialami ketika menentang FC Basel. Semoga kedua-dua pemain ini cepat sembuh ye.

Lindegaard: De Gea Akan Menjadi No. 1 Setelah Saya Bersara

Hai Hai Hai..

          Nampaknya persaingan untuk posisi No 1 pasukan kesayangan kita semakin hangat. Lindegaard, keeper yang berasal dari Denmark tidak mahu memberi laluan mudah untuk David De Gea mendapatkan tempat sebagai penjaga gol utama The Red Devils. Lindegaard berazam untuk memastikan DDG hanya memanaskan bangku simpanan untuk seabad yang akan datang sehinggalah beliau bersara. Haha. Memang hebat azam si Lindegaard ni.

          David De Gea tidak diturunkan sejak melakukan kesilapan yang menyebatkan Man Utd tewas mengejut kepada Blackburn Rovers beberapa minggu lalu. Lindegaard menggantikan tempat DDG sejak dari kekalahan itu. Lindegaard dengan konfidennya menyatakan DDG akan menjadi Keeper yang terbaik pada masa akan datang tetapi untuk masa ini dia akan memberi tentangan sengit untuk mendapat tempat sebagai penjaga gol utama di Manchester United. Apepun kita layan dulu gambar DDG bermesra dengan Lindegaard. Haha.


          Bagi admin De Gea ni memang power. Tapi mungkin disebabkan oleh kekangan bahasa membuatkan De Gea kurang efektif untuk mengawal gawang United. Dari segi pengalaman, De Gea memang sudah mempunyai pengalaman luas walaupun umurnya masih muda. Beliau sudah mengecapi banyak gelaran bersama Athletico Madrid dan juga skuad bawah 23 tahun Sepanyol. Pengalaman itu lebih berharga dari Lindegaard yang beraksi untuk kelab di Denmark. Apepun kita juga yang beruntung kerana mempunyai 2 penjaga gol yang hebat untuk menjaga gawang United dari dibolosi. Akhirul Kalam, Glory Glory Man Utd

United Tidak Berminat Kepada Mateo Kovacic Kerana Harga Terlalu Tinggi

Hai uolls..

          United dikatakan tidak meneruskan  minat mereka terhadap Mateo Kovacic kerana harganya yang terlalu tinggi. Pemain yang berasal dari Croatia itu merupakan pemain playmaker yang berbakat kerana baru berusia 17 tahun ketika beliau dapat menyertai skuad utama Dinamo Zagreb. Memang power la kan baru umur 17tahun dah main skuad utama. Kovacic juga membantu pasukannya dalam kejohanan Liga Juara Eropah untuk musim ini.

          United dikatakan tidak mahu membelanjakan wang untuk pemain yang belum terbukti keupayaannya di peringkat tertinggi. Selain United, seperti biasa la. City juga dikatakan berminat untuk mendapatkan pemain ini. Setelah United tidak meneruskan minat mereka terhadap pemain ini, City dikatakan mempunyai peluang yang tinggi untuk mendapatkan pemain ini. Untuk yang tak kenal Mateo Kovacic. Boleh usha gambar kat bawah k. Tatata

Brighton Membuat Bidaan Mengejut Untuk Mendapatkan Michael Owen

Hai Beb..

          Kelab dari Liga Kejuaraan iaitu Brighton membuat bidaan mengejut terhadap Michael Owen. Kelab yang di bawah kendalian lagenda Chelsea iaitu Gustavo Poyet amat memerlukan bantuan Owen untuk membantu pasukan mereka supaya dapat kekal di Liga Kejuaraan untuk musim akan datang dan bersaing untuk mendapatkan tempat untuk berada di Liga Perdana Barclay. Brighton pada masa ini berada di tempat ke 11, 12 mata ketinggalan dari pendahulu liga.

Tuesday 24 January 2012

Smalling: Man City Akan "Berkecai"

Hello beb...

          Sudah menjadi tradisi pemain-pemain Man Utd untuk memberi komen-komen pedas kepada musuh-musuh tradisi kita. Untuk kali ini giliran Chris Smalling pula untuk memberi komen-komen membara. Haha. Ayat sebenar Chris Smalling adalah macam ni "Soon enough, if we keep ticking these wins then they'll crumble". Apepun kita layan dulu gambar Chris Smalling sewaktu bermain dengan Maidstone. haha. Kacak kan dia.



          Chris Smalling sengaja memanaskan keadaan dengan mengatakan Man City akan "berkecai" akibat tekanan dari Man Utd. Smalling yakin dengan tekanan yang diberikan oleh United akan membuatkan City tidak tentu arah untuk mempertahankan kedudukan mereka di tangga teratas Liga Perdana Barclay. Smalling yakin dengan kemenangan yang sentiasa dicipta akan menggugat prestasi City yang kebelakangan ini agak goyah.

          Smalling juga berkata persaingan untuk merebut gelaran juara Liga hanya melibatkan 3 pasukan untuk ketika ini iaitu Spurs, City dan juga Man Utd. Ketiga-tiga pasukan ini mempunyai peluang yang sama rata untuk merebut gelaran liga. Pasukan lain seperti Chelsea dan Arsenal akan berasa sukar untuk mengejar dan merebut gelaran liga.
 

Shinji Kagawa , Ricky van Wolfswinkel & Alan Dzagoev ke United??

Hello hello..

          Ini antara rumors perpindahan pemain yang admin dengar melibatkan seorang pemain sayap, seorang pemain tengah dan juga seorang striker. Pehh, memang banyak la perhatian yang diberikan kepada Man Utd pada musim perpindahan pemain ni. Bila Man utd hantar Scout untuk menilai prestasi seseorang pemain jek. mesti pemain tersebut dikaitkan dengan Man Utd. Apepun, jom kita usha tentang pemain yang dikaitkan dengan United ni. Check it out...

          Shinji Kagawa dikaitkan dengan perpindahan ke United sejak akhir musim lalu lagi. Pemain yang berasal dari Jepun ini merupakan antara pemain bernilai untuk skuad Borussia Dortmund dan membantu pasukan itu menjuarai Bundesliga pada musim lalu. Pemain berusia 22 tahun ini yang bermain diposisi attacking midfielder dikatakan boleh menjadi milik United dengan yuran perpindahan pemain sekitar 15juta euro. Adakah perpindahan ini akan menjadi kenyataan?? sama-sama kita nantikan.



          Jom terjah Ricky van Wolfswinkel pulak. Apekehenye nama dia ala-ala twinkle-twinkle little star jek. Haha. Tapi dia ni memang star. Baru berusia 22 tahun dan bermain di posisi penyerang, ricky bermain baik bersama kelabnya iaitu Sporting Lisbon untuk musim ini dengan menjaringkan 9 gol dari 11 perlawanan. Haa memang la power la kan. Mungkin inilah dia pengganti Flying Dutchman yang kita cari-cari selama ini untuk menggantikan Nistelrooy kerana Ricky juga berasal dari Dutch @ Belanda.



          Alan Dzagoev bermain untuk CSKA Moskow juga dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United. Beliau berusia 21 tahun dan bermain diposisi attacking midfielder merupakan pemain kedua dikaitkan dengan Man United selepas Keisuke Honda. Dzagoev dikatakan telah dirisik oleh United hampir sebulan dan boleh dimiliki dengan harga 18juta Euro. Pemain ini juga dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid.


          Pada pendapat admin, rumors ini macam boleh menjadi kenyataan kerana semua pemain yang dikaitkan dengan United ini masih muda dan Sir Alex amat memerlukan pemain-pemain muda untuk membina semua skuad United pada masa akan datang.

Senarai Permindahan Pemain Manchester United

hello semua..

          Tak banyak permindahan pemain yang melibatkan Manchester United untuk ketika ini. Hanya Scholes sahaja yang dibawa masuk oleh SAF untuk jendela permindahan kali ini. Masih tinggal 1minggu lagi untuk Manchester United mencari pemain baru sebelum tarikh akhir permindahan pemain iaitu 31 Januari ini.

MASUK


Paul Scholes - Kembali dari persaraan


KELUAR


Kiko Macheda - Pinjaman Ke Quenn Park Ranger



Darron Gibson - Pindah Ke Everton Dengan Yuran £ 2juta 



Danny Drinkwater - Pindah ke Leicester City Dengan Yuran £750000



Joshua King - Pinjaman Ke Hull City

Kecederaan Nani dan Phil Jones Memerlukan 1 Bulan Untuk Pulih

Hello gangz..

          Berita buruk untuk semua fan Man Utd. Pemain kesayangan kita semua iaitu Nani dan Phil Jones akan disisihkan selama 1 bulan akibat kecederaan. Berita ini pasti amat menyakitkan kerana Man Utd akan bertemu Liverpool pada sabtu ini untuk perlawan pusingan ke 4 Piala Fa.


          Nani dilaporkan telah pun memberitahu rakan-rakan karibnya yang dia memerlukan minima 2minggu untuk memulihkan kecederaan kakinya itu. Nani kemungkinan mengalami keretakan metatarsal dan Jones pula dilaporkan mengalami kerosakan ligamen. Nani dilaporkan meninggalkan Stadium Emirates dengan memakai protective boot. Dan Selalunya jika seseorang pemain memakai protective selepas mengalami kecederaan, kecedaraan yang diaalaminya itu agak teruk. Adios..

Leandro Damiao, Luca Modric dan Jores Okore ke Manchester United???

Hai gengs..

          Ini antara rumors yang berterbangan untuk hari ini. Haha. Leandro Damiao merupakan penyerang dari kelab Brazil iaitu Internacional. Pemain ini juga diminati oleh Tottenham Hotspur. Pada pendapat admin, kemungkinan besar perpindahan ini tidak akan menjadi kenyataan kerana pada masa sekarang Man United telah pun mempunyai lebihan striker. Apepun mamat ni memang power. Season lepas dia score 40 goal dari 51 penampilan dengan Internacional. Memang power habaq hang..


          Jores Okere ek?? Admin pun tak berapa nak familiar dengan mamat ni sangat. Cuma tahu dia ni bermain dengan Nordsjaelland iaitu kelab yang berpengkalan di Denmark. Pemain berusia 19 tahun ini berasal dari Ivory Coast dan mewakili Denmark. Untuk rumors ini ade kemungkinan besar akan menjadi kenyataan kerana pemain ini beraksi dibahagian pertahanan dimana Man Utd amat memerlukan pemain dibahagian itu.


          Luca Modric merupakan pemain idaman SAF dari awal musim lagi. Tetapi keengganan Spurs untuk melepaskan pemain bernilai mereka itu membuatkan perpindahan tergendala. Kita tengok la apa kesudahannya pada jendela perpindahan kali ini. Harap-haraplah menjadi kenyataan untuk kali ini. Adios.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...