Pages

Subscribe:

Monday 23 January 2012

Evra: Strategi Kami Adalah Mahu Memberi Tekanan Kepada Bek Kiri dan Bek Kanan Mereka

Hello Hello..

          Kapten Man Utd untuk perlawanan semalam iaitu Patrcie Evra menegaskan bahawa strategi Man Utd semalam adalah mahu memberi tekanan kepada Bek Kiri dan Bek Kanan Arsenal. Kita dapat lihat dengan mudahnya Evra dan Nani melepasi Johan Djourou pada babak pertama setelah pemain Switzerland itu bermain diposisi bukan kegemarannya. Begitu juga dengan Valencia yang  membuatkan kapten Arsenal iaitu Vermaelen terpaksa berhempas pulas untuk mengawal beliau disebelah kanan. Vermaelen juga terpaksa bermain di posisi bukan kegemaranya setelah Kieran Gibbs mengalami kecederaan.


          Evra juga yakin Manchester United akan memenangi Liga kerana semua orang dalam pasukan telah bekerja keras dan bila kami bermain dengan semangat Manchester United, adalah sukar untuk pasukan lain untuk menewaskan kami. Semoga seluruh pasukan berusaha keras untuk menewaskan liverpool dalam perlawanan seterusnya. Adioss

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...