Pages

Subscribe:

Tuesday 24 January 2012

Shinji Kagawa , Ricky van Wolfswinkel & Alan Dzagoev ke United??

Hello hello..

          Ini antara rumors perpindahan pemain yang admin dengar melibatkan seorang pemain sayap, seorang pemain tengah dan juga seorang striker. Pehh, memang banyak la perhatian yang diberikan kepada Man Utd pada musim perpindahan pemain ni. Bila Man utd hantar Scout untuk menilai prestasi seseorang pemain jek. mesti pemain tersebut dikaitkan dengan Man Utd. Apepun, jom kita usha tentang pemain yang dikaitkan dengan United ni. Check it out...

          Shinji Kagawa dikaitkan dengan perpindahan ke United sejak akhir musim lalu lagi. Pemain yang berasal dari Jepun ini merupakan antara pemain bernilai untuk skuad Borussia Dortmund dan membantu pasukan itu menjuarai Bundesliga pada musim lalu. Pemain berusia 22 tahun ini yang bermain diposisi attacking midfielder dikatakan boleh menjadi milik United dengan yuran perpindahan pemain sekitar 15juta euro. Adakah perpindahan ini akan menjadi kenyataan?? sama-sama kita nantikan.



          Jom terjah Ricky van Wolfswinkel pulak. Apekehenye nama dia ala-ala twinkle-twinkle little star jek. Haha. Tapi dia ni memang star. Baru berusia 22 tahun dan bermain di posisi penyerang, ricky bermain baik bersama kelabnya iaitu Sporting Lisbon untuk musim ini dengan menjaringkan 9 gol dari 11 perlawanan. Haa memang la power la kan. Mungkin inilah dia pengganti Flying Dutchman yang kita cari-cari selama ini untuk menggantikan Nistelrooy kerana Ricky juga berasal dari Dutch @ Belanda.



          Alan Dzagoev bermain untuk CSKA Moskow juga dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United. Beliau berusia 21 tahun dan bermain diposisi attacking midfielder merupakan pemain kedua dikaitkan dengan Man United selepas Keisuke Honda. Dzagoev dikatakan telah dirisik oleh United hampir sebulan dan boleh dimiliki dengan harga 18juta Euro. Pemain ini juga dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid.


          Pada pendapat admin, rumors ini macam boleh menjadi kenyataan kerana semua pemain yang dikaitkan dengan United ini masih muda dan Sir Alex amat memerlukan pemain-pemain muda untuk membina semua skuad United pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...