Pages

Subscribe:

Thursday 19 January 2012

Joshua King ke Hull City

Hai Glory Hunters semua...

          Korang kenal tak Joshua King ni.. Konfem la tak tau tu..haha.. Joshua King salah sorang striker muda yang ade dalam skuad Man utd. Ala lebih kurang dengan Kiko Macheda la.. Tapi Macheda lebih bernasib baik diberi peluang untuk bermain dengan first team Man utd.

          Awal season dulu, Joshua King ni telah dipinjam oleh kelab dari Jerman iaitu Borussia Monchengladbach. Peh nak taip pun susah name kelab ni. Nak sebut lagi la tergeliat lidah. haha Walaubagaimana pun, sepanjang tempoh pinjaman itu, King tidak menyerlah dan hanya berjaya membuat 2 penampilan bersama kelab tersebut.


          Kini, King telah dipanggil semula oleh Man utd dan dipinjamkan kepada kelab di Liga Kejuaraan iaitu Hull City. Kalo korang tau Robbie Brady, dia pun dipinjamkan oleh Man Utd kpd Hull City. Semoga dengan reunion semula bersama Brady dapat menaikkan semangat King untuk bermain lebih baik. Untuk pengetahuan uolls, takdela jahanam sangat Hull City ni. Sekarang ni berada di tangga ke 6 Liga Kejuaraan. Semoga Brady dan King dapat membantu Hull City sehingga dapat promote ke BPL season depan. Akhirul kalam, GGMU

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...