Pages

Subscribe:

Wednesday 25 January 2012

Hernandez Sedia Memperkuatkan United

Hello Ladies and Gentellmen

          Musim ini merupakan musim yang amat sukar untuk Javier Hernandez. Banyak cubaan atau halangan yang dialami oleh Hernandez musim ini. Pada awal musim ini, Hernandez telah ketinggalan untuk menyertai latihan pra-musim United di Amerika kerana terpaksa membantu skuad Mexico dalam Kejohanan Piala Emas Concacaf. Di kejohanan itu Hernandez berjaya menjadi penjaring terbanyak.

          Beliau kembali menyertai skuad United sebaik berakhirnya kejohanan tersebut. Latihan bersama skuad United selepas kejohanan tersebut berakhir di Hospital apabila Hernandez mengalami hentakan kuat ketika menanduk bola. Selepas pada insiden tersebut, prestasi Hernandez agak kurang menyerlah dan memberi peluang untuk Danny Welbeck lebih menyinar bersama United.



          Pemain yang terkenal dengan gelaran Chicahrito itu juga mengalami beberapa siri kecederaan selepas itu dan mengehadkan penampilannya bersama United. Hernandez hanya mampu menyumbangkan 6 gol sahaja untuk United pada musim dalam semua kejohanan bersama United. Menurut kata SAF, Hernandez telah kembali ke prestasi asalnya kebelakangan ini dan mampu membantu united untuk mengekalkan trofi Liga Perdana Barclay untuk musim ini. Ferguson amat gembira dengan perkembangan positif Hernandez dan percaya dengan kehadiran semula hernandez akan memberi lebih banyak variasi dibahagian serangan. Adios

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...