Pages

Subscribe:

Wednesday 29 February 2012

Sean McGinty Dipinjamkan Ke Morecombe

          Manchester United mengambil satu lagi langkah bijak dengan meminjamkan Sean McGinty kepada Morecambe. Sean McGinty akan dipinjamkan selama sebulan dan akan pulang ke United pada 31 Mac. Berusia hanya 18 tahun, McGinty boleh bermain sebagai pertahanan tengah dan juga sebagai bek kiri. Pada masa sekarang, McGinty telah pun dipanggil untuk bermain untuk skuad bawah 19Tahun Republik Ireland. Beliau menyertai United pada tahun 2009 dari Charlton tetapi tidak pernah lagi bermain untuk United. Untuk pengetahuan korang semua, McGinty merupakan antara pemain muda United yang memenagi FA Youth Cup bersama-sama Paul Pogba , Ravel Morisson dan lain-lain. Semoga pemain-pemain muda yang memenangi Fa Youth Cup ni semakin bersinar. 


Tuesday 28 February 2012

Manchester United menawarkan kontrak baru kepada Nani Bernilai £27m .

        The Red Devils merancang untuk menjadikan pemain sayap Portugil iaitu Nani sebagai golongan "atasan" di Old Trafford. Golongan atasan yang admin maksudkan adalah golongan pemain yang menerima gaji yang tinggi di United. United bersedia untuk memberikan kepada Nani kontrak baru selama empat tahun bernilai £ 130000 seminggu.


             Pemain berusia 24 tahun itu mempunyai baki kontrak selama dua tahun lagi dengan gaji bernilai
 £ 90000 seminggu. Pengurus Sir Alex Ferguson percaya Nani boleh memainkan peranan penting dalam usaha United untuk memenangi trofi dan yakin untuk menawarkan gaji sebanyak itu kepada Nani. Untuk pengetahuan semua, Nani telah dipilih sebagai pemain terbaik United untuk musim lepas dan sememangnya beliau layak untuk menerima gaji sebanyak itu. Nani menunjukkan minat yang dia mahu kekal di Old Trafford walaupun di risik oleh kelab dari Itali iaitu Juventus dan AC Milan. So, ape lagi tunggu Nani, Sign jela kontrak baru. Adios

Rooney Dan Cleverley Tersisih Dari Skuad England

          Sebelum ini admin ada menyenaraikan 6 pemain United yang dipanggil untuk menyertai skuad England. Kalau korang tak percaya boleh baca sini k. Haha. So, seperti yang diketahui ramai, Rooney dan Cleverley telah mengalami kecederaan selepas perlawanan menentang AJax Amsterdam lalu. Secara automatiknya mereka pun digugurkan dari skuad England dan digantikan dengan pemain lain. Sekarang ini hanya tinggal 4orang sahaja pemain United dalam skuad England iaitu Smalling, Jones, Young dan juga Welbeck. Sir Alex Ferguson dipetik berkata bahawa Rooney masih mengalami jangkitan tekak manakala Cleverley mengalami kecederaan buku lali. Kedua-dua terlepas kemenangan 2-1 Manchester United di Norwich semalam. SAF juga berharap kedua-dua pemain ini sempat pulih dan bersedia untuk satu perlawanan besar di White Hart Lane menentang Spurs.Adios


Monday 27 February 2012

Sunday 26 February 2012

United Berminat Dengan "The Next Cristiano Ronaldo"

          James Rodriguez berada di bandar Manchester minggu ini kerana pasukannya iaitu Porto bertemu dengan liga Europa menentang Manchester City. O Jogo melaporkan bahawa pencari bakat Man United telah hadir di Stadium Etihad pada malam Rabu lalu untuk menilai bakat Rodriguez samaada beliau sesuai untuk menyertai United atau tidak menjelang jendela perpindahan musim panas yang akan datang.


          Rodriguez, 20, adalah salah seorang bakat muda yang cemerlang bermain di Eropah sehingga membantu Porto menang 3 Piala musim lalu dan ramai yang telah membandingkannya dengan Cristiano Ronaldo sewaktu muda. Sejak tiba di Porto dari kelab Argentina iaitu Banfield pada tahun 2010, Rodriguez telah berjaya mengukuhkan kedudukan beliau dalam pasukan yang tidak pernah tewas dalam liga dan berjaya memenangi Piala Europa musim lepas.

          Sir Alex Ferguson mempunyai rekod yang baik menandatangani pemain muda dari Liga Primeira Portugis dan melatih mereka menjadi seorang bintang. Cristiano Ronaldo, Nani dan Anderson semua dibawa dari Portugal pada usia muda dan telah menikmati banyak kejayaan di Old Trafford.Ferguson pada tahun-tahun kebelakangan ini telah melaksanakan dasar membawa masuk bakat muda terbaik seperti Javier Hernandez, Chris Smalling dan Phil Jones semuanya dibawa masuk ketika muda. Semoga James Rodriguez berjaya dibawa masuk ke Old Trafford

   

Saturday 25 February 2012

Ohh No!!! Cleverley Cedera lagi

          Tom Cleverley akan terlepas perlawanan antara England menentang Belanda minggu depan selepas pemain tengah Manchester United itu rosak buku lali kanannya sewaktu kekalahan Manchester United keatas Ajax Amsterdam dalam Liga Europa Khamis lalu. Ini merupakan satu lagi tamparan hebat untuk Cleverley yang telah dinafikan penampilan pertama bersama England pada Ogos lalu apabila ia ditangguhkan kerana rusuhan di London.


          Sebelum ini,Pemain United berusia 22 tahun itu mengalami kecederaan ligamen di kaki kirinya yang menyebabkan penampilan beliau hanya terhad kepada dua perlawanan dalam masa lima bulan sebelum kembali sewaktu perlawanan di Amsterdam minggu lepas. Walaubagaimana pun, kecederaan ini tidak terlalu serius dan Cleverley dijangka hanya akan terlepas 2 perlawanan sahaja iaitu perlawanan England menentang Belanda dan United menentang Norwich city.

Berita Baik Tentang Antonio Valencia



          Pada awalnya, Antonio Valencia dijangka akan disisihkan selama sebulan. Tetapi, Antonio Valencia mungkin akan bersedia untuk kunjungan ke London minggu depan bertemu dengan Tottenham Hotspur. Alex Ferguson menyatakan kepulangan Valencia akan membantu memberikan lebih pilihan untuk membantu bahagian serangan ditambah pula dengan Ashley Young dan Nani yang sudah pulih seperti sediakala.Alex Ferguson juga berkata beliau yakin barisan penyerang United pasti amat berbesar hati untuk melihat Valencia, Young dan Nani pulih seperti biasa. Ferguson juga berkata pemain lain akan menjadi sedih melihat Antonio Valencia cedera sekali lagi kerana dia telah menyediakan sumbangan yang besar dari bahagian sayap, tetapi ia bukanlah kecederaan serius dan dia harus kembali dalam masa seminggu atau lebih.

Friday 24 February 2012

Highlight Manchester United Vs Ajax Amsterdam 2nd Leg





6 Pemain United Di Panggil Menyertai Skuad England


Goalkeepers: Scott Carson (Bursaspor), Joe Hart (Manchester City), Robert Green (West Ham United).
Defenders: Gary Cahill (Chelsea), Ashley Cole (Chelsea), Leighton Baines (Everton), Glen Johnson (Liverpool),Phil Jones (Manchester United), Micah Richards (Manchester City), Chris Smalling (Manchester United), Kyle Walker (Tottenham Hotspur).
Midfielders: Gareth Barry (Manchester City), Tom Cleverley (Manchester United), Stewart Downing (Liverpool), Adam Johnson (Manchester City), Steven Gerrard (Liverpool), James Milner (Manchester City), Scott Parker (Tottenham Hotspur), Ashley Young (Manchester United), Theo Walcott (Arsenal).
Forwards: Darren Bent (Aston Villa), Fraizer Campbell (Sunderland), Daniel Sturridge (Chelsea), Wayne Rooney(Manchester United), Danny Welbeck (Manchester United)


Manchester United 1-2 Ajax Amsterdam


AJAX AMSTERDAM VS MANCHESTER UNITED
2 : 1
OZBILIZ, ALDERWEIRELD : JAVIER HERNANDEZ

Thursday 23 February 2012

Wayne Rooney Tidak Beraksi

          Wayne Rooney akan terlepas perlawanan Liga Europa di antara Manchester United menentang Ajax  Amsterdam di Old Trafford awal pagi esok. Penyerang Red Devils itu mengalami jangkitan pada tekak dan terlepas sesi latihan akhir bersama pasukan dan ini mengesahkan yang beliau tidak akan bermain pada awal pagi esok waktu Malaysia. Pukul 4 pagi k. Korang jangan tak tengok pulak.



          Kebanyakan pemain skuad Utama United hadir dalam latihan akhir termasuklah pemain tengah Anderson yang baru pulih dari kecederaan.Kemenangan pada hari esok akan memastikan Man United akan menyertai kumpulan 16 pasukan terbaik sama ada bertemu dengan Lokomotiv Moscow atau Athletic Bilbao bulan depan.  

Tomasz Kuszczac Ibarat Sirih Pulang Ke Gagang

          Penjaga gol Manchester United, Tomasz Kuszczak telah menyertai kelab dari liga Kejuaraan iaitu Watford secara pinjaman untuk sepanjang musim ini. Penjaga gol yang berasal dari Poland itu tidak bermain untuk satu perlawanan sekalipun untuk The Reds musim ini. Kuszczak yang berusia 29 tahun pada tahun ini merupakan penjaga gola pilihan keempat United di belakang David de Gea, Anders Lindegaard dan Ben Amos. dalam perintah combinasi Old Trafford. Kuszczak menyertai The Red Devil pada tahun 2007 dengan yuran perpundahan bernilai hanya £ 2m dari Watford. SO, memang ibarat sirih pulang ke gagang la kan. Beli dari Watford, kemudian pinjamkan pun kepada Watford. Semoga Kuszczac berjayalah hendaknya di Watford. Adios


Sunday 19 February 2012

Info Bergambar Ryan Giggs


kredit to unitedrant

"Once a Blue, Always a Blue"

          Minggu ni Manchester United tidak mempunyai sebarang perlawanan setelah tersingkir dari Piala Fa dan Piala Liga. Pemain-pemain di beri cuti dari menjalani latihan dan Wayne Rooney tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke Goodisan Park untuk menyaksikan bekas kelabnya beraksi dalam Piala Fa. Rooney merupakan peminat Everton dan sangat disenangi oleh penyokong Everton kerana sering tampil dengan t-shirt yang tertulis slogan "Once a Blue, Always a Blue". Kalau tak percaya korang tengok gambar bawah ni.


          Pada pendapat admin tak ada salahnya pun kalau Rooney tengok bekas kelabnya bermain. Lagipun dah rumah keluarga dia kat area situ juga, ape salahnya dia pergi tengok. Mungkin ada yang tidak berpuas hati dengan Rooney dan menganggap beliau tidak setia kepada Man United. Tetapi percayalah bahawa Rooney akan sentiasa bersama Man UNited. EKEKe

Rooney di Goodisan Park

Vidic Kembali Menguatkan Pertahanan United

          Kapten Man United iaitu Nemanja Vidic dikatakan akan kembali bermain lebih awal dari jangkaan. Vidic dikatakan akan disingkirkan sehingga hujung musim ini tetapi perkembangan terbarunya amat menggembirakan. Vidic dijangkakan akan pulih lebih awal dan membantu United untuk memenangi gelaran liga perdana barclay. Vidic berusaha keras untuk pulih dari kecederaan dan hasilnya beliau mengalami proses pemulihan yang cepat dari dijangkakan. Beliau sering meletakkan pemberat keatas lututnya untuk membantu proses pemulihan. Semoga Vidic pulih lebih cepat dan lagi best kalau dia dapat bermain menentang Manchester City di penghujung musim nanti. Adios.

Saturday 18 February 2012

Mehdi Benatia Ke Manchester United??

          Rio Ferdinand dikatakan sedang menghampiri waktu-waktu akhirnya di Old Trafford. Terdapat khabar angin yang menyatakan beliau akan berpindah ke Amerika Syarikat dan bermain disana dengan gaji yang lebih lumayan dari yang ditawarkan oleh united. So, ramailah pemain-pemain pertahanan dikaitkan dengan Manchester United sejak akhir-akhir ini. Pemain terbaru yang dikaitkan dengan United adalah pertahanan Udinese iaitu Mehdi Benatia.



          Mehdi Benatia merupakan watak penting dalam skuad Udinese pada musim ini.Pemain pertahanan Margribi ini dipantau oleh bos Alex Ferguson sebagai pengganti untuk Rio Ferdinand dan beliau jelas menyatakan bahawa beliau berminat untuk menyertai Manchester United .Benatia, 24, dikatakan berharga £ 9.7million dan masih di bawah kontrak dengan Udinese untuk tiga tahun lagi.

          Benatia mengakui dalam temuramah semalam: "Untuk dikaitkan dengan Manchester United adalah mimpi yang menjadi kenyataan"."Mereka adalah kelab terbesar di dunia, dan mempunyai peluang untuk bermain di Old Trafford akan menakjubkan". Pada pendapat admin, Benatia juga merupakan calon yang baik untuk menggantikan Rio. Pengalaman di Serie A amat berguna. Ramai mengetahui yang pertahanan yang bermain di Serie A amat baik dan sukar ditembusi. Setakat ini, Benatia berjaya membantu Udinese menduduki tempat ke 4 liga mengatasi kelab yang lebih ternama seperti Inter Milan, Napoli dan juga AS Roma.

Full Match: Ajax Amsterdam Vs Manchester United



FIRST HALF


SECOND HALF

Full Highlight Ajax Amsterdam Vs Manchester United (1ST Half)




Video: Alex Ferguson Berminat Dengan Alan Pulido "The New Chicharito"

          Alan Pulido dikatakan menarik minat Sir Alex Ferguson untuk membelinya. Beliau dilabelkan sebagai "new chicharito" kerana mempunyai beberapa persamaan dengan pemain Man United iaitu Chicharito. Alan Pulido berasal dari Mexico yang juga merupakan negara kelahiran Javier Hernandez. Gaya permainannya juga mirip dengan Chicharito dan admin percaya beliau akan dibeli jika Man United berjaya menjual Dimitar Berbatov pada hujung musim ini. SO, bawah ni admin sertakan dengan video. Korang nilaikan la sendiri, sama ke tidak dia ni dengan Chicharito. Adios




Friday 17 February 2012

Highlight Ajax Amsterdam Vs Manchester United





Europa League: Manchester United 2:0 Ajax Amsterdam


Manchester united 2:0 Ajax Amsterdam
Young, hernandez



Thursday 16 February 2012

Jersi Manchester United Musim Depan

          Heboh juga tentang jersi baru United yang akan dipakai untuk musim hadapan. Setakat ini sudah 2 gambar dikeluarkan. Semalam 1 lagi gambar telah disebarkan di internet tentang jersi Manchester United untuk season akan datang. Kemungkinan besar jersi itu adalah jersi rasmi united adalah besar kerana kedua-dua gambar adalah sama. Apepun, kita tunggu jela pengumuman rasmi dari website Manchester United. So. layan jela gambar kat bawah. Admin rasa tak berapa cantik. hihi


Wednesday 15 February 2012

Unsung Hero: Jonny Evans

          Unsung hero?? tak pernah dengar term tu? rosak akidah korang ni. haha. Unsung hero ni macam hero yang tak diberi perhatian la. Bila Man Utd kalah, ramai akan menuding jari kearah pemain untuk menyalahkan pemain diatas kekalahan tersebut. Antara pemain-pemain United yang selalu menjadi mangsa untuk dipersalahkan adalah Michael Carrick, Berbatov, Jonny Evans dan juga David De Gea.



          Apabila United menang, jarang sekali pujian diberikan kepada pemain-pemain yang admin sebut di atas. Jika kita perhatikan kemenangan United banyak dibantu oleh persembahan baik oleh Jonny Evan.Sepeti yang diketahui ramai United menentang pasukan-pasukan hebat baru-baru ini dan Jonny Evans tidak pernah tertinggal semua perlawanan melibatkan pasukan-pasukan gergasi itu seperti Arsenal. Chelsea, Liverpool dan juga City. Dalam kesemua perlawanan tersebut, admin berpendapat Jonny Evans tidak membuat kesilapan besar sehingga pihak lawan berjaya membolosi gawang United. Kesilapan lebih dilakukan banyak oleh Rio Ferdinand dan juga Patrice Evra berbanding Evans.

          Baru-baru ini, Rio Ferdinand memuji persembahan baik Evans. Evans telah membuat penampilan paling banyak buat United dibahagian bek tengah untuk United musim ini. Ini menunjukkan Evans sangat penting buat United tetapi sering disisihkan untuk menerima pujian. Admin tidak menafikan kadang-kadang Evans bermain agak tidak memberangsangkan seperti contoh sewaktu United bertemu City sehingga beliau dilayangkan kad merah. Mungkin itu pengajaran berguna untuk Evans dan semoga beliau lebih matang dimasa  akan datang. Adios

Monday 13 February 2012

Video: Aksi Nicolas Gaitan Menarik Perhatian United

          Admin sudah pun mencover tentang nicolas Gaitan dalam entry yang terdahulu.Kalau tak percaya tengok sini ok. Nampak gayanya media di Eropah kembali hangat menceritakan tentang Gaitan untuk berpindah ke United. So layan jela aksi Gaitan dalam video bawah ni ye.





Ulasan Perlawanan Manchester United Vs Liverpool

          Manchester United telah pun berjaya menewaskan Liverpool dalam perlawanan semalam. 2 gol jaringan Wayne Rooney dalam masa 3 minit membantu United menewaskan musuh tradisi United itu. Bagaimanapun perlawanan United semalam dicemari sekali dengan perbalahan Luis Suarez dan juga Patrice Evra. Suarez memulakan perbalahan dengan tidak mahu berjabat tangan dengan Patrice Evra sebelum perlawanan dimulakan. Apepun jom kita layan ape yang menarik daripada perlawanan semalam.



1)   Persembahan Berpasukan Yang Baik
          United dilihat bermain baik hampir disetiap posisi. Pemain tengah United yang dibarisi Valencia, Carrick, Scholes dan Giggs bermain baik untuk menewaskan pemain tengah Liverpool yang dibarisi Spearing, Gerrard, Henderson, Downing dan juga Kuyt. Liverpool kelihatan kebuntuan idea untuk mencipta peluang. Peluang terbaik mereka hanyalah menerusi Glen Johnson pada babak pertama.

2)   Persembahan Rafael agak goyah
          Kemenangan United semalam bermakna tidak akan ada pemain United yang akan dipersalahkan. Berlainan pula jika United tewas, pasti ramai akan menuding jari kearah pemain untuk dipersalahkan. Pada pendapat admin, persembahan Rafael semalam agak goyah. Banyak passing beliau yang tidak sampai kepada kawan sebaliknya kepada lawan. Untuk gol pertama Liverpool admin lebih berpendapat rafael yang harus dipersalahkan. Kawalan bolanya yang tidak baik membuatkan Liverpool dapat merampas bola dan seterusnya melancarkan serangan. Michael Carrick terpaksa menbuat bentesan untuk menghalang serangan tersebut dan memberikan Liverpool sepakan percuma yang seterusnya menerjah gawang United.

3)   Set Piece
          United harus memberi tumpuan untuk menghadapi set piece dari pemain lawan. Kawalan pemain agak longgar sewaktu Liverpool mengambil sepakan percuma dan membolehkan pasukan lawan mendapat gol. Perkara ini bukanlah pertama kali terjadi, pada perlawanan menentang Chelsea, kita dapat lihat David Luiz dengan mudah mendapat ruang untuk membuat tandukan dan memberi gol kepada Chelsea. Mungkin ketiadaan bek kental seperti Vidic amat dirasai.

4)   500 Penampilan Rooney 
          Hero kita semalam iaitu Wayne Rooney membuat penampilan ke 500 dalam kariernya dengan bergaya sambil menjaringkan 2 gol.Gol kedua Rooney semalam amat cantik kerana masuk betul-betul dibawah celah kangkang Pepe Reina. Rooney tidak dinafikan merupakan pemain utama United musim ini kerana telah pun menjaringkan 22gol untuk United pada musim ini. Tahniah untuk Rooney dan semoga semakin sukses bersama United


5)   Valencia Hebat
          Seperti biasa, antonio Valencia akan sentiasa menyerlah untuk membantu United menang dalam setiap perlawanan. Untuk gol yang pertama, Valencia juga terlibat untuk mendapatkan United sepakan sudut yang dapat menghasilkan gol. Selain itu, Valencia juga membantu Rooney untuk menjaringkan gol kedua. Hantarannya kepada Rooney membolehkan penyerang United itu untuk menjaringkan gol. Kalau tidak silap admin, Valencia telahpun menbuat 10 assist termasuklah 1 pada perlawanan semalam.

Saturday 11 February 2012

Keputusan: United 2-1 Liverpool


MANCHESTER UNITED 2 VS 1 LIVERPOOL
WAYNE ROONEY (2 GOAL) : LUIS SUAREZ

Terima Kasih Rooney!!!!

Siaran Langsung Manchester United Vs Liverpool


MANCHESTER UNITED VS LIVERPOOL

ESPN (CH812)
ESPN HD (CH832) 
8.40 pm 
LIVE

Preview: Manchester United Vs Liverpool


          Malam ini, seperti yang di ketahui ramai. Manchester United akan bertemu dengan Liverpool dalam perlawanan liga. United pada ketika berada di tangga ke 2 liga, 2 mata di belakang pendahulu iaitu Manchester City manakala Liverpool pula di tempat ke 7, 16 mata di belakang United. Memang jauh beza la kan. haha. So, jom kita usha apa yang menarik malam ni.



1)   Evra Vs Suarez
          Suarez telah pun digantung 8perlawanan akibat menimbulkan isu perlawanan terhadap Evra sewaktu perlawanan liga pusingan pertama dahulu. Ini amat menarik untuk dilihat pada malam ini kerana Evra akan mengetuai United sebagai kapten pada perlawanan malam ini.

2)   Cleverley Pulih Dari Kecederaan
          Admin amat meminati Cleverley. Hantaran pendeknya amat baik dan hantaran 1 - 2 bersama Welbeck amat membantu United dalam serangan. Cleverley dikhabarkan telah pulih dan cergas untuk bermain pada malam ini. Pada pendapat admin, terlalu awal untuk United menurunkan Cleverley. Cleverley mungkin hanya diturunkan pada sebagai pemain simpanan malam ini.

3)   Welbeck atau Chicharito
          Ramai yang berdebat tentang siapakah yang patut diturunkan oleh SAF untuk berpasangan dengan Wayne Rooney dibahagian serangan United. Secara jujurnya admin lebih sukakan Chicharito yang lebih pantas berbanding Welbeck untuk perlawanan bertempo tinggi seperti malam ini dan penyudahnya juga lebih tajam berbanding Welbeck.

4)   Formasi
          United akan mengekalkan formasi sama sewaktu menentang Chelsea. Seperti biasa united akan menyerang melalui sayap iaitu Young dan juga Valencia. Admin merasakan Young akan bermain lebih baik pada hari ini memandangkan beliau tidak berapa cergas sewaktu perlawanan menentang Chelsea. So, formasi seperti dibawah ok.

David De GEa

Rafael - Ferdinand - Evans - Evra

Valencia - Carrick - Giggs - Young

Hernandez - Rooney

5)   Kecederaan
         Seperti biasa United mempunyai jumlah kecederaan yang lebih ramai berbanding Liverpool. Liverpool hanya kehilangan Lucas akibat kecederaan dan United lebih ramai seperti Vidic, Flecther, Nani , Lindegaard dan lain-lain


Video: 5 Video Terbaik United Bangkit Setelah Ketinggalan

          United memang terkenal dengan semangat melawan yang tinggi. Minggu lepas telah menunjukkan dimana semangat melawan United berada di tahap tertinggi ketika bertemu Chelsea, United ketinggalan 3 gol dan akhirnya berakhir dengan seri 3-3. Terdapat beberapa perlawanan lain dimana United ketinggalan pada awalnya dan berakhir dengan kemenangan. So korang layan jek video bawah ni, memang terbaik..

1)   Manchester United 2-1 Sheffield Wednesday - Premier League, April 10, 1993
      2 gol lewat perlawanan dari Steve Bruce membantu United menang setelah ketinggalan 1 gol. Last-last minit score. Memang legend.


2)   Manchester City 2-3 Manchester United - Premier League, March 20, 1993
      2 gol dari Eric Cantona dan 1 gol Roy Keane berjaya menewaskan Man City yang mendahului 2 gol melalui Niall Quinn.


3)   Everton 2-4 Manchester United - Premier League, April 28, 2007
       United Ketinggalan 2-0 kemudian bangkit untuk menang 4-2 menerusi gol jaringan John Oshea, gol sendiri phil neville, wayne rooney dan juga chris eagles.



4)  Manchester United 5-2 Tottenham - Premier League, April 25,2009
     United ketinggalan 2gol pastu menang. Malas nak komen, korang layan jela.. haha


5)   West Ham 2-4 Manchester United - Premier League, April 2, 2011
       Hatrik dari rooney dan gol dari Chicharito menafikan 2 gol West Ham


Friday 10 February 2012

Video: Man United vs Liverpool FC Preview



Giggs Sambung Kontrak Setahun Lagi

         
          Lagenda United, Ryan Giggs menyambung kontraknya setahun lagi bersama United menurut lawan web rasmi Manchester United. Musim depan bakal menyaksikan Giggs bermain untuk musim ke 22 buat Manchester United. Giggs membuat penampilan pertama bersama United pada tahun 1991 dan telah pun membuat 898 penampilan bersama United.

Video: Filem United Semperna Memperingati Peristiwa Di Munich

          Kepada peminat Manchester United hendak tahu kisah yang terjadi pada tahun 1958, korang boleh la layan citer ni. Rasanya ramai peminat tahu tentang kemalangan yang melibatkan pemain Manchester United ni. Filem yang akan muncul di pawagam ni nanti akan mengembalikan cerita lama yang sudah terkubur.Sedikit cerita tentang peristiwa 1958 yang telah mengorbankan 7 pemain muda Manchester United daripada 21 orang yang terkorban akibat nahas udara di Munich,1958. Punca nahas dipercayai akibat satu kebakaran berlaku pada kapal terbang British European Airways (BEA) sejurus selepas berangkat bersama 38 penumpang termasuk 21 yang terkorban.




Video: Antonio Valencia Vs Andrei Kanchelkis

        Setelah persembahan hebat Antonio Valencia bersama United musim ini, ramai yang membandingkannya dengan lagenda United iaitu Andrei Kanchelskis. Korang tak kenal siapa Andrei Kanchelskis ke?? Korang cari sendiri la ye. Macam tak menarik pulak nak cover pasal dia. Haha. So, pada pendapat admin, kedua-dua mereka sama hebat. Kanchelskis lebih gemar masuk kedalam kotak penalti dan menjaringkan gol dan Valencia lebih gemar bermain berhampiran garisan tepi padang sebelum membuat serangan. So, layan video bawah k.



Park Ji Sung: 200 Kemunculan Bersama United

          Park Ji Sung merupakan pemain United yang terbaru dapat membuat kemunculan melebihi 200 perlawanan bersama United. Park Ji Sung merupakan pemain yang dibeli Alex Ferguson pada tahun 2005 dengan harga hanya 2juta pound dari PSV Eindhoven. Beliau dikritik hebat sewaktu ketibaannya ke United dan ramai menyatakan ketibaannya hanyalah untuk melariskan jualan jersey United di Asia. Untuk pengetahuan semua, United pernah membeli pemain dari China iaitu Dang Fangzhao dan pemain itu tidak berjaya bersama united dan ramai menyatakan Park akan jadi seperti beliau.

Dang Fangzhao di beli United setahun sebelum Park

          Park berjaya membuktikan semua cemuhan terhadapnya adalah salah dan membuktinya dengan 200 penampilan bersama United. Park merupakan watak penting bagi United dalam menjuarai Liga Juara Eropah pada tahun 2008 dimana United berjaya menewaskan Chelsea pada perlawanan akhir. Park dalam komennya juga menyata beliau tidak sangka dapat menbuat 200 penampilan bersama United dan beliau berbangga kerana dapat membuktikan pemain asia sepertinya dapat beraksi dengan kelab yang hebat seperti United.


Nak Sokong Team Mana Satu??

          Admin terjumpa gambar ni dari website redflagfyinghigh. Haha. Macam menarik jugak la. Korang perhatikan betul-betul, ada kebenaran jugak la gambar tu. So, layan jela. Haha

Thursday 9 February 2012

Manchester United Mahukan Diacko Fofana

          Menurut akhbar Daily Mail, United dikatakan mahu mendapatkan pemain bek kanan Nice iaitu Diacko Fofana. Diacko Fofana yang baru berusia 17 tahun dikatakan menjadi sasaran Sir Alex Ferguson untuk memperkuatkan barisan pertahanan United setelah kehilangan Gary Neville , John Oshea dan juga Wes Brown pada penghujung musim lalu.

Diacko Fofana (kiri gambar)
           Fofana dikatakan mempunyai kontrak bersama Nice sehingga tahun 2015 dan dikatakan bernilai 5juta pound. Pada pendapat admin, United tidak akan membida untuk pemain itu kerana beliau hanya membuat 1 kemunculan bersama Nice pada musim ini. United sudah pun mempunyai Phil Jones, Chris Smalling dan juga Rafael yang bermain baik di posisi itu. Admin merasakan SAF lebih berminat kepada Nathaniel Clyne yang bermain untuk Crystal Palace bagi posisi bek Kanan. ADios

Ben Amos Mahu Bermain Di Olimpik

          Ben Amos merupakan penjaga gol ketiga United selepas David De Gea dan juga Anders Lindegaard. Pada perlawanan menentang Stoke City, Amos telah pun berjaya membuat kemunculan pertamanya bersama skuad Utama United. Baru-baru ini, Amos menyatakan hasratnya untuk bermain bersama Team Great Britain di sukan olimpik. Kepada yang tidak tahu, Great Britain diberikan peluang untuk membentuk 1 skuad untuk beraksi dalam Sukan Olimpik. Pemain dari negara seperti Wales, England, Scotland dan lain-lain boleh membentuk skuad Great Britain.


          Seperti yang diketahui ramai, Sukan Olimpik memberi peluang kepada pemain-pemain bawah 23 tahun untuk beraksi dalam sukan olimpik dan hanya 3 pemain berumur lebih 23tahun boleh menyertai skuad The Great Britain. Ben Amos sememangnya layak kerana beliau hanya berumur 21 tahun pada ketika ini. Untuk slot 3 pemain lebih umur, Ryan Giggs dan David Beckham dikatakan berminat untuk bermain dengan skuad The Great Britain. Amos dalam komennya juga menyatakan bahawa persembahan hebat Joe Hart akan menutup peluangnya bermain dalam skuad England dan beliau amat berharap untuk dipilih untuk menyertai skuad Olimpik setelah tidak dapat bermain untuk England di pentas antarabangsa.

P/S: Kepada Amos, main je elok-elok. Peluang tu akan datang, =p

Wednesday 8 February 2012

Fergie Terlepas Dari Hukuman FA

          Pada perlawanan menentang Chelsea ahad lalu, Fergie telahpun memberi kritikan kepada penjaga garisan iaitu Darren Cann. Pada pendapat Fergie, Darren Cann yang tidak membuat keputusan yang betul kerana tidak mengangkat bendera sewaktu Danny Welbeck dijatuhkan oleh Gary Cahill di kawasan penalti. Fergie berpendapat bahawa pemain Chelsea itu sepatutnya dibuang padang kerana kekasaran yang dilakukan itu dan penalti sepatutnya diberikan kepada United.



          FA England berpendapat Fergie mempunyai hak untuk mengkritik pembantu pengadil itu. Fergie terlepas dari hukuman kerana beliau hanya mengkritik pembantu pengadil itu tetapi tidak mempersoalkan integriti pembantu pengadil itu sewaktu mengadili perlawanan tersebut. Apepun kira ok la Ferguson tak kene ban seperti musim lalu akibat komennya terhadap pengadil. Fergie memang terkenal dengan kritikannya terhadap pengadil sehingga beliau diarahkan duduk di tempat duduk penonton.

Cleverley Pulih Dari Kecederaan

          Tom Cleverley telah pun pulih dari kecederaan yang mengakibatkannya disisihkan sehingga hampir 3 bulan. Kecederaan itu amat membimbangkan United. Sebelum beliau tercedera, United berjaya mencatat keputusan membanggakan termasuklah menewaskan Arsenal 8-1. Cleverley telah pun menjalani latihan bersama Skuad United sejak minggu lalu. Berita ini disambut baik oleh Sir Alex Ferguson menjelang pertemuan Liga menentang Liverpool hujung minggu ini.



          Persembahan hebat Cleverley bersama United musim ini terbukti setelah beliau dipanggil untuk bermain bersama skuad England. Kepulangan Cleverley dalam skuad United amat dinanti untuk memperkuatkan bahagian tengah yang bermasalah sehingga memaksa Sir Alex Ferguson memanggil semula Paul Scholes dari persaraan. Semoga United menang bertemu Liverpool Hujung minggu ini. Adios

Banner yang selalu kelihatan di Old Trafford
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...