Pages

Subscribe:

Monday 30 January 2012

5 Sebab Kenapa SAF Harus Membeli Bek Kanan

Hello Ladies and Gentelman..

          Bek Kanan merupakan posisi yang agak merisaukan buat Manchester United untuk ketika ini. SAF telahpun menurunkan 5 pemain berbeza di posisi itu sepanjang musim ini. Antonio Valencia,Chris Smalling, Phil Jones, Rafael Da Silva dan Fabio Da Silva masing-masing telah mengisi posisi tersebut sepanjang musim ini. Ini bermakna posisi tersebut tiada pemain yang betul-betul berkaliber.

1)   Persaraan Gary Neville, Perpindahan Wes Brown dan John O'shea
          Untuk lebih kurang 10 tahun yang lepas, 3 pemain inilah yang mengisi posisi bek kanan untuk United. United kehilangan ketiga-tiga pemain ini di penghujung musim lalu. unutk musim ini, SAF sepatutnya membeli pemain bek kanan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan mereka. Sebaliknya, SAF hanya membeli Phil Jones yang selesa bermain di posisi Bek Tengah berbanding di posisi bek kanan.



2)   Kecederaan Serius Nemanja Vidic Dan Tahap Kecergasan Rio Ferdinand
          Seperti yang diketahui ramai, Vidic akan disisihkan sehingga hujung musim ini akibat kecederaan serius. Begitu juga pasangan serasinya di bahagian pertahanan iaitu Rio Ferdinand yang telah lama mengalami kecederaan di bahagian belakang. Ini bermakna pemain sepeti Chris Smalling dan Phil Jones yang selalu beraksi dibahagian bek kanan terpaksa kembali beraksi di bahagian tengah.



3)   Kekurangan Pengalaman Bek Kanan Sedia Ada
          Pengganti untuk posisi bek kanan United masih muda belia dan masih kekurangan pengalaman. Fabio dan Rafael Da Silva masing-masing berusia 21tahun, Chris Smalling berusia 22tahun dan Phil Jones berusia 19tahun. Jika dibandingkan dengan pencabar United seperti Chelsea,Man City, Arsenal, dan Liverpool, kesemua kelab itu mempunyai pemain bek kanan yang lebih berpengalaman dari United.

4)   Kecederaan Berulang Fabio dan Rafael
          Rafael dan Fabio merupakan pemain yang selalu beraksi di bahagian bek kanan untuk United. Mereka ini amat mudah tercedera ketika perlawanan ataupun latihan. Ini adalah kerana  kekurangan pengalaman. Menurut Alex Ferguson, kedua mereka gemar melakukan tackle-tackle yang merbahaya kan diri mereka dan akhirnya mereka boleh tercedera akibat tackle mereka itu.



5)   Ketidakupayaan Rafael Untuk Bertahan Dengan Baik
          Jika anda semua menyaksikan perlawanan United, mesti anda perasan yang Rafael kerap naik keatas untuk membantu serangan dan bahagian pertahanan kanan agak terdedah kepada musuh. Man Utd telahpun dihukum oleh Arsenal akibat Rafael naik membantu serangan dan membiarkan kawasan jagaan beliau diserang oleh Alex Oxlade Chamberlain dan Chamberlain mencipta peluang untul membolehkan Robin Van persie menjaringkan gol.

Kesimpulannya, cepat-cepat la beli right back SAF oii.. Haha, Adios

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...