Pages

Subscribe:

Wednesday 25 January 2012

Lindegaard: De Gea Akan Menjadi No. 1 Setelah Saya Bersara

Hai Hai Hai..

          Nampaknya persaingan untuk posisi No 1 pasukan kesayangan kita semakin hangat. Lindegaard, keeper yang berasal dari Denmark tidak mahu memberi laluan mudah untuk David De Gea mendapatkan tempat sebagai penjaga gol utama The Red Devils. Lindegaard berazam untuk memastikan DDG hanya memanaskan bangku simpanan untuk seabad yang akan datang sehinggalah beliau bersara. Haha. Memang hebat azam si Lindegaard ni.

          David De Gea tidak diturunkan sejak melakukan kesilapan yang menyebatkan Man Utd tewas mengejut kepada Blackburn Rovers beberapa minggu lalu. Lindegaard menggantikan tempat DDG sejak dari kekalahan itu. Lindegaard dengan konfidennya menyatakan DDG akan menjadi Keeper yang terbaik pada masa akan datang tetapi untuk masa ini dia akan memberi tentangan sengit untuk mendapat tempat sebagai penjaga gol utama di Manchester United. Apepun kita layan dulu gambar DDG bermesra dengan Lindegaard. Haha.


          Bagi admin De Gea ni memang power. Tapi mungkin disebabkan oleh kekangan bahasa membuatkan De Gea kurang efektif untuk mengawal gawang United. Dari segi pengalaman, De Gea memang sudah mempunyai pengalaman luas walaupun umurnya masih muda. Beliau sudah mengecapi banyak gelaran bersama Athletico Madrid dan juga skuad bawah 23 tahun Sepanyol. Pengalaman itu lebih berharga dari Lindegaard yang beraksi untuk kelab di Denmark. Apepun kita juga yang beruntung kerana mempunyai 2 penjaga gol yang hebat untuk menjaga gawang United dari dibolosi. Akhirul Kalam, Glory Glory Man Utd

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...