Pada perlawanan menentang Chelsea ahad lalu, Fergie telahpun memberi kritikan kepada penjaga garisan iaitu Darren Cann. Pada pendapat Fergie, Darren Cann yang tidak membuat keputusan yang betul kerana tidak mengangkat bendera sewaktu Danny Welbeck dijatuhkan oleh Gary Cahill di kawasan penalti. Fergie berpendapat bahawa pemain Chelsea itu sepatutnya dibuang padang kerana kekasaran yang dilakukan itu dan penalti sepatutnya diberikan kepada United.
FA England berpendapat Fergie mempunyai hak untuk mengkritik pembantu pengadil itu. Fergie terlepas dari hukuman kerana beliau hanya mengkritik pembantu pengadil itu tetapi tidak mempersoalkan integriti pembantu pengadil itu sewaktu mengadili perlawanan tersebut. Apepun kira ok la Ferguson tak kene ban seperti musim lalu akibat komennya terhadap pengadil. Fergie memang terkenal dengan kritikannya terhadap pengadil sehingga beliau diarahkan duduk di tempat duduk penonton.
Showing posts with label Alex Ferguson. Show all posts
Showing posts with label Alex Ferguson. Show all posts
Wednesday, 8 February 2012
Saturday, 4 February 2012
Fergie: Kami Tidak Bernasib Baik Di Stamford Bridge
Seperti yang diketahui ramai, United akan menentang Chelsea pada malam ahad nanti di Stamford Bridge. Sir Alex Ferguson seperti biasa akan memberi komen sebelum perlawanan dan komennya pada kali ini mengimbau kembali beberapa pertemuan United dan Chelsea beberapa tahun kebelakangan ini di London. Sir Alex Ferguson dipetik berkata United tidak bernasib baik dalam beberapa kunjungan terakhir di Chelsea. Admin berpendapat ada benarnya kata-kata Ferguson, kita boleh lihat pada musim lalu sewaktu United tewas 2-1 kepada Chelsea akibat penalti yang diberikan kepada Chelsea. Penalti yang diberikan itu tidak sepatutnya diberikan dan akibat penalti itu United telah tewas kepada Chelsea. Kalo korang tak percaya baca sini.
Untuk mengelakkan semua perkara itu kembali terjadi, Ferguson mengarahkan skuad United untuk lebih bersedia menanti amukan The bLues di gelanggang keramat mereka.SAF juga berkata semua pemain tahu tanggungjawab masing-masing dan akan membuat yang terbaik untuk memastikan mereka berada pada tahap yang diharapkan oleh peminat. Semoga Alex dan kuncu-kuncunya berjaya memperoleh kemenangan. Sekian
Labels:
Alex Ferguson,
Isu Panas,
Komen Manager
Monday, 30 January 2012
5 Sebab Kenapa SAF Harus Membeli Bek Kanan
Hello Ladies and Gentelman..
1) Persaraan Gary Neville, Perpindahan Wes Brown dan John O'shea
2) Kecederaan Serius Nemanja Vidic Dan Tahap Kecergasan Rio Ferdinand
3) Kekurangan Pengalaman Bek Kanan Sedia Ada
4) Kecederaan Berulang Fabio dan Rafael
5) Ketidakupayaan Rafael Untuk Bertahan Dengan Baik
Bek Kanan merupakan posisi yang agak merisaukan buat Manchester United untuk ketika ini. SAF telahpun menurunkan 5 pemain berbeza di posisi itu sepanjang musim ini. Antonio Valencia,Chris Smalling, Phil Jones, Rafael Da Silva dan Fabio Da Silva masing-masing telah mengisi posisi tersebut sepanjang musim ini. Ini bermakna posisi tersebut tiada pemain yang betul-betul berkaliber.
1) Persaraan Gary Neville, Perpindahan Wes Brown dan John O'shea
Untuk lebih kurang 10 tahun yang lepas, 3 pemain inilah yang mengisi posisi bek kanan untuk United. United kehilangan ketiga-tiga pemain ini di penghujung musim lalu. unutk musim ini, SAF sepatutnya membeli pemain bek kanan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan mereka. Sebaliknya, SAF hanya membeli Phil Jones yang selesa bermain di posisi Bek Tengah berbanding di posisi bek kanan.
2) Kecederaan Serius Nemanja Vidic Dan Tahap Kecergasan Rio Ferdinand
Seperti yang diketahui ramai, Vidic akan disisihkan sehingga hujung musim ini akibat kecederaan serius. Begitu juga pasangan serasinya di bahagian pertahanan iaitu Rio Ferdinand yang telah lama mengalami kecederaan di bahagian belakang. Ini bermakna pemain sepeti Chris Smalling dan Phil Jones yang selalu beraksi dibahagian bek kanan terpaksa kembali beraksi di bahagian tengah.
3) Kekurangan Pengalaman Bek Kanan Sedia Ada
Pengganti untuk posisi bek kanan United masih muda belia dan masih kekurangan pengalaman. Fabio dan Rafael Da Silva masing-masing berusia 21tahun, Chris Smalling berusia 22tahun dan Phil Jones berusia 19tahun. Jika dibandingkan dengan pencabar United seperti Chelsea,Man City, Arsenal, dan Liverpool, kesemua kelab itu mempunyai pemain bek kanan yang lebih berpengalaman dari United.
4) Kecederaan Berulang Fabio dan Rafael
Rafael dan Fabio merupakan pemain yang selalu beraksi di bahagian bek kanan untuk United. Mereka ini amat mudah tercedera ketika perlawanan ataupun latihan. Ini adalah kerana kekurangan pengalaman. Menurut Alex Ferguson, kedua mereka gemar melakukan tackle-tackle yang merbahaya kan diri mereka dan akhirnya mereka boleh tercedera akibat tackle mereka itu.
5) Ketidakupayaan Rafael Untuk Bertahan Dengan Baik
Jika anda semua menyaksikan perlawanan United, mesti anda perasan yang Rafael kerap naik keatas untuk membantu serangan dan bahagian pertahanan kanan agak terdedah kepada musuh. Man Utd telahpun dihukum oleh Arsenal akibat Rafael naik membantu serangan dan membiarkan kawasan jagaan beliau diserang oleh Alex Oxlade Chamberlain dan Chamberlain mencipta peluang untul membolehkan Robin Van persie menjaringkan gol.
Kesimpulannya, cepat-cepat la beli right back SAF oii.. Haha, Adios
Labels:
Alex Ferguson,
Isu Panas
Thursday, 26 January 2012
Gerard Pique Bercerita Tentang Perbezaan Antara SAF Dan Pep Guardiola
Hello semua..
Gerard Pique merupakan pemain pertahanan Barcelona yang dibeli oleh SAF ketika berusia 17 tahun. Beliau kembali ke Barcelona kerana tidak mendapat tempat di United kerana SAF lebih menyukai Jonny Evans kerana prestasinya yang lebih baik sewaktu dipinjamkan kepada Sunderland. Pique dianggap bertuah kerana telah dibimbing oleh 2 jurulatih paling berjaya ketika ini iaitu Sir Alex Ferguson dan juga Pep Guardiola. Jom layan gambar Pique ketika beraksi bersama United dulu.
Gerard Pique menjelaskan bahawa Pep Guardiola dan SAF sangat-sangat berbeza. Pique menyatakan Sir Alex adalah seorang pengurus dan akan menghabiskan di pejabat dan amat jarang turun ke padang latihan. Sir alex akan menghabiskan kebanyakan masa dipejabat untuk menyelesaikan pelbagai tugas berkaitan dengan kelab. Pique juga menjelaskan bahawa SAF merupakan seorang motivator baik dan setiap kata-katanya untuk menaikkan semangat pemain sebelum perlawanan bermula amat fantastik.
Pep Guardiola pula lebih banyak menghabiskan masa bersama pemain di padang latihan dan akan menghabiskan masa selama 10jam untuk menonton video pihak lawan sebelum merangka strategi bagaimana untuk menyerang dan menewaskan mereka. Well, berdasarkan berita yang admin baca. Pep Guardiola memang disebut-sebut akan calon unutk menggantikan SAF ketika SAF bersara nanti. So, sama-sama la kita nantikan siapakah yang layak mengganti SAF bila dia pencen nanti. mungkin admin patut buat entri baru untuk calon pengganti SAF pulak lepas ni. Adioss.

Pique
Subscribe to:
Posts (Atom)