Pages

Subscribe:

Thursday 26 January 2012

Gerard Pique Bercerita Tentang Perbezaan Antara SAF Dan Pep Guardiola

Hello semua..

          Gerard Pique merupakan pemain pertahanan Barcelona yang dibeli oleh SAF ketika berusia 17 tahun. Beliau kembali ke Barcelona kerana tidak mendapat tempat di United kerana SAF lebih menyukai Jonny Evans kerana prestasinya yang lebih baik sewaktu dipinjamkan kepada Sunderland. Pique dianggap bertuah kerana telah dibimbing oleh 2 jurulatih paling berjaya ketika ini iaitu Sir Alex Ferguson dan juga Pep Guardiola. Jom layan gambar Pique ketika beraksi bersama United dulu.


         
          Gerard Pique menjelaskan bahawa Pep Guardiola dan SAF sangat-sangat berbeza. Pique menyatakan Sir Alex adalah seorang pengurus dan akan menghabiskan di pejabat dan amat jarang turun ke padang latihan. Sir alex akan menghabiskan kebanyakan masa dipejabat untuk menyelesaikan pelbagai tugas berkaitan dengan kelab. Pique juga menjelaskan bahawa SAF merupakan seorang motivator baik dan setiap kata-katanya untuk menaikkan semangat pemain sebelum perlawanan bermula amat fantastik.

          Pep Guardiola pula lebih banyak menghabiskan masa bersama pemain di padang latihan dan akan menghabiskan masa selama 10jam untuk menonton video pihak lawan sebelum merangka strategi bagaimana untuk menyerang dan menewaskan mereka. Well, berdasarkan berita yang admin baca. Pep Guardiola memang disebut-sebut akan calon unutk menggantikan SAF ketika SAF bersara nanti. So, sama-sama la kita nantikan siapakah yang layak mengganti SAF bila dia pencen nanti. mungkin admin patut buat entri baru untuk calon pengganti SAF pulak lepas ni. Adioss.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...