Pages

Subscribe:

Sunday 29 January 2012

Ulasan Perlawanan Liverpool Vs Manchester United (FA Cup)

Hai Gangs..

          Sob sob sob.. Ye seperti yang diketahui ramai, pasukan kesayangan kita tewas kepada Liverpool dalam kejohanan Piala FA. Jaringan dari Daniel Agger dan Dirk Kuyt membantutkan langkah Skuad The Red Devils dalam saingan Piala FA kali ini. Park Ji Sung menyumbangkan 1 gol dalam perlawanan menentang skuad kendalian King Kenny itu.


1)  Evra di Boo
          Siapa yang tengok match semalam mesti tahu punya la yang Evra telah di Boo sepanjang perlawanan menentang Liverpool. Admin tidak paham kenapa mesti Evra di Boo kerana memperjuangkan isu perkauman. Lainlah ceritanya kalau Evra sengaja membuat tuduhan melulu dan Suarez sememangnya tidak bersalah dalam perlawanan tersebut. Suarez telah didapati bersalah kerana memainkan isu perkauman dan telah di gantung 8 perlawanan.

2)  Welbeck kurang menjadi sebagai striker tunggal
          Well, seperti yang kita tengok semalam. Welbeck agak kurang menjadi bermain berseorangan di bahagian hadapan. Beliau sering kehilangan bola. Untuk permulaan perlawanan, Liverpool bermain dengan 5 pemain pertahanan dan pemain muda seperti Welbeck agak kurang berpengalaman untuk menghadapi player Liverpool yang lebih berpengalaman. Kita juga nampak agak merindukan sentuhan Wayne Rooney yang tercedera ketika bertemu dengan Arsenal.

3)  David De Gea
         Fuhh.. memang cuak tengok De Gea bermain semalam. Untuk gol yang pertama, boleh dikatakan sememangnya De Gea harus dipersalahkan sehingga memaksa SAF mengarahkan Lindegaard memanaskan badan untuk menggantikan DDG. Untuk gol yang pertama DDG sepatutnya berada di kedudukan lebih baik untuk menghalang sepakan sudut dari pemain Liverpool. Semoga prestasi De Gea lebih baik selepas ini

4)  Tidak mengambil peluang
          Manchester United menguasai perlawanan tetapi agak membazir kerana tidak dapat menjaringkan gol.
Kita dapat lihat pemain Man utd lebih menguasai bahagian tengah berbanding Liverpool. Persembahan pemain tengah agak boleh dipuji kerana persembahan hebat yang ditunjukkan terutamanya Paul Scholes yang hebat menguasai bahagian tengah walaupun sudah berusia 37tahun.

5)  Kecederaan menghampakan United
           Nani, Rooney, Ferdinand, Jones dan Young tidak dapat beraksi untuk United dalam perlawanan semalam. Memang gila la kalau pemain utama tidak dapat beraksi. Berbanding Liverpool yang hanya kehilangan Suarez dan Lucas sahaja. Tapi takpe, takdela teruk sangat mereka bermain walaupun pemain utama tidak beraksi. Semoga pemain yang cedera akan cepat sempuh. Adios

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...