Pages

Subscribe:

Friday 27 January 2012

Ryan Giggs: Pemain Bola Sepak Boleh Beraksi Sehingga Umur 40.

Hello gangz,

          Pemain tertua paling berusia di Manchester United ketika ini iaitu Ryan Giggs menyatakan yang pemain bolasepak zaman ini boleh beraksi sehingga berusia 40an. Pehh.. Nampak gayanya makin lambat la si Giggs ni bersara. Haha. Tapi takpela, asalkan main bagus kira ok la kan. Giggs percaya semakin ramai pemain yang berusia lebih 30tahun akan terus beraksi sehingga berumur 40 tahun.



          Pada ketika ini, rekod pemain tertua yang beraksi di BPL di pegang oleh bekas lagenda Manchester United iaitu Teddy Sheringham yang beraksi untuk West Ham ketika berusia 40 tahun 270 hari. Kemajuan dalam bidang sains sukan banyak membantu keupayaannya untuk kekal beraksi sehingga ini. Giggs telah di interview oleh MUTV berikutan aksi maktapnya ketika bertemu Arsenal. Kita boleh lihat Giggs lebih menyerlah dibahagian tengah berbanding pemain-pemain Arsenal yang jauh lebih muda daripada beliau.

          Giggs telah membongkar rahsianya dalam temubual itu dengan menyatakan dia mengamalkan yoga untuk kekal sihat sehingga sekarang. Pehh, amal yoga la pulak si Giggs ni. Haha. Giggs hampir pasti akan menyambung kontraknya setahun lagi berdasarkan prestasinya yang agak baik pada ketika ini. Admin memberi sekongan penuh kepada Giggs untuk menyambung kontraknya tetapi Giggs haruslah menjauhkan diri dari skandal supaya imejnya tidak terjejas seperti sekarang. adioss.

       

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...