Pages

Subscribe:

Monday 23 January 2012

Ulasan Perlawanan Arsenal Vs Manchester United

Morning uolls..

          Well.. mesti ramai dah tau yang Man Utd yang power gila tu dah dapat menewaskan Skuad budak-budak Arsenal. Dua gol sumbangan dari Antonio Valencia dan Danny Welbeck sudah cukup untuk menafikan Arsenal mendapatkan 3mata penuh. Ada beberapa perkara penting yang dapat dikenal pasti dari perlawanan semalam.



1)   Prestasi Antonio Valencia memang awesome
           Sesiapa yang menonton perlawanan semalam mesti sedar yang Antonio Valencia bermain dengan cukup baik. 1goal dan 1assist dari Valencia amat bermakna untuk match semalam. Dia juga bermain baik untuk membuatkan kepten Arsenal iaitu Vermaelen supaya berkerja keras sepanjang perlawanan. Nampak gayanya memang Valencia telah kembali ke prestasi asal setelah mengalami kecederaan teruk musim lepas. Syabas beta!!
 
2)    Anders Lindegaard
          Mesti ramai yang tak puas hati tengok punya la senang Arsenal dapat gol semalam. Cuma 3kali passing saja unutk arsenal mendapatkan gol penyamaan. Bagi admin, Lindegaard boleh menyelamatkan jika dia lebih bersedia. Kita boleh tengok semalam Lindegaard sempat menguis sedikit bola rembatan Van Persie sebelum bola itu menerjah jaring. Kita juga boleh tengok Lindegaard agak teragak-agak untuk interrupt cross-cross tinggi dari pemain Arsenal,.

3)   Chris Smalling is back
          Kita boleh lihat bertapa hebatnya Smalling dibahagian pertahanan. Yup, memang dia ade membuat 1kesilapan iaitu tergelincir sewaktu memegang bola dan hampir menyebabkan arsenal menjaringkan gol. Selain dari kesilapan itu, tak ade cacat celanya dengan persembahan Chris Smalling. Bola-bola hantaran lintang dari pemain arsenal hampir kesemuanya ditanduk keluar oleh Smalling. Syabas gak untuk ko.

4)   Evra Si kaki gentel.
          Mesti ramai yang setuju bab ni. Separuh masa pertama kita boleh lihat Evra dan Nani memang memberi tekanan kepada Johan Djourou di bahagian kiri. Sampai kene tuka la mamat ni dengan Yennaris masa separuh masa kedua. Evra juga sangat solid dibahagian pertahanan mengakibatkan kurangnya serangan dari bahagian kiri Manutd

5)   Kecederaan kembali menghantui
          Untuk match semalam kita boleh tengok Phil Jones dan juga Nani tercedera ketika perlawanan berlangsung. Ini amat membimbangkan terutamanya dibahagian pertahanan setelah Rio Ferdinand dan Vidic juga cedera pada waktu sekarang. Phil Jones dikatakan memerlukan 2minggu untuk pulih dari kecederaan buku lalinya. Admin rasa kecederaan Nani tidaklah seserius mana dan mungkin akan dapat beraksi menentang liverpool 28hb nanti. Majulah Man Utd Untuk Malaysia. Sekian.
         

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...