Pages

Subscribe:

Tuesday 31 January 2012

Preview: Manchester United Vs Stoke City

          Awal pagi nanti Manchester United akan bertemu dengan Stoke City untuk meneruskan persaingan dalam merebut gelaran Liga Perdana Barclay.Sekali lagi kecederaan menghantui Man Utd dengan hanya Rio Ferdinand  sahaja yang pulih dari kecederaan. Tambah memeritkan untuk United adalah kecederaan penyerang utama Wayne Rooney.



          Pada pendapat admin, SAF akan menggunakan formasi yang sama sewaktu menentang Liverpool sabtu lalu. Alex Ferguson akan menggunakan formasi seperti dibawah:

David De Gea

Rafael - Smalling - Evans - Evra

Valencia - Scholes - Carrick -Giggs

Park

Welbeck

         Ferguson juga mungkin merehatkan seorang pemain tengah samaada Giggs atau Scholes untuk memberi peluang kepada Hernandez dan sekaligus merehatkan salah seorang dari mereka untuk perlawanan lebih penting bertemu Chelsea hujung minggu ini. David De Gea juga mungkin akan digantikan dengan Anders Lindegaard setelah persembahan kurang memberangsangkan ketika bertemu Liverpool.

          Dari segi kecederaan untuk Stoke, mereka hanya kehilangan Matthew Etherington berbanding United yang kehilangan hampir 9 pemain utama. Anderson dan Ashley Young dilaporkan telah turun menjalani latihan penuh bersama united dan admin yakin mereka tidak akan diturunkan untuk mengelakkan kecederaan. United juga harus bersedia untuk berdepan dengan fizikal pemain Stoke City yang kebanyakkannya lebih berbadan besar jika dibandingkan dengan United.

          Admin juga berpendapat bahawa Rio Ferdinand mungkin akan diturunkan untuk menyaingi ketinggian pemain-pemain Stoke City dan Chris Smalling akan diletakkan dibahagian bek kanan untuk memberi cabaran dari segi ketinggian. Sepeti diketahui ramai yang Chris Smalling memiliki fizikal yang lebih besar berbanding dengan Rafael dan beliau lebih layak untuk bermain pada perlawanan pagi ini berbanding Rafael. Stoke City dikenali ramai dengan cara mereka bermain yang mengutamakan set piece untuk menjaringkan gol. So, United harus berhati-hati sewaktu Stoke City mendapat tendangan percuma ataupun sepakan sudut. Sekian
       

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...