Pages

Subscribe:

Thursday 26 January 2012

Xherdan Shaqiri, Iker Muniain Dan Winfried Zaha Ke United..

Hai gengz..

          Ini antara rumors yang admin dengar untuk hari ni. Actually, takde la dengar. Just baca around the web. So rasanya Xherdan Shaqiri mesti ramai yang dah tahukan. Beliau merupakan pemain tengah yang beraksi untuk kelab FC Basle iaitu kelab yang telah mencampakkan United ke Liga Europa untuk musim ini. Pemain sayap berusia 21 tahun itu dikatakan akan menjadi pengganti kepada Park Ji sung yang semakin meningkat umurnya.

         Baru-baru ini, bidaan Galatasaray bernilai 10 juta pound telah ditolak oleh FC Basle dan ini membuka ruang untuk Manchester United untuk mendapatkan pemain itu. FC Basle dikatakan sebanyak 20 juta pound untuk pemain berbakat itu. Selain United, Spurs, Bayern Munich dan juga AC Milan dikatakan amat berminat untuk mendapatkan tandatangan pemain itu.


          Iker Muniain juga dikaitkan dengan Manchester United. Pemain Atletico Bilbao itu dikatakan menarik minat Chelsea dan juga Tottenham. Bermain dibahagian midfield, Muniain dikatakan lebih berbakat daripada daripada Mesut Ozil ketika mereka sama-sama bermain sewaktu kelab yang diwakili Munian iaitu Bilbao bertemu dengan kelab yang diwakili oleh Ozil iaitu Werder Bremen pada kejohanan liga Europa pada tahun 2008. Lebih menarik perhatian admin, David De Gea yang juga merupakan kawan baik kepada Muniain telah banyak memberikan info kepad Skuad United tentang kebolehan pemain itu.

        

          Dalam berita yang lain pula, United juga dikaitkan berminat dengan pemain berbakat Crystal Palace iaitu Winfried Zaha. Zaha berjaya menarik perhatian dari skuad The Red Devils setelah pasukan diwakilinya iaitu Crystal Palace berjaya menewaskan United dalam perlawanan Piala Carling yang berlangsung di Old Trafford. Newcastle juga dilaporkan membuat bidaan sebanyak 10 juta pound untuk mendapatkan pemain berbakat itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...