Pages

Subscribe:

Saturday 28 January 2012

Preview FA Cup Pusingan Ke 4 : Liverpool Vs Manchester United

Hello ladies and Gentlemen

          Mesti ramai yang dah tau Manchester United akan berkunjung ke Anfield untuk mebuat perhitungan dalam perlawanan pusingan ke 4 Piala FA. Pertemuan terakhir di antara kedua-dua pasukan berkesudahan dengan seri 1-1. Jaringan Javier "Chicharito" Hernandez berjaya membantu United meraih 1 mata dalam pertemuan  tersebut.

          Dalam pertemuan itu juga, Luis Suarez telah bertegang urat dengan Patrice Evra kerana Suarez dengan sengaja menimbulkan isu perkauman. Suarez telah dihukum dengan penggantungan 8 perlawanan kerana didapati bersalah menimbulkan isu perkauman dan tidak akan beraksi dalam pertemuaan dengan United malam ini. Ada khabar angin yang menyatakan bahawa Patrice Evra tidak akan bermain untuk mengelakkan ketegangan bersama pemain dan peminat Liverpool.

           Minggu ini sahaja, Alex Ferguson telah pun menasihatkan peminat United yang akan berkunjung ke Anfield supaya menjaga tingkah laku untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.Pada pendapat admin, Evra akan bermain dalam perlawanan malam ini kerana beliau adalah kapten United pada ketika ini setelah Nemanja Vidic mengalami kecederaan teruk. Disamping itu, persembahan hebatnya sewaktu bertemu Arsenal membuatkan SAF tidak mungkin akan memilih pemain lain di posisi bek kiri United.


          Dari segi kecederaan, Liverpool dilihat mempunyai kelebihan kerana hampir semua pemain utama mereka berada dalam condition terbaik untuk bertemu United. Hanya Lucas Leiva mempunyai sedikit keraguan untuk diturunkan. Bagi United, terlalu banyak kecederaan yang dialami oleh pemain United untuk disebabkan dan hampir semuanya adalah pemain utama seperti Rio Ferdinand, Phil Jones, Ashley Young, Nani,Vidic, Cleverley dan juga Abderson.

          Bahagian tengah merupakan bahagian yang paling membimbangkan untuk United akibat kecederaan yang dialami pemain-pemain United. Sekiranya Nani tidak sempat pulih untuk perlawanan ini, admin amat yakin bahawa Rooney akan diturunkan sebagai pemain midfield dan Fergie akan meletakkan Chicharito dan Welbeck dibahagian hadapan. Itu hanya ramalan ye. Jangan percaya k.  Adios

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...