Pages

Subscribe:

Saturday 21 January 2012

Preview: Arsenal Vs Manchester United

Hello gangs..

          Perlawanan akan datang bakal menyaksikan Manchester United menentang Team Budak-Budak Arsenal. Semestinya ramai mengharapkan yang terbaik daripada skuad The Red Devil setelah kita berjaya membelasah skuad Arsenal 8-2 pada perlawanan pusingan pertama.

Arsenal Vs Manchester United

          Dari segi kecederaan, kedua-dua pasukan memiliki jumlah pemain cedera yang agak ramai . Untuk Manchester United, pemain yang tercedera adalah Cleverley,Ashley Young, Fabio, Michael Owen, Rio Ferdinand, dan juga Anderson .

          Untuk pasukan Arsenal, pemain yang tercedera adalah Vermaelan, Coquelin, Andre Santos, Carl Jenkinson, Bacary Sagna, Kieran Gibbs,Arteta, Wilshere, Henry dan juga Abou Diaby. Ehh macam lagi banyak jek player arsenal yang cedera.. Haha. Ade aku kisah. Lagi banyak cedera lagi elok. Haha.

          Arsenal juga kehilangan pemain akibat Piala Negara Afrika iaitu Chamakh dan juga Gervinho. Bagi pasukan kita pula, tiada pemain yang terlibat dengan Piala Negara Afrika. Itu adalah baik untuk pasukan kita.

          Dari segi kedudukan liga amatlah macam langit dan bumi. haha. Arsenal dikedudukan ke 5 dengan 38 mata, 12 mata dibelakang Manchester United yang  memiliki 48mata. Semoga Manchester United menang dengan gemilangnya berdasarkan squad arsenal yang agak pincang dan mengharapkan hanya kepada Robin Van Persie. Adios Amigos GGMU

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...