Pages

Subscribe:
Showing posts with label Transfer. Show all posts
Showing posts with label Transfer. Show all posts

Wednesday, 29 February 2012

Sean McGinty Dipinjamkan Ke Morecombe

          Manchester United mengambil satu lagi langkah bijak dengan meminjamkan Sean McGinty kepada Morecambe. Sean McGinty akan dipinjamkan selama sebulan dan akan pulang ke United pada 31 Mac. Berusia hanya 18 tahun, McGinty boleh bermain sebagai pertahanan tengah dan juga sebagai bek kiri. Pada masa sekarang, McGinty telah pun dipanggil untuk bermain untuk skuad bawah 19Tahun Republik Ireland. Beliau menyertai United pada tahun 2009 dari Charlton tetapi tidak pernah lagi bermain untuk United. Untuk pengetahuan korang semua, McGinty merupakan antara pemain muda United yang memenagi FA Youth Cup bersama-sama Paul Pogba , Ravel Morisson dan lain-lain. Semoga pemain-pemain muda yang memenangi Fa Youth Cup ni semakin bersinar. 


Thursday, 23 February 2012

Tomasz Kuszczac Ibarat Sirih Pulang Ke Gagang

          Penjaga gol Manchester United, Tomasz Kuszczak telah menyertai kelab dari liga Kejuaraan iaitu Watford secara pinjaman untuk sepanjang musim ini. Penjaga gol yang berasal dari Poland itu tidak bermain untuk satu perlawanan sekalipun untuk The Reds musim ini. Kuszczak yang berusia 29 tahun pada tahun ini merupakan penjaga gola pilihan keempat United di belakang David de Gea, Anders Lindegaard dan Ben Amos. dalam perintah combinasi Old Trafford. Kuszczak menyertai The Red Devil pada tahun 2007 dengan yuran perpundahan bernilai hanya £ 2m dari Watford. SO, memang ibarat sirih pulang ke gagang la kan. Beli dari Watford, kemudian pinjamkan pun kepada Watford. Semoga Kuszczac berjayalah hendaknya di Watford. Adios


Sunday, 29 January 2012

Sayonara Mame Biram Diouf

Hello ladies and gentlemen..

          Mame Biram Diouf merupakan pemain terbaru yang meninggalkan United akibat kekurangan peluang untuk beraksi. Diouf meninggalkan United dengan jumlah yuran perpindahan berjumlah 1.5 juta pound untuk menyertai kelab dari Bundesliga iaitu Hannover. Diouf dibeli dengan harga 3.5 juta pound. So maknanya Man Utd rugi la 2 juta pound. Diouf di pinjamkan kepada Blackburn pada musim lalu, beliau berjaya membuat 19 penampilan bersama Blackburn dan menjaringkan 6gol untuk pasukan tersebut.


          Persembahan hebat Javier Hernandez dan Danny Welbeck membuatkan peluang Diouf untuk membuat penampilan bersama United semakin tipis. Untuk masa ini, SAF lebih gemar meletakkan Will Keane di bangku simpanan berbanding Diouf kerana Keane lebih muda dan mempunyai peluang yang lebih cerah untuk menyinar berbandin Diouf. Semoga Diouf berjaya membantu Hannover dalam merebut Piala Europa League dan juga gelaran Bundesliga. Adios

Saturday, 21 January 2012

Daniel "Minum Air" Drinkwater Berpindah ke Leicester City

Morning uolls..

          Danny Drinkwater telah dibeli oleh Leicester City dengan harga £750000. Sah-sah la korang semua tak kenal dia ni. ahaha. Tengok nama pun boleh tahan tak semenggah gak dia ni. haha. Ade ke patut nama minum air aka Drinkwater. haha

danny drinkwater to Leicester City


          Sepanjang berada di United, Danny gagal untuk meloloskan diri ke skuad utama Manchester United. Dia telah dipinjamkan ke beberapa kelab Liga Kejuaraan seperti Huddersfield, Watford, Barnsley dan Cardiff. Semoga dengan perpindahan Danny dapat memberi peluang yang lebih cerah untuk pemain muda lain seperti Ravel Morison dan Paul Pogba untuk beraksi. Semoga karier Danny lebih baik selepas ini, Kita jumpa lagi di BPL jika Leicester City mendapat Promotion ke BPL. Adios

Thursday, 19 January 2012

Joshua King ke Hull City

Hai Glory Hunters semua...

          Korang kenal tak Joshua King ni.. Konfem la tak tau tu..haha.. Joshua King salah sorang striker muda yang ade dalam skuad Man utd. Ala lebih kurang dengan Kiko Macheda la.. Tapi Macheda lebih bernasib baik diberi peluang untuk bermain dengan first team Man utd.

          Awal season dulu, Joshua King ni telah dipinjam oleh kelab dari Jerman iaitu Borussia Monchengladbach. Peh nak taip pun susah name kelab ni. Nak sebut lagi la tergeliat lidah. haha Walaubagaimana pun, sepanjang tempoh pinjaman itu, King tidak menyerlah dan hanya berjaya membuat 2 penampilan bersama kelab tersebut.


          Kini, King telah dipanggil semula oleh Man utd dan dipinjamkan kepada kelab di Liga Kejuaraan iaitu Hull City. Kalo korang tau Robbie Brady, dia pun dipinjamkan oleh Man Utd kpd Hull City. Semoga dengan reunion semula bersama Brady dapat menaikkan semangat King untuk bermain lebih baik. Untuk pengetahuan uolls, takdela jahanam sangat Hull City ni. Sekarang ni berada di tangga ke 6 Liga Kejuaraan. Semoga Brady dan King dapat membantu Hull City sehingga dapat promote ke BPL season depan. Akhirul kalam, GGMU

Welcome Home De Laet

Salam glory glory..

          Korang pernah dengar pasal Ritchie De Laet??. Ape korang tak pernah dengar name De Laet. Rosak akidah korang ni. haha. Ritchie De Laet telah dipulangkan semula kepada Man utd akibat kecederaan belakang. Sepatutnya dia akan menghabiskan masa di Norwich City sampai akhir season ni.. Tapi ape boleh buat, dia dah cedera.

            Ok. Kat mane nak mula pasal si De Laet ni. Setakat ni tak ade la perkara yang boleh dibangga kan sangat dgn De Laet ni. Sepanjang karier di Man utd. Dia adelah pilihan ke 3 utk atuk fergusen di posisi left back. Evra dan Fabio mendahului dier ni. Nasib baik Oshea dh pindah.. kalo tak pilihan no 4 la gamaknya. Tapi sepanjang diloankan kat Norwich City, dia ni pernah juga bermain di posisi right back dan juga centre back.


          Mamat ni dibeli pada tahun 2009 oleh atuk Fergie. Dijangka bakal menggantikan Evra la ni. Disebabkan banyak sgt pilihan di bahagian pertahanan. atuk Fergie pun pinjamkan la si De Laet ni. Untuk pengetahuan uolss, De Laet pernah dipinjamkan kpd Portsmouth season lepas. Semoga karier beliau semakin baik lepas ni. kalo tak kene jual la jawabnye. ekeke. adios.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...