Ben Amos merupakan penjaga gol ketiga United selepas David De Gea dan juga Anders Lindegaard. Pada perlawanan menentang Stoke City, Amos telah pun berjaya membuat kemunculan pertamanya bersama skuad Utama United. Baru-baru ini, Amos menyatakan hasratnya untuk bermain bersama Team Great Britain di sukan olimpik. Kepada yang tidak tahu, Great Britain diberikan peluang untuk membentuk 1 skuad untuk beraksi dalam Sukan Olimpik. Pemain dari negara seperti Wales, England, Scotland dan lain-lain boleh membentuk skuad Great Britain.
Seperti yang diketahui ramai, Sukan Olimpik memberi peluang kepada pemain-pemain bawah 23 tahun untuk beraksi dalam sukan olimpik dan hanya 3 pemain berumur lebih 23tahun boleh menyertai skuad The Great Britain. Ben Amos sememangnya layak kerana beliau hanya berumur 21 tahun pada ketika ini. Untuk slot 3 pemain lebih umur, Ryan Giggs dan David Beckham dikatakan berminat untuk bermain dengan skuad The Great Britain. Amos dalam komennya juga menyatakan bahawa persembahan hebat Joe Hart akan menutup peluangnya bermain dalam skuad England dan beliau amat berharap untuk dipilih untuk menyertai skuad Olimpik setelah tidak dapat bermain untuk England di pentas antarabangsa.
P/S: Kepada Amos, main je elok-elok. Peluang tu akan datang, =p
Showing posts with label Komen Pemain. Show all posts

Thursday, 9 February 2012
Saturday, 4 February 2012
Rio Ferdinand: Saya Tidak Mahu Menjadi Kapten England
Semalam, John Terry telah disingkirkan sebagai kapten England kerana perbuatannya menimbulkan isu perkauman. Ini adalah kali kedua John Terry disingkirkan sebagai kapten England. Jika anda semua ingat, John Terry telah "berskandal" dengan isteri kepada pemain bolasepak England iaitu Wayne Bridge sehingga menimbulkan perbalahan di dalam Skuad England. Akibat perbalahan itu, JT telah disingkirkan sebagai kapten England dan digantikan dengan Rio Ferdinand. Peranan sebagai kapten England itu kemudiannya diberikan semula kepada John Terry setelah Rio Ferdinand mengalami kecederaan yang berpanjangan.
Setelah John Terry dilucutkan gelaran kapten, Ferdinand dengan lantangnya menyuarakan hasratnya untuk tidak mahu mengambil peranan sebagai kapten England sebagai salah satu usahanya menyokong usaha membenteras isu perkauman di dalam bola sepak. Seperti yang diketahui ramai, John Terry telah pun mengeluarkan kata-kata berunsur perkauman kepada adik Rio iaitu Anton Ferdinand. SO, no wonderlah kalau Rio nak sokong adik dia dengan tidak mahu mengambil peranan sebagai kapten england daripada orang yang menimbulkan isu perkauman.
Rio Ferdinand juga dipetik berkata beliau sudah pernah menjadi kapten England dahulu dan sekarang beliau hanya mahu menumpukan sepenuh perhatian bermain untuk Manchester United. Rio Ferdinand tidak gembira dengan cara beliau dilucutkan gelaran Kapten dahulu dan seakan-akan merajuk untuk menjadi kapten England semula. Bersempena kunjungan United menentang Chelsea esok, Rio dikatakan tidak akan berjabat tangan dengan John Terry sebagai usahanya menentang keras isu perkauman dalam bola sepak. Adios..

Labels:
Isu Panas,
Komen Pemain,
Rio Ferdinand
Friday, 27 January 2012
Park Ji Sung Tidak Akan Kembali Mewakili Korea Selatan
Hai Hai Hai..
Mesti ramai yang kenal Park Ji sung kan. Kalau beli Mister Potato mesti ada muka dia. Haha.Park Ji Sung merupakan pemain utama Manchester United yang mewakili Korea Selatan di pentas antarabangsa. Park telah pun mengumumkan persaraannya di peringkat antarabangsa dan menumpukan kariernya bersama Manchester United sahaja.
Korea Selatan kelihatan terdesak untuk menyelamatkan kempen kelayakan Piala Dunia mereka setelah mereka tewas ketika perlawanan menentang Lebanon baru-baru ini. Park berkata yang dia tidak pernah terfikir untuk kembali beraksi bersama Korea Selatan selepas mengumumkan persaraan. Dia juga menegaskan bahawa situasi sukar yang dihadapi oleh Korea Selatan dalam kempen Kelayakan Piala Dunia mungkin tidak dapat diatasi jika pemain sepertinya kembali dari persaraan. Akhir kata, annyeong haseyo untuk Park. Haha
Labels:
Isu Panas,
Komen Pemain,
Park Ji Sung
Scholes Masih Takutkan Ferguson
Salam Jumaat,
Diusia 37tahun, Paul Scholes mengaku dia masih takut kepada Sir Alex Ferguson. Sir Alex terkenal dengan sikap tegasnya dalam mendidik pemain-pemain di Man Utd sehingga menjadi bintang. Mari kita sandarkan kepada kenangan tahun 2003, dimana Sir Alex Ferguson mengamuk dengan pemain United akibat kekalahan dalam Piala FA kepada Arsenal. SAF dengan tidak sengaja menyepak boot dan terkena kening David Beckham. Based on peristiwa tu, rasanya korang boleh bayangkan la "aura" si Ferguson ni macam mana sampai dah tua pun si Scholes still takutkan si Fergie ni. Jom kita layan gambar parut di kening Beckham akibat insiden tersebut. Haha
Scholes menyatakan dia takut untuk memberitahu Ferguson tentang niatnya untuk kembali bermain kepada SAF kerana bimbang reaksi negatif dari pengendali United itu setelah mengumumkan persaraan penghujung musim lalu. Bagaimana pun, SAF memberi reaksi positif terhadap Scholes dan memanggil beliau untuk keluar dari persaraan dan terus membantu United untuk memenangi gelaran Liga ke 20.
Sejak keluar dari persaraan, Scholes berjaya membantu United untuk menang 3 perlawanan berturut-turut termasuklah jaringannya menentang Bolton Wanderers dalam perlawanan Liga. Scholes menolak pujian yang diberikan kepadanya berdasarkan 3 kemenangan berturut-turut itu dan beliau menyatakan yang dia masih belum memberikan impak yang besar terhadap United. Beliau juga menyatakan kemenangan itu adalah usaha berpasukan dari semua pemain United. Sebagai penutup, mari kita layan aksi scholes sewaktu
menjaringkan gol menentang Bolton.. Layan..
P/S: Kalau ade fan yang tak ingat pasal Bekham kene boot , memang belum cukup fanatik lagi la tu. haha

Paul Scholes
Ryan Giggs: Pemain Bola Sepak Boleh Beraksi Sehingga Umur 40.
Hello gangz,
Pemain tertua paling berusia di Manchester United ketika ini iaitu Ryan Giggs menyatakan yang pemain bolasepak zaman ini boleh beraksi sehingga berusia 40an. Pehh.. Nampak gayanya makin lambat la si Giggs ni bersara. Haha. Tapi takpela, asalkan main bagus kira ok la kan. Giggs percaya semakin ramai pemain yang berusia lebih 30tahun akan terus beraksi sehingga berumur 40 tahun.
Pada ketika ini, rekod pemain tertua yang beraksi di BPL di pegang oleh bekas lagenda Manchester United iaitu Teddy Sheringham yang beraksi untuk West Ham ketika berusia 40 tahun 270 hari. Kemajuan dalam bidang sains sukan banyak membantu keupayaannya untuk kekal beraksi sehingga ini. Giggs telah di interview oleh MUTV berikutan aksi maktapnya ketika bertemu Arsenal. Kita boleh lihat Giggs lebih menyerlah dibahagian tengah berbanding pemain-pemain Arsenal yang jauh lebih muda daripada beliau.
Giggs telah membongkar rahsianya dalam temubual itu dengan menyatakan dia mengamalkan yoga untuk kekal sihat sehingga sekarang. Pehh, amal yoga la pulak si Giggs ni. Haha. Giggs hampir pasti akan menyambung kontraknya setahun lagi berdasarkan prestasinya yang agak baik pada ketika ini. Admin memberi sekongan penuh kepada Giggs untuk menyambung kontraknya tetapi Giggs haruslah menjauhkan diri dari skandal supaya imejnya tidak terjejas seperti sekarang. adioss.
Pemain

Ryan Giggs
Tuesday, 24 January 2012
Smalling: Man City Akan "Berkecai"
Hello beb...
Sudah menjadi tradisi pemain-pemain Man Utd untuk memberi komen-komen pedas kepada musuh-musuh tradisi kita. Untuk kali ini giliran Chris Smalling pula untuk memberi komen-komen membara. Haha. Ayat sebenar Chris Smalling adalah macam ni "Soon enough, if we keep ticking these wins then they'll crumble". Apepun kita layan dulu gambar Chris Smalling sewaktu bermain dengan Maidstone. haha. Kacak kan dia.
Chris Smalling sengaja memanaskan keadaan dengan mengatakan Man City akan "berkecai" akibat tekanan dari Man Utd. Smalling yakin dengan tekanan yang diberikan oleh United akan membuatkan City tidak tentu arah untuk mempertahankan kedudukan mereka di tangga teratas Liga Perdana Barclay. Smalling yakin dengan kemenangan yang sentiasa dicipta akan menggugat prestasi City yang kebelakangan ini agak goyah.
Smalling juga berkata persaingan untuk merebut gelaran juara Liga hanya melibatkan 3 pasukan untuk ketika ini iaitu Spurs, City dan juga Man Utd. Ketiga-tiga pasukan ini mempunyai peluang yang sama rata untuk merebut gelaran liga. Pasukan lain seperti Chelsea dan Arsenal akan berasa sukar untuk mengejar dan merebut gelaran liga.

Chris Smalling,
Komen Pemain
Monday, 23 January 2012
Evra: Strategi Kami Adalah Mahu Memberi Tekanan Kepada Bek Kiri dan Bek Kanan Mereka
Hello Hello..
Kapten Man Utd untuk perlawanan semalam iaitu Patrcie Evra menegaskan bahawa strategi Man Utd semalam adalah mahu memberi tekanan kepada Bek Kiri dan Bek Kanan Arsenal. Kita dapat lihat dengan mudahnya Evra dan Nani melepasi Johan Djourou pada babak pertama setelah pemain Switzerland itu bermain diposisi bukan kegemarannya. Begitu juga dengan Valencia yang membuatkan kapten Arsenal iaitu Vermaelen terpaksa berhempas pulas untuk mengawal beliau disebelah kanan. Vermaelen juga terpaksa bermain di posisi bukan kegemaranya setelah Kieran Gibbs mengalami kecederaan.
Evra juga yakin Manchester United akan memenangi Liga kerana semua orang dalam pasukan telah bekerja keras dan bila kami bermain dengan semangat Manchester United, adalah sukar untuk pasukan lain untuk menewaskan kami. Semoga seluruh pasukan berusaha keras untuk menewaskan liverpool dalam perlawanan seterusnya. Adioss
Labels:
Evra,
Komen Pemain
Sunday, 22 January 2012
Scholes: Carrick Bermain Seperti Roll Royce
Hye hye Bye bye..
Buang tebiat ke ape Scholes kate cara permainan Michael Carrick macam kereta Roll Royce. Bunyinya memang la pelik sikit bila di terjemahkan kepada bahasa Melayu. Haha. Ayat sebenar Paul Scholes berbunyi "He brings a calmness and he parades around the pitch like a roll-royces". Puitis sungguh kata-kata Paul Scholes. Haha, Kalo korang guna google translate kompem jahanam maksudnya.
Scholes dipetik berkata demikian rancangan United Review. Scholes memuji cara permainan Carrick dalam rancangan tersebut, Carrick dapat membawa ketenangan ketika perlawanan berlangsung. Scholes juga berpendapat, Carrick merupakan pemain yang dipandang rendah oleh peminat-peminat kerana jarang terlibat dalam menjaringkan gol.
Pada pendapat admin, Carrick ni memang bagus. Tapi selalu dia bermain di bahagian Defensive Midfielder. Dia sepatutnya berperanan sebagai playmaker. Kalau korang tengak match lepas seperti menentang Fulham, Carrick berpasangan dengan Phil Jones dibahagian tengah. Sangat-sangat awesome k.
Dibahagian itu kita dapat lihat Carrick dapat menjaringkan gol berbanding di posisi Defensive Midfielder.
Untuk menunjukkan bertapa powernya Michael Carrick seasaon ni. Korang boleh la tengok statistik perlawanan yang melibatkan kekalahan Man Utd season ni. Carrick tidak bermain dalam 4 kekalahan dari 5 kekalahan yang dialami oleh Man Utd. Macam haram ayat aku. Haha. semoga carrick bertambah power dan terus rembat gol untuk musim ni. Salam Glory Glory Man Utd 1 Malaysia...

Subscribe to:
Posts (Atom)