Pages

Subscribe:

Tuesday 24 January 2012

Smalling: Man City Akan "Berkecai"

Hello beb...

          Sudah menjadi tradisi pemain-pemain Man Utd untuk memberi komen-komen pedas kepada musuh-musuh tradisi kita. Untuk kali ini giliran Chris Smalling pula untuk memberi komen-komen membara. Haha. Ayat sebenar Chris Smalling adalah macam ni "Soon enough, if we keep ticking these wins then they'll crumble". Apepun kita layan dulu gambar Chris Smalling sewaktu bermain dengan Maidstone. haha. Kacak kan dia.



          Chris Smalling sengaja memanaskan keadaan dengan mengatakan Man City akan "berkecai" akibat tekanan dari Man Utd. Smalling yakin dengan tekanan yang diberikan oleh United akan membuatkan City tidak tentu arah untuk mempertahankan kedudukan mereka di tangga teratas Liga Perdana Barclay. Smalling yakin dengan kemenangan yang sentiasa dicipta akan menggugat prestasi City yang kebelakangan ini agak goyah.

          Smalling juga berkata persaingan untuk merebut gelaran juara Liga hanya melibatkan 3 pasukan untuk ketika ini iaitu Spurs, City dan juga Man Utd. Ketiga-tiga pasukan ini mempunyai peluang yang sama rata untuk merebut gelaran liga. Pasukan lain seperti Chelsea dan Arsenal akan berasa sukar untuk mengejar dan merebut gelaran liga.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...