Pages

Subscribe:

Saturday 31 March 2012

Welcome Home Macheda

           Seperti yang diketahui ramai, Macheda telahpun dipinjamkan kepada kelab Queen Park Ranger pada bulan Januari lalu. Dan kini beliau kembali semula ke United setelah mengalami kecederaan buku lali yang mungkin akan menyebabkan beliau tersisih untuk baki perlawanan musim ini. Kepulangan Federico Macheda ke Manchester adalah untuk menjalani rawatan terhadap kecederaan buku lalinya itu. Kepulangan Macheda itu juga bermakna beliau tidak akan kembali semula ke QPR kerana kontrak pinjamannya bersama QPR telahpun ditamatkan.

          Pada bulan Januari lalu, pemain berusia 20 tahun itu telah ditandatangani oleh bekas bos Qpr iaitu Neil Warnock. Malangnya, 2minggu setelah mendapatkan Macheda, Warnock telahpun dipecat oleh pengerusi QPR iaitu Tony Fernandez. Warnock kemudiannya digantikan oleh Mark Hughes di Loftus Road. Tindakan Mark Hughes membeli Djibril Cisse dan Bobby Zamora selepas menjadi bos baru QPR menyebabkan Macheda disisihkan dalam skuad utama QPR.


          Walau bagaimanapun, penyerang Itali itu berjaya membuat 6 penampilan bersama QPR sebelum mengalami kecederaan. Untuk pengetahuan semua, pada musim lalu Macheda telahpun dipinjamkan kepada Samprodia dan 2 minggu selepas beliau menyertai Samprodia pengurus kelab itu juga dipecat oleh pihak pengurusan. Nampaknya pisang telahpun berbuah 2 kali untuk Macheda. Semoga beliau dan United dapat mencari kelab yang baik untuk beliau beraksi sebelum diserapkan dalam skuad utama United.

Friday 30 March 2012

Bebe Kembali !!

          Sir Alex Ferguson telah membeli Bebe pada tahun 2010 dan merupakan salah satu pemindahan mengejut pada tahun itu. Bebe berjaya membuat tujuh penampilan bersama United sepanjang musim 2010/11. Beliau juga berjaya menjaringkan dua gol tetapi tidak berjaya mendapat tempat dalam skuad United selepas menunjukkan persembahan yang mengecewakan sewaktu bertemu Crawley Town.

          Seperti yang diketahui ramai, Bebe telahpun dipinjamkan kepada Besiktas sepanjang musim ini oleh United. Beliau mengalami permulaan yang mengerikan pada awal musim ini setelah mengalami kecederaan ligamen lutut sewaktu beraksi bersama skuad bawah 21 Portugal. Sejak kecederaan itu, Bebe tidak berjaya membuat sebarang penampilan bersama Besiktas dan menyaksikan beliau tersisih selama 7bulan. 



          Pada malam isnin lalu, Bebe berjaya membuat penampilan pertamanya untuk Besiktas pada musim ni. Bebe terpaksa menunggu sehingga minit ke 76 sebelum dimasukkan sebagai pemain gantian. Pada perlawanan itu, Bebe tidak sempat untuk menonjolkan kehebatannya kerana kekangan masa. Pada perlawanan itu, pasukan yang diwakili oleh Bebe iaitu Besiktas sekadar seri 2-2 menentang Istanbul BB.
Pada pendapat admin, Bebe haruslah mendapatkan semula kecergasannya dan bermain sebaik mungkin bersama Besiktas untuk memastikannya mendapat tempat dalam skuad United pada musim hadapan. Adios

Thursday 29 March 2012

Owen Mahu Bermain 2 hingga 3 Tahun Lagi

          Michael Owen telah mendedahkan kepada media bahawa beliau berharap untuk bermain bola sepak untuk sekurang-kurangnya untuk beberapa tahun lagi. Tetapi, beliau tidak terfikir akan dapat bertahan seperti rakan sepasukan di Manchester United iaitu Ryan Giggs yang terus bermain sehingga berumur 38tahun. Pemain berusia 32 tahun itu mempunyai kontrak bersama United sehingga penghujung musim ini. Masalah kecederaan, ditambah pula dengan kehebatan beberapa pemain lain yang berada di hadapan beliau dari segi hierarki, Owen dilihat sekadar menghitung hari untuk meninggalkan Old Trafford.


           Bagaimanapun, bekas penyerang Liverpool itu menegaskan bahawa dia masih mempunyai sesuatu untuk diberikan dalam dunia bola sepak dan dia percaya dia masih boleh bermain untuk 2 atau 3 tahun lagi.
Dengan kontrak yang bakal berakhir tidak lama lagi, masa depan Owen di Old Trafford masih tidak menentu tetapi dia berazam untuk terus bermain apapun yang terjadi. Owen menegaskan beliau tidak menyesal menyertai dan berbangga kerana mempunyai saat-saat indah bersama United seperti menjaringkan gol pada perlawanan akhir Carling Cup, menjaringkan gol kemenangan menentang Manchester City, menjaringkan hatrik dalam Liga Juara-Juara dan memenangi liga perdana .

Wednesday 28 March 2012

"Kami tidak akan menghalang Clyne menyertai Manchester United - Pengerusi Crystal Palace"

          Pasukan Liga Kejohanan, Crystal Palace berharap pertahanan muda berbakat mereka iaitu Nathaniel Clyne akan kekal bersama mereka tetapi mengakui bahawa mereka tidak akan menghalang pemain itu jika Clyne mahu melengkapkan perpindahan ke Red Devils pada penghujung musim ini. Admin pernah cover cerita pasal Clyne ini dulu. Korang klik sini k.


          Pengerusi Crystal Palace, Steve Parish telah mendedahkan bahawa kelab itu masih berharap untuk mengekalkan Nathaniel Clyne dalam pasukan mereka, tetapi tidak akan menghalang jika dia mahu menyertai Manchester United. Clyne yang berusia 20 tahun itu telah dikaitkan dengan perpindahan musim panas ke Old Trafford sejak beberapa bulan lalu dikatakan telah bersedia untuk merebut posisi bek kanan United daripada pemain muda lain seperti Smalling ,Jones, Rafael dan juga Fabio. Parish depetik berkata kepada akhbar Standart Evening; "Kami tidak bersetuju apa-apa dengan sesiapa dan kita masih mempunyai tawaran kontrakuntuk Nathaniel jika beliau mahu kekal,"

          Parish menegaskan mereka mempunyai hubungan yang baik dengan kedua-dua belah pihak iaitu Clyne dan ejennya dan beliau berpendapat bahawa Clyne amat gembira berada di Palace kerana berjaya mencipta sejarah membawa Palace ke perlawanan separuh akhir Piala Carling. Parish juga menyatakan jika pemain-pemain muda Palace mahu meninggalkan kelab, beliau akan memastikan sekurang-kurangnya pemain muda mereka akan ke kelab yang lebih besar dan lebih baik seperti Manchester United. Untuk pengetahuan semua,
Clyne telahpun membuat lebih daripada 100 penampilan untuk Palace sejak berjaya masuk ke dalam pasukan utama dan Clyne pernah memenang anugerah Pemain terbaik pada Tahun 2011.

Fabien Spiess ke United??

tengok saiz badan mcm power jek
          Manchester United dikatakan berminat untuk menandatangani pemain muda kelab Notts County iaitu Fabian Spiess. Penjaga gol dari Jerman itu belum lagi membuat penampilan untuk skuad senior Notts County   tetapi persembahannya di peringkat belia telah menarik minat juara Liga Perdana iaitu Manchester United serta Manchester City, Arsenal dan juga Tottenham.

          Ketua Jurulatih Belia Notts County iaitu Mick Leonard telah membawa pemain itu ke Nottingham selepas melihat Spiess bermain di pusat kecemerlangan di Dubai. Leonard telah mendedahkan bahawa beliau telah bercakap dengan jurulatih penjaga gol Red Devils iaitu Eric Steele. Sebelum itu, beberapa  pencari bakat dari United telahpun meninjau prestasi Spiess dan ternyata pemain itu mempunyai kemampuan untuk bermain bersama United.

          Mick Leonard dipetik berkata kepada Nottingham Post: "Man United telah memerhatikan Speiss untuk masa yang lama". Leonard juga berkata terdapat pencari bakat dari Man City dan Tottenham pada perlawanan belia antara Notts County menentang Doncaster minggu lepas. Leonard juga menegaskan bahawa Spiess merupakan penjaga gol muda yang hebat dan beliau tidak akan terkejut jika mana-mana kelab-kelab besar mahukan beliau. Semoga Spiess memilih United untuk mengembangkan bakat beliau. Adios
.

Tuesday 27 March 2012

Full Highlight Manchester United Vs Fulham (1-0)




Manchester United 1-0 Fulham


Manchester United 1 Vs 0 Fulham

Wayne Rooney Scored For United

Friday 23 March 2012

United Menjemput Tiga Pemain Remaja Brazil Menjalani Percubaan

          Manchester United telah memanggil tiga pemain berbakat dari Amerika Selatan untuk menjalani percubaan bersama United selama 2 minggu. Bakat-bakat itu datangnya dari kelab yang mempunyai hubungah dengan United iaitu Desportivo Brazil .

          Hubungan United dengan Desportivo adalah sebahagian daripada projek cermat dan teliti yang dirancang selama dua tahun setengah oleh United untuk membangunkan bakat mereka sendiri di Amerika Selatan. Projek ini dapat mengelakkan United daripada membayar yuran yang besar kepada kelab-kelab dari Brazil untuk membeli pemain setelah mereka bergelar bintang. 

          Pada tahun lepas, akhbar Sportsmail melaporkan bahawa Gladstony dan Rafael Leao telah gagal untuk menarik perhatian Alex Ferguson dan kemudiannya di hantar ke FC Twente untuk menimba lebih banyak pengalaman sebelum menyertai United. Pada tahun ini, Lucas Evangelista, Bruno Gomes dan Aguilar mencuba nasib menjalani percubaan di Old Trafford dengan 2 rakan lain yg sebelum ini gagal iaitu Gladstony dan Rafael Leao untuk menarik perhatian staff kejurulatihan United sekaligus memperoleh kontrak bersama United menjelang hari lahir mereka yang ke-18. Untuk pengetahuan semua, pemain-pemain dari Brazil hanya boleh meninggalkan negara dan menyertai kelab luar setelah berusia 18tahun.

Gladstony (1), Aguilar (2), Lucas Evangelista (3), Agnaldo, (4), dan Rafael Leao (5)  dan Fabio Capello (bulatan di bahagian bawah kanan)

            Golongan muda yang dipanggil United ini adalah sebahagian daripada skuad Desportivo Brasil  bawah 17 tahun yang baru-baru ini menjulang Piala Masa Depan di mana penyerang Bruno Gomes dan Aguilar berjaya menarik perhatian beberapa kelab lain. Semoga projek ini berjaya dan United berjaya mendapatkan bakat-bakat dari Brazil seperti Rafael dan Fabio yang datang ke Old Trafford dari usia muda.

Wednesday 21 March 2012

United Berminat Dengan Michu

           Manchester United dilaporkan berminat pada peminat tebgah Rayo Vallecano iaitu Michu. Pemain yang berusia 25 tahun dari Sepanyol.Untuk pengetahuan semua, Michu telah menjaringkan 13 gol dalam 24 penampilan bersama Rayo Vallecano musim ini. Nama michu semakin poular setelah beliau menjaringkan gol terhadap menentang Real Madrid selepas hanya 15 saat. Kegembiraannya itu tidak kekal lama kerana Rayo Vallecano tumpas 6-2 dalam perlawanan tersebut.



           Sir Alex Ferguson dilaporkan begitu berminat dengan Michu dan beliau telah menghantar abang beliau iaitu Martin Ferguson untuk melihat prestasi Michu di atas padang pada hujung minggu. So korang layan jela video michu kat bawah ni

Tuesday 20 March 2012

Monday 12 March 2012

Wednesday 7 March 2012

Dede: United Masih Belum Mengemukakan Tawaran

          Semalam, admin telahpun cover story tentang Man United berminat untuk mendapatkan pertahanan Vasco Da Gama iaitu Dede. Kalau korang tak baca, korang tengok sini k. Dede dipetik berkata kepada akhbar Globo Esporte bahawa tiada sebarang tawaran yang datang dari United sehingga kini.Dede juga mengakui dia amat berbesar hati kerana dibandingan dengan pertahanan sehebat Ferdinand sambil menegaskan bahawa tidak ada 1 pasukan pun yang telah membuat tawaran rasmi untuk mendapatkannya dan kini beliau hanya mahu fokus bermain untuk Vasco Da Gama.

Tuesday 6 March 2012

Dede ke United??

          Kebimbangan terhadap tahap kecederaan Rio Ferdinand dan Nemanja Vidic membuatkan Sir Alex Fergusen mengenal pasti beberapa pemain pertahanan tengah untuk dibawa masuk ke United. Sebelum ini beberapa pertahanan tengah dikaitkan dengan United termasuklah Neven Subotic dan juga Mehdi Benatia. Baru-baru ini, Ferguson dikatakan berminat untuk merekrut Dede ke Man United. Lagenda United iaitu Jaap Stam juga dilihat memberi sokongan kepada United untuk mendapatkan pemain ini..


          Dede, 23, berasal dari kawasan yang sama dengan bintang United iaitu Rafael dan Fabio iaitu Rio de Janeiro. Pertahanan tengah ini dikatakan sebagai prospek kedua paling hangat di Brazil di belakang Neymar dan dikatakan boleh dipancing dengan yuran pemindahan  bernilai keseluruhan 15million pound.

          United dikatakan bukanlah satu-satunya pasukan yang berminat dengan Dede tetapi Benfica juga dikatakan akan bersaing dengan United untuk mendapatkan Dede. Kelab Dede pada waktu ini iaitu Vasco da Gama dikatakan berada dalam kedudukan yang kewangan yang tenat dan ini menjadikan rumors ini semakin pasti untuk terjadi sekiranya mereka mendapat bidaan sekitar 15million pound untuk Dede. Semoga United berjaya mendapatkan Dede k.

Saturday 3 March 2012

De Gea Pemain Terbaik Manchester United Bulan Februari

          David de Gea telah diundi sebagai pemain terbaik United untuk bulan Februari. Beliau mendahului pemain lain dengan 45% undian di laman rasmi United. Ini menunjukkan De Gea bermain main setelah permulaan yang agak tidak memberangsangkan. Selepas menerima banyak kritikan dari akhbar dan beberapa penyokong United, De Gea telah bermain cemerlang selepas kehilangan tempat beliau kepada Anders Lindegaard. Mujurlah Lindegaard tercedera dan De Gea kembali mendapatkan tempat sebagai penjaga gol utama United.


          Pada pendapat admin, De Gea telah menampilkan persembahan luar biasa untuk menyelamatkan United daripada tewas pada bulan Februari, terutamanya sewaktu menentang Chelsea, Liverpool dan Norwich. So, memang De Gea berhaklah untuk mendapat pengiktirafan tersebut. Semoga De Gea terus bermain baik dan dapat menbantu united menggondol gelaran liga ke 20.

Wayne Rooney Kembali Cergas

          Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson telah mengesahkan bahawa Wayne Rooney akan kembali beraksi menentang Tottenham pada hari Ahad ini. Rooney terlepas dua perlawanan terakhir bersama United kerana jangkitan pada tekak. Bagaimanapun, Ferguson mengesahkan penyerang itu telah mula berlatih dan dapat bermain di White Hart Lane. "Wayne cergas" kata pengurus dari Scotland itu.


          Ferguson juga mengesahkan pertahanan Chris Smalling masih lagi tidak cergas selepas dia telah dibawa ke hospital pada petang Rabu lalu selepas pertembungan kepala dengan Klaas Jan Huntelaar. Ferguson juga mengesahkan Tom Cleverley dan Antonio Valencia tidak akan kembali setelah masing-masing mengalami kecederaan buku lali dan hamstring baru-baru ini. Walau bagaimanapun, ada berita baik ke atas Michael Owen. Beliau telah memulakan latihan selepas berehat panjang dengan masalah dibahagian paha.

Friday 2 March 2012

Ape nak jadi ni.. Smalling Pulak Cedera

          Manchester United sedang menunggu untuk mengetahui sejauh mana kecederaan kepala yang dialami oleh Chris Smalling ketika bermain untuk England di Wembley. Pemain Red Devils itu telah diusung keluar ketika England mengalami kekalahan 3-2 kepada Belanda. Smalling mengalami kecederaan selepas kepala beliau bertembung dengan kepala penyerang Belanda iaitu Klaas Jan Huntelaar. Kecederaan Smalling itu bermakna beliau mungkin akan tersingkir daripada skuad United menentang Spurs.





           Korang boleh tengok video pertembungan Smalling dan Huntelaar kat bawah ni. Selepas pertembungan dengan Smalling, Huntelaar mampu untuk berjalan di luar padang sambil hidungnya masih berdarah, manakala Smalling terus dibawa ke hospital bagi pakar-pakar perubatan untuk menilai sejauh mana kcederaan yang dialaminya.
 Sir Alex Ferguson kini perlu menunggu untuk berita kecederaan Smalling sebelum dia boleh merangka strategi untuk perlawanan sukar Ahad ini menentamg Tottenham di White Hart Lane.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...