Pages

Subscribe:
Showing posts with label Nani. Show all posts
Showing posts with label Nani. Show all posts

Tuesday, 28 February 2012

Manchester United menawarkan kontrak baru kepada Nani Bernilai £27m .

        The Red Devils merancang untuk menjadikan pemain sayap Portugil iaitu Nani sebagai golongan "atasan" di Old Trafford. Golongan atasan yang admin maksudkan adalah golongan pemain yang menerima gaji yang tinggi di United. United bersedia untuk memberikan kepada Nani kontrak baru selama empat tahun bernilai £ 130000 seminggu.


             Pemain berusia 24 tahun itu mempunyai baki kontrak selama dua tahun lagi dengan gaji bernilai
 £ 90000 seminggu. Pengurus Sir Alex Ferguson percaya Nani boleh memainkan peranan penting dalam usaha United untuk memenangi trofi dan yakin untuk menawarkan gaji sebanyak itu kepada Nani. Untuk pengetahuan semua, Nani telah dipilih sebagai pemain terbaik United untuk musim lepas dan sememangnya beliau layak untuk menerima gaji sebanyak itu. Nani menunjukkan minat yang dia mahu kekal di Old Trafford walaupun di risik oleh kelab dari Itali iaitu Juventus dan AC Milan. So, ape lagi tunggu Nani, Sign jela kontrak baru. Adios

Friday, 3 February 2012

Nani, Rooney , dan Young Sembuh Dari Kecederaan

          Setelah mengharungi perlawanan menentang Liverpool dan Stoke City tanpa 3 tonggak utama, United kembali diperkuatkan dengan kehadiran Nani, Young dan Rooney untuk pertemuan bertemu Chelsea hujung minggu ini. SAF berkata bahawa Trio United itu pulih dari kecederaan dan akan membantu United dalam perlawanan perting menentang musuh tradisi iaitu Chelsea. Rooney merupakan penjaring terbanyak untuk United dalam musim ini dan kehadirannya semula amat dinanti oleh peminat United.



           SAF juga mengesahkan bahawa Anders Lindegaard akan diketepikan dari skuad United selama sebulan akibat kecederaan kaki yang dialaminya ketika latihan. Ini amat membimbangkan SAF kerana David De Gea juga tercedera ketika latihan. United hanya mempunyai Ben Amos dan Tomas Kusczak untuk bermain diposisi penjaga gol. Ben Amos telah pun diturunkan sewaktu bertemu dengan Stoke City manakala admin menjangkakan Tomas Kusczak akan berpindah secara percuma setelah kontraknya tamat hujung musim ini.

Tuesday, 24 January 2012

Kecederaan Nani dan Phil Jones Memerlukan 1 Bulan Untuk Pulih

Hello gangz..

          Berita buruk untuk semua fan Man Utd. Pemain kesayangan kita semua iaitu Nani dan Phil Jones akan disisihkan selama 1 bulan akibat kecederaan. Berita ini pasti amat menyakitkan kerana Man Utd akan bertemu Liverpool pada sabtu ini untuk perlawan pusingan ke 4 Piala Fa.


          Nani dilaporkan telah pun memberitahu rakan-rakan karibnya yang dia memerlukan minima 2minggu untuk memulihkan kecederaan kakinya itu. Nani kemungkinan mengalami keretakan metatarsal dan Jones pula dilaporkan mengalami kerosakan ligamen. Nani dilaporkan meninggalkan Stadium Emirates dengan memakai protective boot. Dan Selalunya jika seseorang pemain memakai protective selepas mengalami kecederaan, kecedaraan yang diaalaminya itu agak teruk. Adios..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...