Pages

Subscribe:

Tuesday 24 January 2012

Leandro Damiao, Luca Modric dan Jores Okore ke Manchester United???

Hai gengs..

          Ini antara rumors yang berterbangan untuk hari ini. Haha. Leandro Damiao merupakan penyerang dari kelab Brazil iaitu Internacional. Pemain ini juga diminati oleh Tottenham Hotspur. Pada pendapat admin, kemungkinan besar perpindahan ini tidak akan menjadi kenyataan kerana pada masa sekarang Man United telah pun mempunyai lebihan striker. Apepun mamat ni memang power. Season lepas dia score 40 goal dari 51 penampilan dengan Internacional. Memang power habaq hang..


          Jores Okere ek?? Admin pun tak berapa nak familiar dengan mamat ni sangat. Cuma tahu dia ni bermain dengan Nordsjaelland iaitu kelab yang berpengkalan di Denmark. Pemain berusia 19 tahun ini berasal dari Ivory Coast dan mewakili Denmark. Untuk rumors ini ade kemungkinan besar akan menjadi kenyataan kerana pemain ini beraksi dibahagian pertahanan dimana Man Utd amat memerlukan pemain dibahagian itu.


          Luca Modric merupakan pemain idaman SAF dari awal musim lagi. Tetapi keengganan Spurs untuk melepaskan pemain bernilai mereka itu membuatkan perpindahan tergendala. Kita tengok la apa kesudahannya pada jendela perpindahan kali ini. Harap-haraplah menjadi kenyataan untuk kali ini. Adios.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...