Pages

Subscribe:

Friday 27 January 2012

Scholes Masih Takutkan Ferguson

Salam Jumaat,

          Diusia 37tahun, Paul Scholes mengaku dia masih takut kepada Sir Alex Ferguson. Sir Alex terkenal dengan sikap tegasnya dalam mendidik pemain-pemain di Man Utd sehingga menjadi bintang. Mari kita sandarkan kepada kenangan tahun 2003, dimana Sir Alex Ferguson mengamuk dengan pemain United akibat kekalahan dalam Piala FA kepada Arsenal. SAF dengan tidak sengaja menyepak boot dan terkena kening David Beckham. Based on peristiwa tu, rasanya korang boleh bayangkan la "aura" si Ferguson ni macam mana sampai dah tua pun si Scholes still takutkan si Fergie ni. Jom kita layan gambar parut di kening Beckham akibat insiden tersebut. Haha



          Scholes menyatakan dia takut untuk memberitahu Ferguson tentang niatnya untuk kembali bermain kepada SAF kerana bimbang reaksi negatif dari pengendali United itu setelah mengumumkan persaraan penghujung musim lalu. Bagaimana pun, SAF memberi reaksi positif terhadap Scholes dan memanggil beliau untuk keluar dari persaraan dan terus membantu United untuk memenangi gelaran Liga ke 20.

          Sejak keluar dari persaraan, Scholes berjaya membantu United untuk menang 3 perlawanan berturut-turut termasuklah jaringannya menentang Bolton Wanderers dalam perlawanan Liga. Scholes menolak pujian yang diberikan kepadanya berdasarkan 3 kemenangan berturut-turut itu dan beliau menyatakan yang dia masih belum memberikan impak yang besar terhadap United. Beliau juga menyatakan kemenangan itu adalah usaha berpasukan dari semua pemain United. Sebagai penutup, mari kita layan aksi scholes sewaktu
menjaringkan gol menentang Bolton.. Layan..



P/S: Kalau ade fan yang tak ingat pasal Bekham kene boot , memang belum cukup fanatik lagi la tu. haha

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...