Pages

Subscribe:

Monday 14 May 2012

Saturday 12 May 2012

Friday 20 April 2012

          Pertahanan Manchester United, Fabio da Silva mungkin akan berpisah dengan kembarnya Rafael pada penghujung musim ini. Fabio menjadi perbincangan hangat sepanjang minggu ini dan beliau dikatakan akan dipinjamkan kepada Benfica untuk sepanjang musim hadapan.Sir Alex Ferguson sedang menimbangkan untuk menghantar pemain berusia 21 tahun secara pinjaman untuk memaksimumkan peluangnya bermain untuk skuad utama.

          Di United, Evra telah menjadi pilihan utama Sir Alex Ferguson untuk sepanjang musim ini. Fabio hanya berjaya membuat 5 penampilan sahaja bersama United sepanjang musim ini. Selain daripada Evra, United juga mempunyai Ritchie De Laet dan juga Zeki Fryers yang boleh bermain di posisi pertahanan kiri dan mungkin ini menjadi salah satu sebab kenapa SAF ingin meminjamkan Fabio agar beliau mendapat lebih pengalaman. Selain dari itu, Jonny Evans dan Phil Jones juga berkebolehan untuk bermain di bahagian pertahanan kiri untuk menampung kekosongan tempat yang akan ditinggalkan Fabio kelak.



          Sebelum ini, Danny Welbeck dan juga Tom Cleverley telah dipinjamkan kepada Sunderland dan juga Wigan untuk menimba pengalaman. Hasilnya dapat dilihat pada musim ini apabila kedua-dua pemain ini memberi impak yang positif kepada United. Semoga Fabio dapat menimba pengalaman yang berguna di Benfica kelak.


Saturday 14 April 2012

Thursday 12 April 2012

Friday 6 April 2012

Lucas Moura Ke United??

          United dan Chelsea dikatakan berminat dengan Lucas Moura. Admin pun baru dengar pasal dia ni. Mungkin hebat la dia ni rasanya sebabnya Chelsea telahpun membida pemain ini dengan harga 29juta pound tetapi telahpun ditolak oleh kelab pemain itu iaitu Sao Paulo. So, malas cakap banyak. layan jek video kat bawah ni k.




Wayne Rooney Mahu Setanding Dengan Sir Bobby Charlton

          Wayne Rooney baru-baru ini mengutarakan hasratnya untuk mengatasi rekod jaringan lagenda Manchester United iaitu Sir Bobby Charlton sebelum dia bersara. Penyerang England itu kini berada di kedudukan keenam dalam carta penjaring terbanyak sepanjang zaman Red Devils. Rooney telahpun menjaringkan 175 untuk United pada ketika ini dan beliau pada ketika ini berada dibelakang George Best dan Dennis Viollet yang berkongsi tempat keempat dengan179 gol.


          Jack Rowley menjaringkan 211 gol berada di tempat ketiga. Denis Law menjaringkan 237gol berada di tangga kedua dan Bobby Charlton berada di puncak carta penjaring terbanyak United dengan 249 gol.
Rooney, 26, sudahpun menjaringkan 28 gol musim ini, tetapi terdesak untuk menjaringkan lebih banyak gol untuk mengubah rekod Charlton. Semoga Rooney berjayalah memecahkan rekod jaringan Bobby Charlton. Korang layan jela perbandingan antara 2 pemain kat bawah ni.




Monday 2 April 2012

Saturday 31 March 2012

Welcome Home Macheda

           Seperti yang diketahui ramai, Macheda telahpun dipinjamkan kepada kelab Queen Park Ranger pada bulan Januari lalu. Dan kini beliau kembali semula ke United setelah mengalami kecederaan buku lali yang mungkin akan menyebabkan beliau tersisih untuk baki perlawanan musim ini. Kepulangan Federico Macheda ke Manchester adalah untuk menjalani rawatan terhadap kecederaan buku lalinya itu. Kepulangan Macheda itu juga bermakna beliau tidak akan kembali semula ke QPR kerana kontrak pinjamannya bersama QPR telahpun ditamatkan.

          Pada bulan Januari lalu, pemain berusia 20 tahun itu telah ditandatangani oleh bekas bos Qpr iaitu Neil Warnock. Malangnya, 2minggu setelah mendapatkan Macheda, Warnock telahpun dipecat oleh pengerusi QPR iaitu Tony Fernandez. Warnock kemudiannya digantikan oleh Mark Hughes di Loftus Road. Tindakan Mark Hughes membeli Djibril Cisse dan Bobby Zamora selepas menjadi bos baru QPR menyebabkan Macheda disisihkan dalam skuad utama QPR.


          Walau bagaimanapun, penyerang Itali itu berjaya membuat 6 penampilan bersama QPR sebelum mengalami kecederaan. Untuk pengetahuan semua, pada musim lalu Macheda telahpun dipinjamkan kepada Samprodia dan 2 minggu selepas beliau menyertai Samprodia pengurus kelab itu juga dipecat oleh pihak pengurusan. Nampaknya pisang telahpun berbuah 2 kali untuk Macheda. Semoga beliau dan United dapat mencari kelab yang baik untuk beliau beraksi sebelum diserapkan dalam skuad utama United.

Friday 30 March 2012

Bebe Kembali !!

          Sir Alex Ferguson telah membeli Bebe pada tahun 2010 dan merupakan salah satu pemindahan mengejut pada tahun itu. Bebe berjaya membuat tujuh penampilan bersama United sepanjang musim 2010/11. Beliau juga berjaya menjaringkan dua gol tetapi tidak berjaya mendapat tempat dalam skuad United selepas menunjukkan persembahan yang mengecewakan sewaktu bertemu Crawley Town.

          Seperti yang diketahui ramai, Bebe telahpun dipinjamkan kepada Besiktas sepanjang musim ini oleh United. Beliau mengalami permulaan yang mengerikan pada awal musim ini setelah mengalami kecederaan ligamen lutut sewaktu beraksi bersama skuad bawah 21 Portugal. Sejak kecederaan itu, Bebe tidak berjaya membuat sebarang penampilan bersama Besiktas dan menyaksikan beliau tersisih selama 7bulan. 



          Pada malam isnin lalu, Bebe berjaya membuat penampilan pertamanya untuk Besiktas pada musim ni. Bebe terpaksa menunggu sehingga minit ke 76 sebelum dimasukkan sebagai pemain gantian. Pada perlawanan itu, Bebe tidak sempat untuk menonjolkan kehebatannya kerana kekangan masa. Pada perlawanan itu, pasukan yang diwakili oleh Bebe iaitu Besiktas sekadar seri 2-2 menentang Istanbul BB.
Pada pendapat admin, Bebe haruslah mendapatkan semula kecergasannya dan bermain sebaik mungkin bersama Besiktas untuk memastikannya mendapat tempat dalam skuad United pada musim hadapan. Adios

Thursday 29 March 2012

Owen Mahu Bermain 2 hingga 3 Tahun Lagi

          Michael Owen telah mendedahkan kepada media bahawa beliau berharap untuk bermain bola sepak untuk sekurang-kurangnya untuk beberapa tahun lagi. Tetapi, beliau tidak terfikir akan dapat bertahan seperti rakan sepasukan di Manchester United iaitu Ryan Giggs yang terus bermain sehingga berumur 38tahun. Pemain berusia 32 tahun itu mempunyai kontrak bersama United sehingga penghujung musim ini. Masalah kecederaan, ditambah pula dengan kehebatan beberapa pemain lain yang berada di hadapan beliau dari segi hierarki, Owen dilihat sekadar menghitung hari untuk meninggalkan Old Trafford.


           Bagaimanapun, bekas penyerang Liverpool itu menegaskan bahawa dia masih mempunyai sesuatu untuk diberikan dalam dunia bola sepak dan dia percaya dia masih boleh bermain untuk 2 atau 3 tahun lagi.
Dengan kontrak yang bakal berakhir tidak lama lagi, masa depan Owen di Old Trafford masih tidak menentu tetapi dia berazam untuk terus bermain apapun yang terjadi. Owen menegaskan beliau tidak menyesal menyertai dan berbangga kerana mempunyai saat-saat indah bersama United seperti menjaringkan gol pada perlawanan akhir Carling Cup, menjaringkan gol kemenangan menentang Manchester City, menjaringkan hatrik dalam Liga Juara-Juara dan memenangi liga perdana .

Wednesday 28 March 2012

"Kami tidak akan menghalang Clyne menyertai Manchester United - Pengerusi Crystal Palace"

          Pasukan Liga Kejohanan, Crystal Palace berharap pertahanan muda berbakat mereka iaitu Nathaniel Clyne akan kekal bersama mereka tetapi mengakui bahawa mereka tidak akan menghalang pemain itu jika Clyne mahu melengkapkan perpindahan ke Red Devils pada penghujung musim ini. Admin pernah cover cerita pasal Clyne ini dulu. Korang klik sini k.


          Pengerusi Crystal Palace, Steve Parish telah mendedahkan bahawa kelab itu masih berharap untuk mengekalkan Nathaniel Clyne dalam pasukan mereka, tetapi tidak akan menghalang jika dia mahu menyertai Manchester United. Clyne yang berusia 20 tahun itu telah dikaitkan dengan perpindahan musim panas ke Old Trafford sejak beberapa bulan lalu dikatakan telah bersedia untuk merebut posisi bek kanan United daripada pemain muda lain seperti Smalling ,Jones, Rafael dan juga Fabio. Parish depetik berkata kepada akhbar Standart Evening; "Kami tidak bersetuju apa-apa dengan sesiapa dan kita masih mempunyai tawaran kontrakuntuk Nathaniel jika beliau mahu kekal,"

          Parish menegaskan mereka mempunyai hubungan yang baik dengan kedua-dua belah pihak iaitu Clyne dan ejennya dan beliau berpendapat bahawa Clyne amat gembira berada di Palace kerana berjaya mencipta sejarah membawa Palace ke perlawanan separuh akhir Piala Carling. Parish juga menyatakan jika pemain-pemain muda Palace mahu meninggalkan kelab, beliau akan memastikan sekurang-kurangnya pemain muda mereka akan ke kelab yang lebih besar dan lebih baik seperti Manchester United. Untuk pengetahuan semua,
Clyne telahpun membuat lebih daripada 100 penampilan untuk Palace sejak berjaya masuk ke dalam pasukan utama dan Clyne pernah memenang anugerah Pemain terbaik pada Tahun 2011.

Fabien Spiess ke United??

tengok saiz badan mcm power jek
          Manchester United dikatakan berminat untuk menandatangani pemain muda kelab Notts County iaitu Fabian Spiess. Penjaga gol dari Jerman itu belum lagi membuat penampilan untuk skuad senior Notts County   tetapi persembahannya di peringkat belia telah menarik minat juara Liga Perdana iaitu Manchester United serta Manchester City, Arsenal dan juga Tottenham.

          Ketua Jurulatih Belia Notts County iaitu Mick Leonard telah membawa pemain itu ke Nottingham selepas melihat Spiess bermain di pusat kecemerlangan di Dubai. Leonard telah mendedahkan bahawa beliau telah bercakap dengan jurulatih penjaga gol Red Devils iaitu Eric Steele. Sebelum itu, beberapa  pencari bakat dari United telahpun meninjau prestasi Spiess dan ternyata pemain itu mempunyai kemampuan untuk bermain bersama United.

          Mick Leonard dipetik berkata kepada Nottingham Post: "Man United telah memerhatikan Speiss untuk masa yang lama". Leonard juga berkata terdapat pencari bakat dari Man City dan Tottenham pada perlawanan belia antara Notts County menentang Doncaster minggu lepas. Leonard juga menegaskan bahawa Spiess merupakan penjaga gol muda yang hebat dan beliau tidak akan terkejut jika mana-mana kelab-kelab besar mahukan beliau. Semoga Spiess memilih United untuk mengembangkan bakat beliau. Adios
.

Tuesday 27 March 2012

Full Highlight Manchester United Vs Fulham (1-0)




Manchester United 1-0 Fulham


Manchester United 1 Vs 0 Fulham

Wayne Rooney Scored For United

Friday 23 March 2012

United Menjemput Tiga Pemain Remaja Brazil Menjalani Percubaan

          Manchester United telah memanggil tiga pemain berbakat dari Amerika Selatan untuk menjalani percubaan bersama United selama 2 minggu. Bakat-bakat itu datangnya dari kelab yang mempunyai hubungah dengan United iaitu Desportivo Brazil .

          Hubungan United dengan Desportivo adalah sebahagian daripada projek cermat dan teliti yang dirancang selama dua tahun setengah oleh United untuk membangunkan bakat mereka sendiri di Amerika Selatan. Projek ini dapat mengelakkan United daripada membayar yuran yang besar kepada kelab-kelab dari Brazil untuk membeli pemain setelah mereka bergelar bintang. 

          Pada tahun lepas, akhbar Sportsmail melaporkan bahawa Gladstony dan Rafael Leao telah gagal untuk menarik perhatian Alex Ferguson dan kemudiannya di hantar ke FC Twente untuk menimba lebih banyak pengalaman sebelum menyertai United. Pada tahun ini, Lucas Evangelista, Bruno Gomes dan Aguilar mencuba nasib menjalani percubaan di Old Trafford dengan 2 rakan lain yg sebelum ini gagal iaitu Gladstony dan Rafael Leao untuk menarik perhatian staff kejurulatihan United sekaligus memperoleh kontrak bersama United menjelang hari lahir mereka yang ke-18. Untuk pengetahuan semua, pemain-pemain dari Brazil hanya boleh meninggalkan negara dan menyertai kelab luar setelah berusia 18tahun.

Gladstony (1), Aguilar (2), Lucas Evangelista (3), Agnaldo, (4), dan Rafael Leao (5)  dan Fabio Capello (bulatan di bahagian bawah kanan)

            Golongan muda yang dipanggil United ini adalah sebahagian daripada skuad Desportivo Brasil  bawah 17 tahun yang baru-baru ini menjulang Piala Masa Depan di mana penyerang Bruno Gomes dan Aguilar berjaya menarik perhatian beberapa kelab lain. Semoga projek ini berjaya dan United berjaya mendapatkan bakat-bakat dari Brazil seperti Rafael dan Fabio yang datang ke Old Trafford dari usia muda.

Wednesday 21 March 2012

United Berminat Dengan Michu

           Manchester United dilaporkan berminat pada peminat tebgah Rayo Vallecano iaitu Michu. Pemain yang berusia 25 tahun dari Sepanyol.Untuk pengetahuan semua, Michu telah menjaringkan 13 gol dalam 24 penampilan bersama Rayo Vallecano musim ini. Nama michu semakin poular setelah beliau menjaringkan gol terhadap menentang Real Madrid selepas hanya 15 saat. Kegembiraannya itu tidak kekal lama kerana Rayo Vallecano tumpas 6-2 dalam perlawanan tersebut.



           Sir Alex Ferguson dilaporkan begitu berminat dengan Michu dan beliau telah menghantar abang beliau iaitu Martin Ferguson untuk melihat prestasi Michu di atas padang pada hujung minggu. So korang layan jela video michu kat bawah ni

Tuesday 20 March 2012

Monday 12 March 2012

Wednesday 7 March 2012

Dede: United Masih Belum Mengemukakan Tawaran

          Semalam, admin telahpun cover story tentang Man United berminat untuk mendapatkan pertahanan Vasco Da Gama iaitu Dede. Kalau korang tak baca, korang tengok sini k. Dede dipetik berkata kepada akhbar Globo Esporte bahawa tiada sebarang tawaran yang datang dari United sehingga kini.Dede juga mengakui dia amat berbesar hati kerana dibandingan dengan pertahanan sehebat Ferdinand sambil menegaskan bahawa tidak ada 1 pasukan pun yang telah membuat tawaran rasmi untuk mendapatkannya dan kini beliau hanya mahu fokus bermain untuk Vasco Da Gama.

Tuesday 6 March 2012

Dede ke United??

          Kebimbangan terhadap tahap kecederaan Rio Ferdinand dan Nemanja Vidic membuatkan Sir Alex Fergusen mengenal pasti beberapa pemain pertahanan tengah untuk dibawa masuk ke United. Sebelum ini beberapa pertahanan tengah dikaitkan dengan United termasuklah Neven Subotic dan juga Mehdi Benatia. Baru-baru ini, Ferguson dikatakan berminat untuk merekrut Dede ke Man United. Lagenda United iaitu Jaap Stam juga dilihat memberi sokongan kepada United untuk mendapatkan pemain ini..


          Dede, 23, berasal dari kawasan yang sama dengan bintang United iaitu Rafael dan Fabio iaitu Rio de Janeiro. Pertahanan tengah ini dikatakan sebagai prospek kedua paling hangat di Brazil di belakang Neymar dan dikatakan boleh dipancing dengan yuran pemindahan  bernilai keseluruhan 15million pound.

          United dikatakan bukanlah satu-satunya pasukan yang berminat dengan Dede tetapi Benfica juga dikatakan akan bersaing dengan United untuk mendapatkan Dede. Kelab Dede pada waktu ini iaitu Vasco da Gama dikatakan berada dalam kedudukan yang kewangan yang tenat dan ini menjadikan rumors ini semakin pasti untuk terjadi sekiranya mereka mendapat bidaan sekitar 15million pound untuk Dede. Semoga United berjaya mendapatkan Dede k.

Saturday 3 March 2012

De Gea Pemain Terbaik Manchester United Bulan Februari

          David de Gea telah diundi sebagai pemain terbaik United untuk bulan Februari. Beliau mendahului pemain lain dengan 45% undian di laman rasmi United. Ini menunjukkan De Gea bermain main setelah permulaan yang agak tidak memberangsangkan. Selepas menerima banyak kritikan dari akhbar dan beberapa penyokong United, De Gea telah bermain cemerlang selepas kehilangan tempat beliau kepada Anders Lindegaard. Mujurlah Lindegaard tercedera dan De Gea kembali mendapatkan tempat sebagai penjaga gol utama United.


          Pada pendapat admin, De Gea telah menampilkan persembahan luar biasa untuk menyelamatkan United daripada tewas pada bulan Februari, terutamanya sewaktu menentang Chelsea, Liverpool dan Norwich. So, memang De Gea berhaklah untuk mendapat pengiktirafan tersebut. Semoga De Gea terus bermain baik dan dapat menbantu united menggondol gelaran liga ke 20.

Wayne Rooney Kembali Cergas

          Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson telah mengesahkan bahawa Wayne Rooney akan kembali beraksi menentang Tottenham pada hari Ahad ini. Rooney terlepas dua perlawanan terakhir bersama United kerana jangkitan pada tekak. Bagaimanapun, Ferguson mengesahkan penyerang itu telah mula berlatih dan dapat bermain di White Hart Lane. "Wayne cergas" kata pengurus dari Scotland itu.


          Ferguson juga mengesahkan pertahanan Chris Smalling masih lagi tidak cergas selepas dia telah dibawa ke hospital pada petang Rabu lalu selepas pertembungan kepala dengan Klaas Jan Huntelaar. Ferguson juga mengesahkan Tom Cleverley dan Antonio Valencia tidak akan kembali setelah masing-masing mengalami kecederaan buku lali dan hamstring baru-baru ini. Walau bagaimanapun, ada berita baik ke atas Michael Owen. Beliau telah memulakan latihan selepas berehat panjang dengan masalah dibahagian paha.

Friday 2 March 2012

Ape nak jadi ni.. Smalling Pulak Cedera

          Manchester United sedang menunggu untuk mengetahui sejauh mana kecederaan kepala yang dialami oleh Chris Smalling ketika bermain untuk England di Wembley. Pemain Red Devils itu telah diusung keluar ketika England mengalami kekalahan 3-2 kepada Belanda. Smalling mengalami kecederaan selepas kepala beliau bertembung dengan kepala penyerang Belanda iaitu Klaas Jan Huntelaar. Kecederaan Smalling itu bermakna beliau mungkin akan tersingkir daripada skuad United menentang Spurs.





           Korang boleh tengok video pertembungan Smalling dan Huntelaar kat bawah ni. Selepas pertembungan dengan Smalling, Huntelaar mampu untuk berjalan di luar padang sambil hidungnya masih berdarah, manakala Smalling terus dibawa ke hospital bagi pakar-pakar perubatan untuk menilai sejauh mana kcederaan yang dialaminya.
 Sir Alex Ferguson kini perlu menunggu untuk berita kecederaan Smalling sebelum dia boleh merangka strategi untuk perlawanan sukar Ahad ini menentamg Tottenham di White Hart Lane.



Wednesday 29 February 2012

Sean McGinty Dipinjamkan Ke Morecombe

          Manchester United mengambil satu lagi langkah bijak dengan meminjamkan Sean McGinty kepada Morecambe. Sean McGinty akan dipinjamkan selama sebulan dan akan pulang ke United pada 31 Mac. Berusia hanya 18 tahun, McGinty boleh bermain sebagai pertahanan tengah dan juga sebagai bek kiri. Pada masa sekarang, McGinty telah pun dipanggil untuk bermain untuk skuad bawah 19Tahun Republik Ireland. Beliau menyertai United pada tahun 2009 dari Charlton tetapi tidak pernah lagi bermain untuk United. Untuk pengetahuan korang semua, McGinty merupakan antara pemain muda United yang memenagi FA Youth Cup bersama-sama Paul Pogba , Ravel Morisson dan lain-lain. Semoga pemain-pemain muda yang memenangi Fa Youth Cup ni semakin bersinar. 


Tuesday 28 February 2012

Manchester United menawarkan kontrak baru kepada Nani Bernilai £27m .

        The Red Devils merancang untuk menjadikan pemain sayap Portugil iaitu Nani sebagai golongan "atasan" di Old Trafford. Golongan atasan yang admin maksudkan adalah golongan pemain yang menerima gaji yang tinggi di United. United bersedia untuk memberikan kepada Nani kontrak baru selama empat tahun bernilai £ 130000 seminggu.


             Pemain berusia 24 tahun itu mempunyai baki kontrak selama dua tahun lagi dengan gaji bernilai
 £ 90000 seminggu. Pengurus Sir Alex Ferguson percaya Nani boleh memainkan peranan penting dalam usaha United untuk memenangi trofi dan yakin untuk menawarkan gaji sebanyak itu kepada Nani. Untuk pengetahuan semua, Nani telah dipilih sebagai pemain terbaik United untuk musim lepas dan sememangnya beliau layak untuk menerima gaji sebanyak itu. Nani menunjukkan minat yang dia mahu kekal di Old Trafford walaupun di risik oleh kelab dari Itali iaitu Juventus dan AC Milan. So, ape lagi tunggu Nani, Sign jela kontrak baru. Adios

Rooney Dan Cleverley Tersisih Dari Skuad England

          Sebelum ini admin ada menyenaraikan 6 pemain United yang dipanggil untuk menyertai skuad England. Kalau korang tak percaya boleh baca sini k. Haha. So, seperti yang diketahui ramai, Rooney dan Cleverley telah mengalami kecederaan selepas perlawanan menentang AJax Amsterdam lalu. Secara automatiknya mereka pun digugurkan dari skuad England dan digantikan dengan pemain lain. Sekarang ini hanya tinggal 4orang sahaja pemain United dalam skuad England iaitu Smalling, Jones, Young dan juga Welbeck. Sir Alex Ferguson dipetik berkata bahawa Rooney masih mengalami jangkitan tekak manakala Cleverley mengalami kecederaan buku lali. Kedua-dua terlepas kemenangan 2-1 Manchester United di Norwich semalam. SAF juga berharap kedua-dua pemain ini sempat pulih dan bersedia untuk satu perlawanan besar di White Hart Lane menentang Spurs.Adios


Monday 27 February 2012

Sunday 26 February 2012

United Berminat Dengan "The Next Cristiano Ronaldo"

          James Rodriguez berada di bandar Manchester minggu ini kerana pasukannya iaitu Porto bertemu dengan liga Europa menentang Manchester City. O Jogo melaporkan bahawa pencari bakat Man United telah hadir di Stadium Etihad pada malam Rabu lalu untuk menilai bakat Rodriguez samaada beliau sesuai untuk menyertai United atau tidak menjelang jendela perpindahan musim panas yang akan datang.


          Rodriguez, 20, adalah salah seorang bakat muda yang cemerlang bermain di Eropah sehingga membantu Porto menang 3 Piala musim lalu dan ramai yang telah membandingkannya dengan Cristiano Ronaldo sewaktu muda. Sejak tiba di Porto dari kelab Argentina iaitu Banfield pada tahun 2010, Rodriguez telah berjaya mengukuhkan kedudukan beliau dalam pasukan yang tidak pernah tewas dalam liga dan berjaya memenangi Piala Europa musim lepas.

          Sir Alex Ferguson mempunyai rekod yang baik menandatangani pemain muda dari Liga Primeira Portugis dan melatih mereka menjadi seorang bintang. Cristiano Ronaldo, Nani dan Anderson semua dibawa dari Portugal pada usia muda dan telah menikmati banyak kejayaan di Old Trafford.Ferguson pada tahun-tahun kebelakangan ini telah melaksanakan dasar membawa masuk bakat muda terbaik seperti Javier Hernandez, Chris Smalling dan Phil Jones semuanya dibawa masuk ketika muda. Semoga James Rodriguez berjaya dibawa masuk ke Old Trafford

   

Saturday 25 February 2012

Ohh No!!! Cleverley Cedera lagi

          Tom Cleverley akan terlepas perlawanan antara England menentang Belanda minggu depan selepas pemain tengah Manchester United itu rosak buku lali kanannya sewaktu kekalahan Manchester United keatas Ajax Amsterdam dalam Liga Europa Khamis lalu. Ini merupakan satu lagi tamparan hebat untuk Cleverley yang telah dinafikan penampilan pertama bersama England pada Ogos lalu apabila ia ditangguhkan kerana rusuhan di London.


          Sebelum ini,Pemain United berusia 22 tahun itu mengalami kecederaan ligamen di kaki kirinya yang menyebabkan penampilan beliau hanya terhad kepada dua perlawanan dalam masa lima bulan sebelum kembali sewaktu perlawanan di Amsterdam minggu lepas. Walaubagaimana pun, kecederaan ini tidak terlalu serius dan Cleverley dijangka hanya akan terlepas 2 perlawanan sahaja iaitu perlawanan England menentang Belanda dan United menentang Norwich city.

Berita Baik Tentang Antonio Valencia



          Pada awalnya, Antonio Valencia dijangka akan disisihkan selama sebulan. Tetapi, Antonio Valencia mungkin akan bersedia untuk kunjungan ke London minggu depan bertemu dengan Tottenham Hotspur. Alex Ferguson menyatakan kepulangan Valencia akan membantu memberikan lebih pilihan untuk membantu bahagian serangan ditambah pula dengan Ashley Young dan Nani yang sudah pulih seperti sediakala.Alex Ferguson juga berkata beliau yakin barisan penyerang United pasti amat berbesar hati untuk melihat Valencia, Young dan Nani pulih seperti biasa. Ferguson juga berkata pemain lain akan menjadi sedih melihat Antonio Valencia cedera sekali lagi kerana dia telah menyediakan sumbangan yang besar dari bahagian sayap, tetapi ia bukanlah kecederaan serius dan dia harus kembali dalam masa seminggu atau lebih.

Friday 24 February 2012

Highlight Manchester United Vs Ajax Amsterdam 2nd Leg





6 Pemain United Di Panggil Menyertai Skuad England


Goalkeepers: Scott Carson (Bursaspor), Joe Hart (Manchester City), Robert Green (West Ham United).
Defenders: Gary Cahill (Chelsea), Ashley Cole (Chelsea), Leighton Baines (Everton), Glen Johnson (Liverpool),Phil Jones (Manchester United), Micah Richards (Manchester City), Chris Smalling (Manchester United), Kyle Walker (Tottenham Hotspur).
Midfielders: Gareth Barry (Manchester City), Tom Cleverley (Manchester United), Stewart Downing (Liverpool), Adam Johnson (Manchester City), Steven Gerrard (Liverpool), James Milner (Manchester City), Scott Parker (Tottenham Hotspur), Ashley Young (Manchester United), Theo Walcott (Arsenal).
Forwards: Darren Bent (Aston Villa), Fraizer Campbell (Sunderland), Daniel Sturridge (Chelsea), Wayne Rooney(Manchester United), Danny Welbeck (Manchester United)


Manchester United 1-2 Ajax Amsterdam


AJAX AMSTERDAM VS MANCHESTER UNITED
2 : 1
OZBILIZ, ALDERWEIRELD : JAVIER HERNANDEZ

Thursday 23 February 2012

Wayne Rooney Tidak Beraksi

          Wayne Rooney akan terlepas perlawanan Liga Europa di antara Manchester United menentang Ajax  Amsterdam di Old Trafford awal pagi esok. Penyerang Red Devils itu mengalami jangkitan pada tekak dan terlepas sesi latihan akhir bersama pasukan dan ini mengesahkan yang beliau tidak akan bermain pada awal pagi esok waktu Malaysia. Pukul 4 pagi k. Korang jangan tak tengok pulak.



          Kebanyakan pemain skuad Utama United hadir dalam latihan akhir termasuklah pemain tengah Anderson yang baru pulih dari kecederaan.Kemenangan pada hari esok akan memastikan Man United akan menyertai kumpulan 16 pasukan terbaik sama ada bertemu dengan Lokomotiv Moscow atau Athletic Bilbao bulan depan.  

Tomasz Kuszczac Ibarat Sirih Pulang Ke Gagang

          Penjaga gol Manchester United, Tomasz Kuszczak telah menyertai kelab dari liga Kejuaraan iaitu Watford secara pinjaman untuk sepanjang musim ini. Penjaga gol yang berasal dari Poland itu tidak bermain untuk satu perlawanan sekalipun untuk The Reds musim ini. Kuszczak yang berusia 29 tahun pada tahun ini merupakan penjaga gola pilihan keempat United di belakang David de Gea, Anders Lindegaard dan Ben Amos. dalam perintah combinasi Old Trafford. Kuszczak menyertai The Red Devil pada tahun 2007 dengan yuran perpundahan bernilai hanya £ 2m dari Watford. SO, memang ibarat sirih pulang ke gagang la kan. Beli dari Watford, kemudian pinjamkan pun kepada Watford. Semoga Kuszczac berjayalah hendaknya di Watford. Adios


Sunday 19 February 2012

Info Bergambar Ryan Giggs


kredit to unitedrant

"Once a Blue, Always a Blue"

          Minggu ni Manchester United tidak mempunyai sebarang perlawanan setelah tersingkir dari Piala Fa dan Piala Liga. Pemain-pemain di beri cuti dari menjalani latihan dan Wayne Rooney tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke Goodisan Park untuk menyaksikan bekas kelabnya beraksi dalam Piala Fa. Rooney merupakan peminat Everton dan sangat disenangi oleh penyokong Everton kerana sering tampil dengan t-shirt yang tertulis slogan "Once a Blue, Always a Blue". Kalau tak percaya korang tengok gambar bawah ni.


          Pada pendapat admin tak ada salahnya pun kalau Rooney tengok bekas kelabnya bermain. Lagipun dah rumah keluarga dia kat area situ juga, ape salahnya dia pergi tengok. Mungkin ada yang tidak berpuas hati dengan Rooney dan menganggap beliau tidak setia kepada Man United. Tetapi percayalah bahawa Rooney akan sentiasa bersama Man UNited. EKEKe

Rooney di Goodisan Park

Vidic Kembali Menguatkan Pertahanan United

          Kapten Man United iaitu Nemanja Vidic dikatakan akan kembali bermain lebih awal dari jangkaan. Vidic dikatakan akan disingkirkan sehingga hujung musim ini tetapi perkembangan terbarunya amat menggembirakan. Vidic dijangkakan akan pulih lebih awal dan membantu United untuk memenangi gelaran liga perdana barclay. Vidic berusaha keras untuk pulih dari kecederaan dan hasilnya beliau mengalami proses pemulihan yang cepat dari dijangkakan. Beliau sering meletakkan pemberat keatas lututnya untuk membantu proses pemulihan. Semoga Vidic pulih lebih cepat dan lagi best kalau dia dapat bermain menentang Manchester City di penghujung musim nanti. Adios.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...