Pages

Subscribe:
Showing posts with label Mame Biram Diouf. Show all posts
Showing posts with label Mame Biram Diouf. Show all posts

Sunday, 29 January 2012

Sayonara Mame Biram Diouf

Hello ladies and gentlemen..

          Mame Biram Diouf merupakan pemain terbaru yang meninggalkan United akibat kekurangan peluang untuk beraksi. Diouf meninggalkan United dengan jumlah yuran perpindahan berjumlah 1.5 juta pound untuk menyertai kelab dari Bundesliga iaitu Hannover. Diouf dibeli dengan harga 3.5 juta pound. So maknanya Man Utd rugi la 2 juta pound. Diouf di pinjamkan kepada Blackburn pada musim lalu, beliau berjaya membuat 19 penampilan bersama Blackburn dan menjaringkan 6gol untuk pasukan tersebut.


          Persembahan hebat Javier Hernandez dan Danny Welbeck membuatkan peluang Diouf untuk membuat penampilan bersama United semakin tipis. Untuk masa ini, SAF lebih gemar meletakkan Will Keane di bangku simpanan berbanding Diouf kerana Keane lebih muda dan mempunyai peluang yang lebih cerah untuk menyinar berbandin Diouf. Semoga Diouf berjaya membantu Hannover dalam merebut Piala Europa League dan juga gelaran Bundesliga. Adios

Sunday, 22 January 2012

Kelab Bundesliga Berminat Dengan Mame Biram Diouf

Hello gang..

          Penyerang terpinggir Manchester United Mame Biram Diouf sedang berada dalam radar pasukan Hannover dari Bundesliga. Kelab Bundesliga itu menyesahkan mereka berminat dengan penyerang Senegal itu sejak pemain itu berada dalam pasukan Molde lagi. Diouf pernah dipinjamkan kepada Blackburn pada musim lepas.


          Pada pendapat admin, elok benar la kalau Diouf ni dijual untuk kepentingan karier beliau. Pada masa kini Diouf hanya menjadi pilihan ke 5 dibelakang Rooney, Welbeck, Hernandez, dan juga Berbatov. Diouf pun bukan la muda lagi, sudah berusia 24tahun. Welbeck dan Hernandez lebih muda dari beliau.  Untuk season ini, Diouf hanya membuat penampilan dalam Piala Carling sahaja. Akhir kata, majulah United untuk United. adioss

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...