Pages

Subscribe:
Showing posts with label Ryan Giggs. Show all posts
Showing posts with label Ryan Giggs. Show all posts

Sunday, 19 February 2012

Info Bergambar Ryan Giggs


kredit to unitedrant

Friday, 10 February 2012

Giggs Sambung Kontrak Setahun Lagi

         
          Lagenda United, Ryan Giggs menyambung kontraknya setahun lagi bersama United menurut lawan web rasmi Manchester United. Musim depan bakal menyaksikan Giggs bermain untuk musim ke 22 buat Manchester United. Giggs membuat penampilan pertama bersama United pada tahun 1991 dan telah pun membuat 898 penampilan bersama United.

Friday, 3 February 2012

Ryan Giggs Berminat Untuk Bermain Semusim Lagi

          Legenda Manchester United, Ryan Giggs dikatakan berminat menyambung kontraknya bersama United untuk semusim lagi. Giggs pada ketika ini sudah pun bersama united selama 21musim. Mungkin ada diantara korang masih belum lahir sewaktu Giggs baru bermain. Giggs juga adalah pemegang rekod untuk pemain yang paling banyak membuat penampilan bersama United iaitu sebanyak 897 penampilan mengatasi Lagenda United iaitu Sir Bobby Charlton.

          Persembahan hebat Giggs tidak dapat dinafikan.Walaupun sudah berusia, beliau pada ketika ini berada ditangga ketiga pemain yang paling banyak menghasilkan "assist" untuk United dan bersaing rapat dengan Nani dan Valencia. Itu menunujukkan Giggs amat penting buat United, pemain yang lebih muda dari beliau seperti Park,Carrick dan lain-lain tidak mampu menyaingi beliau. Giggs juga berkata akan duduk berbincang bersama SAF berkenaan kontraknya bersama United dalam masa terdekat. Hidup Giggs untuk United.

Friday, 27 January 2012

Ryan Giggs: Pemain Bola Sepak Boleh Beraksi Sehingga Umur 40.

Hello gangz,

          Pemain tertua paling berusia di Manchester United ketika ini iaitu Ryan Giggs menyatakan yang pemain bolasepak zaman ini boleh beraksi sehingga berusia 40an. Pehh.. Nampak gayanya makin lambat la si Giggs ni bersara. Haha. Tapi takpela, asalkan main bagus kira ok la kan. Giggs percaya semakin ramai pemain yang berusia lebih 30tahun akan terus beraksi sehingga berumur 40 tahun.



          Pada ketika ini, rekod pemain tertua yang beraksi di BPL di pegang oleh bekas lagenda Manchester United iaitu Teddy Sheringham yang beraksi untuk West Ham ketika berusia 40 tahun 270 hari. Kemajuan dalam bidang sains sukan banyak membantu keupayaannya untuk kekal beraksi sehingga ini. Giggs telah di interview oleh MUTV berikutan aksi maktapnya ketika bertemu Arsenal. Kita boleh lihat Giggs lebih menyerlah dibahagian tengah berbanding pemain-pemain Arsenal yang jauh lebih muda daripada beliau.

          Giggs telah membongkar rahsianya dalam temubual itu dengan menyatakan dia mengamalkan yoga untuk kekal sihat sehingga sekarang. Pehh, amal yoga la pulak si Giggs ni. Haha. Giggs hampir pasti akan menyambung kontraknya setahun lagi berdasarkan prestasinya yang agak baik pada ketika ini. Admin memberi sekongan penuh kepada Giggs untuk menyambung kontraknya tetapi Giggs haruslah menjauhkan diri dari skandal supaya imejnya tidak terjejas seperti sekarang. adioss.

       
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...