Pages

Subscribe:
Showing posts with label Komen Manager. Show all posts
Showing posts with label Komen Manager. Show all posts

Saturday, 4 February 2012

Fergie: Kami Tidak Bernasib Baik Di Stamford Bridge

          Seperti yang diketahui ramai, United akan menentang Chelsea pada malam ahad nanti di Stamford Bridge. Sir Alex Ferguson seperti biasa akan memberi komen sebelum perlawanan dan komennya pada kali ini mengimbau kembali beberapa pertemuan United dan Chelsea beberapa tahun kebelakangan ini di London. Sir Alex Ferguson dipetik berkata United tidak bernasib baik dalam beberapa kunjungan terakhir di Chelsea. Admin berpendapat ada benarnya kata-kata Ferguson, kita boleh lihat pada musim lalu sewaktu United tewas 2-1 kepada Chelsea akibat penalti yang diberikan kepada Chelsea. Penalti yang diberikan itu tidak sepatutnya diberikan dan akibat penalti itu United telah tewas kepada Chelsea. Kalo korang tak percaya baca sini.



        Untuk mengelakkan semua perkara itu kembali terjadi, Ferguson mengarahkan skuad United untuk lebih bersedia menanti amukan The bLues di gelanggang keramat mereka.SAF juga berkata semua pemain tahu tanggungjawab masing-masing dan akan membuat yang terbaik untuk memastikan mereka berada pada tahap yang diharapkan oleh peminat. Semoga Alex dan kuncu-kuncunya berjaya memperoleh kemenangan. Sekian

Monday, 30 January 2012

Alex Ferguson: Saya Tidak Tahu Macam Mana Kami Boleh Kalah

Hai Hai

          Alex Ferguson dipetik berkata kepada ITV bahawa beliau agak hairan bagaimana skuad kendaliannya boleh tewas kepada Liverpool setelah bermain baik sepanjang perlawanan tersebut. Man Utd mennguasai keseluruhan perlawanan dan hanya tewas dengan gol saat akhir dari Dirk Kuyt. Beliau juga berkata bahawa skuad kendaliannya tidak patut kalah dalam perlawanan tersebut setelah bermain dengan baik dan mendominasi keseluruhan perlawanan.

          Dalam temubual lain, kapten Liverpool iaitu Steven Gerrard mengakui bahawa pasukannya tidak layak menang berdasarkan keseluruhan persembahan yang di tunjukkan dan ketidakmampuan mereka untuk menguasai perlawanan tersebut. Gerrard juga berkata mereka harus memberi kredit kepada United kerana bermain baik tetapi keputusan di akhir perlawanan lebih penting dari segalanya. So kepada fan Man utd, teruskan menyokong ok. tata

Wednesday, 25 January 2012

Hernandez Sedia Memperkuatkan United

Hello Ladies and Gentellmen

          Musim ini merupakan musim yang amat sukar untuk Javier Hernandez. Banyak cubaan atau halangan yang dialami oleh Hernandez musim ini. Pada awal musim ini, Hernandez telah ketinggalan untuk menyertai latihan pra-musim United di Amerika kerana terpaksa membantu skuad Mexico dalam Kejohanan Piala Emas Concacaf. Di kejohanan itu Hernandez berjaya menjadi penjaring terbanyak.

          Beliau kembali menyertai skuad United sebaik berakhirnya kejohanan tersebut. Latihan bersama skuad United selepas kejohanan tersebut berakhir di Hospital apabila Hernandez mengalami hentakan kuat ketika menanduk bola. Selepas pada insiden tersebut, prestasi Hernandez agak kurang menyerlah dan memberi peluang untuk Danny Welbeck lebih menyinar bersama United.



          Pemain yang terkenal dengan gelaran Chicahrito itu juga mengalami beberapa siri kecederaan selepas itu dan mengehadkan penampilannya bersama United. Hernandez hanya mampu menyumbangkan 6 gol sahaja untuk United pada musim dalam semua kejohanan bersama United. Menurut kata SAF, Hernandez telah kembali ke prestasi asalnya kebelakangan ini dan mampu membantu united untuk mengekalkan trofi Liga Perdana Barclay untuk musim ini. Ferguson amat gembira dengan perkembangan positif Hernandez dan percaya dengan kehadiran semula hernandez akan memberi lebih banyak variasi dibahagian serangan. Adios

Monday, 23 January 2012

SAF: Jones Akan Diketepikan Untuk Beberapa Minggu

Happy CNY semua,

          Yup. Itulah komen dari Fergie tentang kecederaan yang dialami oleh Jones. Jones dijangka akan disisihkan antara 3minggu hingga sebulan. Ini betul-betul merisaukan kita sebagai fan Man Utd. Nasib baik Fabio dah pulih dari kecederaan dan admin juga berharap Rio Ferdinand semakin cergas untuk perlawanan penting menentang Liverpool. Nampak gayanya semakin sibuklah pasukan perubatan Man Utd untuk memulihkan pemain-pemain yang cedera. Kepada yang tercedera, Get well soon ok.. Adios

Saturday, 21 January 2012

Fergie: 3 Minggu Yang Akan Datang Adalah Kunci Kepada Musim Ini

Salam semua.

          Mesti korang pelikkan kenapa si Atuk Ferguson ni cakap macam ni kan. Untuk pengetahuan semua, 3 minggu akan datang ni memang kritikal. Manchester United akan bertemu dengan musuh-musuh tradisi seperti Chelsea, Liverpool, Arsenal dan juga Ajax Amsterdam. Memang gila la. Ape kata korang layan dulu jadual perlawanan yang akan datang pasukan kesayangan kita ni.



          Haa.. ape macam. Jangan terkejut lak.. haha.. 2 kali jumpa Liverpool, 2 kali lawan Ajax Amsterdam, sekali lawan Arsenal dan sekali lawan Chelsea. May the best team win. Admin berharap agar cleverly dan Young cepat pulih dari kecederaan agar dapat membantu The Red Devil. Jika 3 minggu yang akan datang ni dapat disudahkan dengan kemenangan, Insyallah pasukan kita akan dapat menjulang Piala. Sekian. GGMU
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...