Pages

Subscribe:

Wednesday 1 February 2012

Terima Kasih Gibson Dan Swansea..



          Seperti yang diketahui ramai, pemain yang dilahirkan dari akademi Manchester United telah berjaya membantu United untuk berkongsi mata bersama pendahulu liga Manchester City. Darron Gibson yang dijual kepada Everton dengan yuran perpindahan sebannyak 1juta pound telah menjaringkan gol kemenangan Everton sewaktu bertemu dengan Manchester City. Yeahh.. Sekarang ni City dan Man United hanya dipisahkan dengan kelebihan jaringan sahaja.


          Terima kasih juga ingin admin ucapkan kepada Swansea kerana berjaya mengekang Chelsea daripada memperolehi kemenangan. HuHu. Tapi itu semua tidak penting, yang paling penting adalah Ashley Cole telah dilayangkan kad merah dan tidak dapat beraksi untuk Chelsea sewaktu bertemu United hujung minggu ini. Chelsea juga akan kehilangan Lampard,Terry, dan juga Ramires yang merupakan pemain utama mereka. Semoga Man united dapat menggunakan peluang ini untuk menewaskan Chelsea. Sekian
         

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...