Pages

Subscribe:

Saturday 4 February 2012

Rio Ferdinand: Saya Tidak Mahu Menjadi Kapten England

          Semalam, John Terry telah disingkirkan sebagai kapten England kerana perbuatannya menimbulkan isu perkauman. Ini adalah kali kedua John Terry disingkirkan sebagai kapten England. Jika anda semua ingat, John Terry telah "berskandal" dengan isteri kepada pemain bolasepak England iaitu Wayne Bridge sehingga menimbulkan perbalahan di dalam Skuad England. Akibat perbalahan itu, JT telah disingkirkan sebagai kapten England dan digantikan dengan Rio Ferdinand. Peranan sebagai kapten England itu kemudiannya diberikan semula kepada John Terry setelah Rio Ferdinand mengalami kecederaan yang berpanjangan.



          Setelah John Terry dilucutkan gelaran kapten, Ferdinand dengan lantangnya menyuarakan hasratnya untuk tidak mahu mengambil peranan sebagai kapten England sebagai salah satu usahanya menyokong usaha membenteras isu perkauman di dalam bola sepak. Seperti yang diketahui ramai, John Terry telah pun mengeluarkan kata-kata berunsur perkauman kepada adik Rio iaitu Anton Ferdinand. SO, no wonderlah kalau Rio nak sokong adik dia dengan tidak mahu mengambil peranan sebagai kapten england daripada orang yang menimbulkan isu perkauman.

          Rio Ferdinand juga dipetik berkata beliau sudah pernah menjadi kapten England dahulu dan sekarang beliau hanya mahu menumpukan sepenuh perhatian bermain untuk Manchester United. Rio Ferdinand tidak gembira dengan cara beliau dilucutkan gelaran Kapten dahulu dan seakan-akan merajuk untuk menjadi kapten England semula. Bersempena kunjungan United menentang Chelsea esok, Rio dikatakan tidak akan berjabat tangan dengan John Terry sebagai usahanya menentang keras isu perkauman dalam bola sepak. Adios..


         

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...