Pages

Subscribe:

Friday 3 February 2012

Nani, Rooney , dan Young Sembuh Dari Kecederaan

          Setelah mengharungi perlawanan menentang Liverpool dan Stoke City tanpa 3 tonggak utama, United kembali diperkuatkan dengan kehadiran Nani, Young dan Rooney untuk pertemuan bertemu Chelsea hujung minggu ini. SAF berkata bahawa Trio United itu pulih dari kecederaan dan akan membantu United dalam perlawanan perting menentang musuh tradisi iaitu Chelsea. Rooney merupakan penjaring terbanyak untuk United dalam musim ini dan kehadirannya semula amat dinanti oleh peminat United.



           SAF juga mengesahkan bahawa Anders Lindegaard akan diketepikan dari skuad United selama sebulan akibat kecederaan kaki yang dialaminya ketika latihan. Ini amat membimbangkan SAF kerana David De Gea juga tercedera ketika latihan. United hanya mempunyai Ben Amos dan Tomas Kusczak untuk bermain diposisi penjaga gol. Ben Amos telah pun diturunkan sewaktu bertemu dengan Stoke City manakala admin menjangkakan Tomas Kusczak akan berpindah secara percuma setelah kontraknya tamat hujung musim ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...