Pages

Subscribe:

Friday 3 February 2012

Ryan Giggs Berminat Untuk Bermain Semusim Lagi

          Legenda Manchester United, Ryan Giggs dikatakan berminat menyambung kontraknya bersama United untuk semusim lagi. Giggs pada ketika ini sudah pun bersama united selama 21musim. Mungkin ada diantara korang masih belum lahir sewaktu Giggs baru bermain. Giggs juga adalah pemegang rekod untuk pemain yang paling banyak membuat penampilan bersama United iaitu sebanyak 897 penampilan mengatasi Lagenda United iaitu Sir Bobby Charlton.

          Persembahan hebat Giggs tidak dapat dinafikan.Walaupun sudah berusia, beliau pada ketika ini berada ditangga ketiga pemain yang paling banyak menghasilkan "assist" untuk United dan bersaing rapat dengan Nani dan Valencia. Itu menunujukkan Giggs amat penting buat United, pemain yang lebih muda dari beliau seperti Park,Carrick dan lain-lain tidak mampu menyaingi beliau. Giggs juga berkata akan duduk berbincang bersama SAF berkenaan kontraknya bersama United dalam masa terdekat. Hidup Giggs untuk United.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...