Pages

Subscribe:

Friday 10 February 2012

Park Ji Sung: 200 Kemunculan Bersama United

          Park Ji Sung merupakan pemain United yang terbaru dapat membuat kemunculan melebihi 200 perlawanan bersama United. Park Ji Sung merupakan pemain yang dibeli Alex Ferguson pada tahun 2005 dengan harga hanya 2juta pound dari PSV Eindhoven. Beliau dikritik hebat sewaktu ketibaannya ke United dan ramai menyatakan ketibaannya hanyalah untuk melariskan jualan jersey United di Asia. Untuk pengetahuan semua, United pernah membeli pemain dari China iaitu Dang Fangzhao dan pemain itu tidak berjaya bersama united dan ramai menyatakan Park akan jadi seperti beliau.

Dang Fangzhao di beli United setahun sebelum Park

          Park berjaya membuktikan semua cemuhan terhadapnya adalah salah dan membuktinya dengan 200 penampilan bersama United. Park merupakan watak penting bagi United dalam menjuarai Liga Juara Eropah pada tahun 2008 dimana United berjaya menewaskan Chelsea pada perlawanan akhir. Park dalam komennya juga menyata beliau tidak sangka dapat menbuat 200 penampilan bersama United dan beliau berbangga kerana dapat membuktikan pemain asia sepertinya dapat beraksi dengan kelab yang hebat seperti United.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...