Pages

Subscribe:

Saturday 18 February 2012

Mehdi Benatia Ke Manchester United??

          Rio Ferdinand dikatakan sedang menghampiri waktu-waktu akhirnya di Old Trafford. Terdapat khabar angin yang menyatakan beliau akan berpindah ke Amerika Syarikat dan bermain disana dengan gaji yang lebih lumayan dari yang ditawarkan oleh united. So, ramailah pemain-pemain pertahanan dikaitkan dengan Manchester United sejak akhir-akhir ini. Pemain terbaru yang dikaitkan dengan United adalah pertahanan Udinese iaitu Mehdi Benatia.



          Mehdi Benatia merupakan watak penting dalam skuad Udinese pada musim ini.Pemain pertahanan Margribi ini dipantau oleh bos Alex Ferguson sebagai pengganti untuk Rio Ferdinand dan beliau jelas menyatakan bahawa beliau berminat untuk menyertai Manchester United .Benatia, 24, dikatakan berharga £ 9.7million dan masih di bawah kontrak dengan Udinese untuk tiga tahun lagi.

          Benatia mengakui dalam temuramah semalam: "Untuk dikaitkan dengan Manchester United adalah mimpi yang menjadi kenyataan"."Mereka adalah kelab terbesar di dunia, dan mempunyai peluang untuk bermain di Old Trafford akan menakjubkan". Pada pendapat admin, Benatia juga merupakan calon yang baik untuk menggantikan Rio. Pengalaman di Serie A amat berguna. Ramai mengetahui yang pertahanan yang bermain di Serie A amat baik dan sukar ditembusi. Setakat ini, Benatia berjaya membantu Udinese menduduki tempat ke 4 liga mengatasi kelab yang lebih ternama seperti Inter Milan, Napoli dan juga AS Roma.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...