Pages

Subscribe:

Wednesday 15 February 2012

Unsung Hero: Jonny Evans

          Unsung hero?? tak pernah dengar term tu? rosak akidah korang ni. haha. Unsung hero ni macam hero yang tak diberi perhatian la. Bila Man Utd kalah, ramai akan menuding jari kearah pemain untuk menyalahkan pemain diatas kekalahan tersebut. Antara pemain-pemain United yang selalu menjadi mangsa untuk dipersalahkan adalah Michael Carrick, Berbatov, Jonny Evans dan juga David De Gea.



          Apabila United menang, jarang sekali pujian diberikan kepada pemain-pemain yang admin sebut di atas. Jika kita perhatikan kemenangan United banyak dibantu oleh persembahan baik oleh Jonny Evan.Sepeti yang diketahui ramai United menentang pasukan-pasukan hebat baru-baru ini dan Jonny Evans tidak pernah tertinggal semua perlawanan melibatkan pasukan-pasukan gergasi itu seperti Arsenal. Chelsea, Liverpool dan juga City. Dalam kesemua perlawanan tersebut, admin berpendapat Jonny Evans tidak membuat kesilapan besar sehingga pihak lawan berjaya membolosi gawang United. Kesilapan lebih dilakukan banyak oleh Rio Ferdinand dan juga Patrice Evra berbanding Evans.

          Baru-baru ini, Rio Ferdinand memuji persembahan baik Evans. Evans telah membuat penampilan paling banyak buat United dibahagian bek tengah untuk United musim ini. Ini menunjukkan Evans sangat penting buat United tetapi sering disisihkan untuk menerima pujian. Admin tidak menafikan kadang-kadang Evans bermain agak tidak memberangsangkan seperti contoh sewaktu United bertemu City sehingga beliau dilayangkan kad merah. Mungkin itu pengajaran berguna untuk Evans dan semoga beliau lebih matang dimasa  akan datang. Adios

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...