Pages

Subscribe:

Thursday 9 February 2012

Ben Amos Mahu Bermain Di Olimpik

          Ben Amos merupakan penjaga gol ketiga United selepas David De Gea dan juga Anders Lindegaard. Pada perlawanan menentang Stoke City, Amos telah pun berjaya membuat kemunculan pertamanya bersama skuad Utama United. Baru-baru ini, Amos menyatakan hasratnya untuk bermain bersama Team Great Britain di sukan olimpik. Kepada yang tidak tahu, Great Britain diberikan peluang untuk membentuk 1 skuad untuk beraksi dalam Sukan Olimpik. Pemain dari negara seperti Wales, England, Scotland dan lain-lain boleh membentuk skuad Great Britain.


          Seperti yang diketahui ramai, Sukan Olimpik memberi peluang kepada pemain-pemain bawah 23 tahun untuk beraksi dalam sukan olimpik dan hanya 3 pemain berumur lebih 23tahun boleh menyertai skuad The Great Britain. Ben Amos sememangnya layak kerana beliau hanya berumur 21 tahun pada ketika ini. Untuk slot 3 pemain lebih umur, Ryan Giggs dan David Beckham dikatakan berminat untuk bermain dengan skuad The Great Britain. Amos dalam komennya juga menyatakan bahawa persembahan hebat Joe Hart akan menutup peluangnya bermain dalam skuad England dan beliau amat berharap untuk dipilih untuk menyertai skuad Olimpik setelah tidak dapat bermain untuk England di pentas antarabangsa.

P/S: Kepada Amos, main je elok-elok. Peluang tu akan datang, =p

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...