Pages

Subscribe:

Tuesday 7 February 2012

Ulasan Perlawanan Chelsea Vs Manchester United


          Semalam menyaksikan kebangkitan United setelah ketinggalan 3 gol dan akhirnya seri 3-3. United ketinggalan 3 gol hasil jaringan sendiri Jonny Evans, Juan Mata dan tandukan David Luiz. United kembali menyamakan kedudukan menerusi 2 gol jaringan Wayne Rooney dan Javier Hernandez. Keputusan seri semalam menyaksikan United kembali ketinggalan 2mata kepada Manchester City. Jom kita terjah ape yang menarik dari perlawanan semalam.

1)   3 gol Chelsea Berpunca Dari Bahagian Kiri United.
          3gol jaringan pemain Chelsea semalam semuanya berpunca dari bahagian kiri pertahanan United. Admin lebih mahu menfokuskan kesalahan kepada Evra yang gagal mengawal Daniel Sturridge sebelum pemain Chelsea itu berjaya membuat rembatan seterusnya mengenai Jonny Evans dan menghasilkan gol. Gol kedua juga boleh dikatakan kesalahan Patrice Evra yang gagal mengawal Fernando Torres sehinggakan pemain Chelsea itu bebas menghantar bola untuk disudahkan oleh Juan Mata. Mungkin SAF sudah boleh mencari pengganti Evra untuk memastikan United mempunyai pengganti sebelum Evra bersara.

2)   De Gea hebat.
          Masih ramai lagi mempertikaikan kehebatan  De Gea sewaktu beliau disenaraikan bertemu Chelsea   tetapi ketiga-tiga gol chelsea semalam boleh dikatakan bukanlah salah De Gea sepenuhnya. Gol-gol Chelsea  boleh disifatkan sebagai kesalahan pemain pertahanan. Sewaktu perlawanan semalam, De Gea telah melakukan 2 kuisan yang disifatkan " world class" di hujung permainan bagi membantu United mencapai keputusan seri. Kalau tak percaya layan gambar bawah ni ok. Kalau De Gea tidak menepis sepakan percuma Juan Mata, memang pasti rembatan itu akan menerjah jaring UNited.




3)   Pengadil
          Fergie dan AVB kedua-duanya tidak berpuas hati dengan pengadil pada malam itu iaitu Howard Webb. Fergie merasakan Gary Cahill sepatutnya dibuang padang kerana bentesannya terhadap Danny Welbeck pada awal permainan dan sepatutnya United dianugerahkan dengan penalti. AVB pula mengecam pengadil kerana menganugerahkan penalti kedua kepada United. Pada pendapat admin, kita ambil jalan mudah jela. Pemain harus tackle kearah bola dan bukan pada kaki pemain dan kedua-dua tackle Chelsea tidak kearah bola. Termasuk la tackle Gary Cahill terhadap Danny Welbeck.

4)   Bek kiri
          United sebenar menghadapi masalah dibahagian pertahanan kiri. 4 musim berturut-turut Patrice Evra tidak menghadapi sebarang kecederaan dan bermain sebanyak 48 perlawanan secara purata setiap musim. Sedar atau tidak, SAF telah pun terdesak sehingga memberi peluang kepada pemain muda Zeki Fryers untuk bermain akibat kecederaan Fabio untuk merehatkan EVra .Untuk pengetahuan semua, United pernah mencuba Phil Jones dan Jonny Evans di bahagian bek kiri didalam perlawanan yang tidak penting dan prestasi mereka tidaklah sebaik Evra. Evra harus digilir-gilirkan dengan pemain lain untuk memastikan beliau dapat memberi persembahan terbaiknya. Wayne Rooney juga tidak bermain semua perlawanan untuk United dan akan digilir-gilirkan. Mungkin ini la masanya untuk SAF mencari pemain baru dibahagian kiri atau beliau harus menberi peluang lebih banyak kepada Fabio untuk beraksi.

Give Fabio a chance..


5)    Bosingwa dan Essien bermain baik
          Tidak dapat dinafikan Chelsea beruntung untuk kembali mendapatkan Khidmat Essien yang pulih dari kecederaan. Essien mengawal hebat kawasan tengah padang. Kita dapat lihat serangan United hanya datang dari kawasan kiri dan kanan menerusi Valencia dan Young tetapi tidak dari bahagian tengah yang dikawal oleh Essien. Jose Bosingwa juga bermain baik untuk mengawal Valencia. Kita dapat lihat Valencia tidak bebas untuk melepasi kawalan Bosingwa seperti perlawanan menentang Arsenal, Liverpool dan Stoke City

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...