Pages

Subscribe:

Sunday 5 February 2012

Budak Baru: Frederic Veseli

          United hanya mendapatkan seorang pemain sepanjang jendela perpindahan lalu. Pemain itu adalah Frederic Veseli yang diambil dari musuh tradisi iaitu Manchester City secara percuma. Veseli dikatakan telah menjadi rebutan banyak kelab dari eropah termasuklah Liverpool tetapi ada khabar yang kurang enak admin dengar dari fan-fan City. Fan-fan city menyatakan Veseli adelah pemain pilihan kelapan dalam senarai pemain pertahanan Man City. Ia menunjukkan Veseli amat tidak berguna kepada City sebab itulah pemain itu dilepaskan.

        Kita lupakan khabar buruk itu dan jom kita fokuskan kepada bakat pemain ini. Veseli merupakan Kapten bawah 17tahun Switzerland yang memenangi Piala Dunia bawah 17Tahun yang berlangsung di Nigeria pada tahun 2009. Bawah ni gambar sewaktu Veseli menjulang piala Dunia Bawah 17Tahun.


          Veseli kelihatan terdesak untuk bermain bagi memastikan tempatnya dalam Skuad Switzerland dalam Sukan Olimpik yang akan datang sehingga memaksanya berpindah ke United. Veseli memulakan karier bersama Red Barn FC seawal usia 10 tahun sebelum disambar oleh Lausanne- Sport. Veseli kemudian berpindah ke city pada tahun 2008 untuk menyertai skuad simpanan mereka. Semoga Veseli berjaya dengan United. Adios

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...