Pages

Subscribe:

Friday 3 February 2012

Fortune: Valencia Sama Seperti Scholes

          Bekas pemain United iaitu Quinton Fortune menyamakan Antonio Valencia sama seperti Paul Scholes dari segi karakter. Quinton Fortune bermain untuk United dari tahun 1999 hingga tahun 2006. Fortune bermain di posisi midfield kiri dan selalu dibayangi oleh kehebatan Ryan Giggs. Fortune juga pernah bermain di pelbagai posisi seperti di bahagian pertahanan dan midfield tengah. Kehadiran pemain muda dalam skuad United memaksa SAF menjual Fortune kepada Bolton pada awal musim 2006/2007.



          Valencia disamakan dengan Scholes kerana bersifat pendiam. Beliau hanya datang ke latihan kemudian pulang kerumah dan kembali kepada kehidupan yang senyap dan tenang. Walaupun ketika menjaringkan gol, Valencia tidak meraikan gol jaringannya itu. Fortune memuji persembahan Valencia kebelakangan ini yang banyak membantu United dalam meraih kemenangan dan percaya Valencia akan menjadi senjata rahsia untuk United untuk memenangi gelaran Liga musim ini.Fortune mengeluarkan komen tentang Valencia kerana prestasi Valencia yang memuncak pada ketika ini sehingga melayakkan beliau dinobatkan pemain terbaik perlawanan untuk 3 daripada 4 perlawanan terakhir United.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...