Pages

Subscribe:

Thursday 2 February 2012

Ulasan Perlawanan Manchester United Vs Stoke City

          Korang tengok tak match Man Utd lawan Stoke pagi td. Ape? Tak tengok ke? teruk-teruk. Haha. Takpela, ape yang paling penting adalah Man Utd dah pun memenangi perlawanan tersebut hasil jaringan penalti Dimitar Berbatov dan juga Javier Hernandez. Kebanyakan ramalan admin dalam preview perlawanan semalam hampir kena kepada sasaran. Admin menjangkakan Smalling akan bermain di bahagian bek kanan, Javier Hernandez akan diturunkan dan juga Giggs atau Scholes akan direhatkan. Orait, jom kita kupas perlawanan awal pagi tadi.




1)   Persembahan Berpasukan Yang Baik
          Tidak dinafikan persembahan awal pagi tadi adalah antara persembahan berpasukan yang baik dari United. Di semua bahagian, United kelihatan selesa untuk bermain. Senang cerita semua pemain bermain dengan baik dan menyumbang untuk keseluruhan perlawanan. Jika sebelum ini United hanya bergantung kepada pemain-pemain utama seperti Nani dan Wayne Rooney, tapi untuk perlawanan semalam tidak lagi. Semua pemain kelihatan bersungguh-sungguh untuk membantu United mencatatkan kemenangan.

2)   Scholes Terbaik
          Dalam perlawanan semalam, kita boleh lihat Paul Scholes memainkan peranan penting dalam merencana serangan. Pada pendapat admin, beliau layak dianugerahkan pemain terbaik perlawanan. Untuk gol pertama, hantaran cantik Scholes kepada Park Ji Sung membuka peluang kepada Park untuk menjaringkan gol tetapi Park telah dijatuhkan sebelum sempat melakukan rembatan dan sepakan penalti dianugerahkan kepada United. tahniah untuk Scholes yang berjaya menguasai bahagian tengah sekaligus membantu United memungut 3 mata.

3)   Smalling Di Bek Kanan
          Smalling amat tidak selesa bermain di bek kanan sepanjang perlawanan semalam. Mungkin setelah 2 perlawanan diturunkan sebagai pemain bek tengah, prestasi Smalling di bek kanan agak kurang mantap jika dibandingkan dengan pemain lain. Kita juga boleh lihat, Smalling tidak banyak membantu dalam serangan. Jika tidak silap admin, Smalling juga tidak dapat membuat sebarang hantaran lintang sepanjang perlawanan. Tidak seperti Evra yang selesa masuk sehingga ke kawasan penalti Stoke City untuk membantu serangan. Mungkin jika SAF mahukan pemain yang boleh membantu serangan, Rafael atau Phil Jones boleh dipertimbangkan kerana mereka lebih baik berbanding Smalling dari segi serangan.

4)   Kecederaan Penjaga Gol
           Anders Lindegaard dan David De Gea tercedera ketika latihan minggu ini. Mereka tidak bermain dan ini situasi yang tidak baik untuk United kerana hanya dapat menurunkan Ben Amos iaitu penjaga gol pilihan ke3 untuk United. Bagaimanapun, persembahan Ben Amos juga tidak mengecewakan dengan dibantu persembahan hebat pemain pertahanan, beliau dapat menghalang gawangnya daripada ditembusi. Untuk pengetahuan semua, Ben Amos lebih tua 7bulan berbanding David De Gea. United akan bertemu Chelsea pada hujung minggu ini, semoga David De Gea cepat sembuh untuk membantu United.

5)   Pogba Mempunyai Masa Depan Cerah
          Javier Hernandez dikeluarkan untuk memberi peluang kepada Paul Pogba membuatkan penampilan sulung bersama United. Pogba kelihatan amat cemerlang setelah dimasukkan. Dengan susuk fizikal yang besar, admin merasakan beliau akan berada di kelasnya yang tersendiri tanpa dibanding kan dengan sesiapa dalam 5 tahun lagi. Hantaran beliau kepada rakan amat baik.Tidak kira samaada hantaran jauh atau dekat. Keputusan SAF menurunkan Pogba amatlah tepat kerana inilah masa terbaik untuk memperkenalkan pemain remaja itu sebelum pemain utama pulih dari kecederaan. Sekian


P/S: Sori lambat ulas.. Banyak kerja

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...