Pages

Subscribe:

Monday 13 February 2012

Ulasan Perlawanan Manchester United Vs Liverpool

          Manchester United telah pun berjaya menewaskan Liverpool dalam perlawanan semalam. 2 gol jaringan Wayne Rooney dalam masa 3 minit membantu United menewaskan musuh tradisi United itu. Bagaimanapun perlawanan United semalam dicemari sekali dengan perbalahan Luis Suarez dan juga Patrice Evra. Suarez memulakan perbalahan dengan tidak mahu berjabat tangan dengan Patrice Evra sebelum perlawanan dimulakan. Apepun jom kita layan ape yang menarik daripada perlawanan semalam.



1)   Persembahan Berpasukan Yang Baik
          United dilihat bermain baik hampir disetiap posisi. Pemain tengah United yang dibarisi Valencia, Carrick, Scholes dan Giggs bermain baik untuk menewaskan pemain tengah Liverpool yang dibarisi Spearing, Gerrard, Henderson, Downing dan juga Kuyt. Liverpool kelihatan kebuntuan idea untuk mencipta peluang. Peluang terbaik mereka hanyalah menerusi Glen Johnson pada babak pertama.

2)   Persembahan Rafael agak goyah
          Kemenangan United semalam bermakna tidak akan ada pemain United yang akan dipersalahkan. Berlainan pula jika United tewas, pasti ramai akan menuding jari kearah pemain untuk dipersalahkan. Pada pendapat admin, persembahan Rafael semalam agak goyah. Banyak passing beliau yang tidak sampai kepada kawan sebaliknya kepada lawan. Untuk gol pertama Liverpool admin lebih berpendapat rafael yang harus dipersalahkan. Kawalan bolanya yang tidak baik membuatkan Liverpool dapat merampas bola dan seterusnya melancarkan serangan. Michael Carrick terpaksa menbuat bentesan untuk menghalang serangan tersebut dan memberikan Liverpool sepakan percuma yang seterusnya menerjah gawang United.

3)   Set Piece
          United harus memberi tumpuan untuk menghadapi set piece dari pemain lawan. Kawalan pemain agak longgar sewaktu Liverpool mengambil sepakan percuma dan membolehkan pasukan lawan mendapat gol. Perkara ini bukanlah pertama kali terjadi, pada perlawanan menentang Chelsea, kita dapat lihat David Luiz dengan mudah mendapat ruang untuk membuat tandukan dan memberi gol kepada Chelsea. Mungkin ketiadaan bek kental seperti Vidic amat dirasai.

4)   500 Penampilan Rooney 
          Hero kita semalam iaitu Wayne Rooney membuat penampilan ke 500 dalam kariernya dengan bergaya sambil menjaringkan 2 gol.Gol kedua Rooney semalam amat cantik kerana masuk betul-betul dibawah celah kangkang Pepe Reina. Rooney tidak dinafikan merupakan pemain utama United musim ini kerana telah pun menjaringkan 22gol untuk United pada musim ini. Tahniah untuk Rooney dan semoga semakin sukses bersama United


5)   Valencia Hebat
          Seperti biasa, antonio Valencia akan sentiasa menyerlah untuk membantu United menang dalam setiap perlawanan. Untuk gol yang pertama, Valencia juga terlibat untuk mendapatkan United sepakan sudut yang dapat menghasilkan gol. Selain itu, Valencia juga membantu Rooney untuk menjaringkan gol kedua. Hantarannya kepada Rooney membolehkan penyerang United itu untuk menjaringkan gol. Kalau tidak silap admin, Valencia telahpun menbuat 10 assist termasuklah 1 pada perlawanan semalam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...