Pages

Subscribe:

Tuesday 7 February 2012

United Berminat Dengan Neven Subotic

          Korang kenal tak Neven Subotic?? kalau tak kenal mesti tak tengok Bundesliga la ni. Subotic bermain untuk kelab Borussia Dortmund dalam liga German. Beliau berpasangan dengan Matt Hummel  di bahagian pertahanan Dortmund. Dortmund bermain baik sepanjang musim lalu sehingga memenangi Bundesliga. Antara faktor Borussia Dortmund dapat menjuarai Bundesliga adalah kerana kekentalan Subotic beraksi di samping Matt Hummel dibahagian pertahanan. Mereka hanya melepaskan 22gol sahaja sepanjang musim lalu



          Subotic pada tahun ini akan berusia 23tahun dan dijangka menggantikan pengganti untuk Rio Ferdinand di bahagian pertahanan. Subotic berasal dari Serbia dan beliau merupakan pasangan kepada Nemanja Vidic di dalam Skuad Kebangsaan Serbia. United dikatakan akan menawarkan 16juta pound kepada Borussia Dortmund untuk membeli pemain ini. Pemain ini sangat di"recommend"kan oleh Vidic kepada SAF untuk dibeli supaya dapat memperkuatkan posisi pertahanan.

           Pada pendapat admin, pemain yang mempunyai ketinggian 6kaki 3inci in sangat sesuai untuk dibeli kerana mempunyai fizikal yang baik dan sesuai untuk bermain di dalam Liga Perdana Barclay. Selain itu, keserasiannya beraksi bersama Vidic dalam Skuad Serbia sangat diharapkan dapat membentuk gandingan mantap dibahagian pertahanan bersama United. United memang sepatutnya membeli pemain pertahanan tengah kerana Ferdinand menghampiri waktu persaraannya dan kecederaan berpanjangan yang dihadapi oleh Ferdinand kadangkala memberi masalah kepada United. SO, SAF beli jela Subotic ni. SEkian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...