Pages

Subscribe:

Wednesday 8 February 2012

Fergie Terlepas Dari Hukuman FA

          Pada perlawanan menentang Chelsea ahad lalu, Fergie telahpun memberi kritikan kepada penjaga garisan iaitu Darren Cann. Pada pendapat Fergie, Darren Cann yang tidak membuat keputusan yang betul kerana tidak mengangkat bendera sewaktu Danny Welbeck dijatuhkan oleh Gary Cahill di kawasan penalti. Fergie berpendapat bahawa pemain Chelsea itu sepatutnya dibuang padang kerana kekasaran yang dilakukan itu dan penalti sepatutnya diberikan kepada United.



          FA England berpendapat Fergie mempunyai hak untuk mengkritik pembantu pengadil itu. Fergie terlepas dari hukuman kerana beliau hanya mengkritik pembantu pengadil itu tetapi tidak mempersoalkan integriti pembantu pengadil itu sewaktu mengadili perlawanan tersebut. Apepun kira ok la Ferguson tak kene ban seperti musim lalu akibat komennya terhadap pengadil. Fergie memang terkenal dengan kritikannya terhadap pengadil sehingga beliau diarahkan duduk di tempat duduk penonton.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...