Pages

Subscribe:

Friday 20 April 2012

          Pertahanan Manchester United, Fabio da Silva mungkin akan berpisah dengan kembarnya Rafael pada penghujung musim ini. Fabio menjadi perbincangan hangat sepanjang minggu ini dan beliau dikatakan akan dipinjamkan kepada Benfica untuk sepanjang musim hadapan.Sir Alex Ferguson sedang menimbangkan untuk menghantar pemain berusia 21 tahun secara pinjaman untuk memaksimumkan peluangnya bermain untuk skuad utama.

          Di United, Evra telah menjadi pilihan utama Sir Alex Ferguson untuk sepanjang musim ini. Fabio hanya berjaya membuat 5 penampilan sahaja bersama United sepanjang musim ini. Selain daripada Evra, United juga mempunyai Ritchie De Laet dan juga Zeki Fryers yang boleh bermain di posisi pertahanan kiri dan mungkin ini menjadi salah satu sebab kenapa SAF ingin meminjamkan Fabio agar beliau mendapat lebih pengalaman. Selain dari itu, Jonny Evans dan Phil Jones juga berkebolehan untuk bermain di bahagian pertahanan kiri untuk menampung kekosongan tempat yang akan ditinggalkan Fabio kelak.



          Sebelum ini, Danny Welbeck dan juga Tom Cleverley telah dipinjamkan kepada Sunderland dan juga Wigan untuk menimba pengalaman. Hasilnya dapat dilihat pada musim ini apabila kedua-dua pemain ini memberi impak yang positif kepada United. Semoga Fabio dapat menimba pengalaman yang berguna di Benfica kelak.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...