Monday, 14 May 2012
Saturday, 12 May 2012
Friday, 11 May 2012
Tuesday, 24 April 2012
Friday, 20 April 2012
Pertahanan Manchester United, Fabio da Silva mungkin akan berpisah dengan kembarnya Rafael pada penghujung musim ini. Fabio menjadi perbincangan hangat sepanjang minggu ini dan beliau dikatakan akan dipinjamkan kepada Benfica untuk sepanjang musim hadapan.Sir Alex Ferguson sedang menimbangkan untuk menghantar pemain berusia 21 tahun secara pinjaman untuk memaksimumkan peluangnya bermain untuk skuad utama.
Di United, Evra telah menjadi pilihan utama Sir Alex Ferguson untuk sepanjang musim ini. Fabio hanya berjaya membuat 5 penampilan sahaja bersama United sepanjang musim ini. Selain daripada Evra, United juga mempunyai Ritchie De Laet dan juga Zeki Fryers yang boleh bermain di posisi pertahanan kiri dan mungkin ini menjadi salah satu sebab kenapa SAF ingin meminjamkan Fabio agar beliau mendapat lebih pengalaman. Selain dari itu, Jonny Evans dan Phil Jones juga berkebolehan untuk bermain di bahagian pertahanan kiri untuk menampung kekosongan tempat yang akan ditinggalkan Fabio kelak.
Sebelum ini, Danny Welbeck dan juga Tom Cleverley telah dipinjamkan kepada Sunderland dan juga Wigan untuk menimba pengalaman. Hasilnya dapat dilihat pada musim ini apabila kedua-dua pemain ini memberi impak yang positif kepada United. Semoga Fabio dapat menimba pengalaman yang berguna di Benfica kelak.
Monday, 16 April 2012
Saturday, 14 April 2012
Thursday, 12 April 2012
Monday, 9 April 2012
Friday, 6 April 2012
Lucas Moura Ke United??
United dan Chelsea dikatakan berminat dengan Lucas Moura. Admin pun baru dengar pasal dia ni. Mungkin hebat la dia ni rasanya sebabnya Chelsea telahpun membida pemain ini dengan harga 29juta pound tetapi telahpun ditolak oleh kelab pemain itu iaitu Sao Paulo. So, malas cakap banyak. layan jek video kat bawah ni k.
Labels:
Lucas Moura,
Rumors
Wayne Rooney Mahu Setanding Dengan Sir Bobby Charlton
Wayne Rooney baru-baru ini mengutarakan hasratnya untuk mengatasi rekod jaringan lagenda Manchester United iaitu Sir Bobby Charlton sebelum dia bersara. Penyerang England itu kini berada di kedudukan keenam dalam carta penjaring terbanyak sepanjang zaman Red Devils. Rooney telahpun menjaringkan 175 untuk United pada ketika ini dan beliau pada ketika ini berada dibelakang George Best dan Dennis Viollet yang berkongsi tempat keempat dengan179 gol.
Jack Rowley menjaringkan 211 gol berada di tempat ketiga. Denis Law menjaringkan 237gol berada di tangga kedua dan Bobby Charlton berada di puncak carta penjaring terbanyak United dengan 249 gol.
Rooney, 26, sudahpun menjaringkan 28 gol musim ini, tetapi terdesak untuk menjaringkan lebih banyak gol untuk mengubah rekod Charlton. Semoga Rooney berjayalah memecahkan rekod jaringan Bobby Charlton. Korang layan jela perbandingan antara 2 pemain kat bawah ni.
Labels:
Bobby Charlton,
Isu Panas,
Wayne Rooney
Tuesday, 3 April 2012
Monday, 2 April 2012
Saturday, 31 March 2012
Welcome Home Macheda
Seperti yang diketahui ramai, Macheda telahpun dipinjamkan kepada kelab Queen Park Ranger pada bulan Januari lalu. Dan kini beliau kembali semula ke United setelah mengalami kecederaan buku lali yang mungkin akan menyebabkan beliau tersisih untuk baki perlawanan musim ini. Kepulangan Federico Macheda ke Manchester adalah untuk menjalani rawatan terhadap kecederaan buku lalinya itu. Kepulangan Macheda itu juga bermakna beliau tidak akan kembali semula ke QPR kerana kontrak pinjamannya bersama QPR telahpun ditamatkan.
Pada bulan Januari lalu, pemain berusia 20 tahun itu telah ditandatangani oleh bekas bos Qpr iaitu Neil Warnock. Malangnya, 2minggu setelah mendapatkan Macheda, Warnock telahpun dipecat oleh pengerusi QPR iaitu Tony Fernandez. Warnock kemudiannya digantikan oleh Mark Hughes di Loftus Road. Tindakan Mark Hughes membeli Djibril Cisse dan Bobby Zamora selepas menjadi bos baru QPR menyebabkan Macheda disisihkan dalam skuad utama QPR.
Walau bagaimanapun, penyerang Itali itu berjaya membuat 6 penampilan bersama QPR sebelum mengalami kecederaan. Untuk pengetahuan semua, pada musim lalu Macheda telahpun dipinjamkan kepada Samprodia dan 2 minggu selepas beliau menyertai Samprodia pengurus kelab itu juga dipecat oleh pihak pengurusan. Nampaknya pisang telahpun berbuah 2 kali untuk Macheda. Semoga beliau dan United dapat mencari kelab yang baik untuk beliau beraksi sebelum diserapkan dalam skuad utama United.

Kiko Macheda,
Macheda kembali ke United
Friday, 30 March 2012
Bebe Kembali !!
Sir Alex Ferguson telah membeli Bebe pada tahun 2010 dan merupakan salah satu pemindahan mengejut pada tahun itu. Bebe berjaya membuat tujuh penampilan bersama United sepanjang musim 2010/11. Beliau juga berjaya menjaringkan dua gol tetapi tidak berjaya mendapat tempat dalam skuad United selepas menunjukkan persembahan yang mengecewakan sewaktu bertemu Crawley Town.
Seperti yang diketahui ramai, Bebe telahpun dipinjamkan kepada Besiktas sepanjang musim ini oleh United. Beliau mengalami permulaan yang mengerikan pada awal musim ini setelah mengalami kecederaan ligamen lutut sewaktu beraksi bersama skuad bawah 21 Portugal. Sejak kecederaan itu, Bebe tidak berjaya membuat sebarang penampilan bersama Besiktas dan menyaksikan beliau tersisih selama 7bulan.

Pada malam isnin lalu, Bebe berjaya membuat penampilan pertamanya untuk Besiktas pada musim ni. Bebe terpaksa menunggu sehingga minit ke 76 sebelum dimasukkan sebagai pemain gantian. Pada perlawanan itu, Bebe tidak sempat untuk menonjolkan kehebatannya kerana kekangan masa. Pada perlawanan itu, pasukan yang diwakili oleh Bebe iaitu Besiktas sekadar seri 2-2 menentang Istanbul BB.
Pada pendapat admin, Bebe haruslah mendapatkan semula kecergasannya dan bermain sebaik mungkin bersama Besiktas untuk memastikannya mendapat tempat dalam skuad United pada musim hadapan. Adios
Labels:
Bebe,
Bebe kembali,
Isu Panas
Thursday, 29 March 2012
Owen Mahu Bermain 2 hingga 3 Tahun Lagi
Michael Owen telah mendedahkan kepada media bahawa beliau berharap untuk bermain bola sepak untuk sekurang-kurangnya untuk beberapa tahun lagi. Tetapi, beliau tidak terfikir akan dapat bertahan seperti rakan sepasukan di Manchester United iaitu Ryan Giggs yang terus bermain sehingga berumur 38tahun. Pemain berusia 32 tahun itu mempunyai kontrak bersama United sehingga penghujung musim ini. Masalah kecederaan, ditambah pula dengan kehebatan beberapa pemain lain yang berada di hadapan beliau dari segi hierarki, Owen dilihat sekadar menghitung hari untuk meninggalkan Old Trafford.
Bagaimanapun, bekas penyerang Liverpool itu menegaskan bahawa dia masih mempunyai sesuatu untuk diberikan dalam dunia bola sepak dan dia percaya dia masih boleh bermain untuk 2 atau 3 tahun lagi.
Dengan kontrak yang bakal berakhir tidak lama lagi, masa depan Owen di Old Trafford masih tidak menentu tetapi dia berazam untuk terus bermain apapun yang terjadi. Owen menegaskan beliau tidak menyesal menyertai dan berbangga kerana mempunyai saat-saat indah bersama United seperti menjaringkan gol pada perlawanan akhir Carling Cup, menjaringkan gol kemenangan menentang Manchester City, menjaringkan hatrik dalam Liga Juara-Juara dan memenangi liga perdana .

Michael Owen
Wednesday, 28 March 2012
"Kami tidak akan menghalang Clyne menyertai Manchester United - Pengerusi Crystal Palace"
Pasukan Liga Kejohanan, Crystal Palace berharap pertahanan muda berbakat mereka iaitu Nathaniel Clyne akan kekal bersama mereka tetapi mengakui bahawa mereka tidak akan menghalang pemain itu jika Clyne mahu melengkapkan perpindahan ke Red Devils pada penghujung musim ini. Admin pernah cover cerita pasal Clyne ini dulu. Korang klik sini k.
Pengerusi Crystal Palace, Steve Parish telah mendedahkan bahawa kelab itu masih berharap untuk mengekalkan Nathaniel Clyne dalam pasukan mereka, tetapi tidak akan menghalang jika dia mahu menyertai Manchester United. Clyne yang berusia 20 tahun itu telah dikaitkan dengan perpindahan musim panas ke Old Trafford sejak beberapa bulan lalu dikatakan telah bersedia untuk merebut posisi bek kanan United daripada pemain muda lain seperti Smalling ,Jones, Rafael dan juga Fabio. Parish depetik berkata kepada akhbar Standart Evening; "Kami tidak bersetuju apa-apa dengan sesiapa dan kita masih mempunyai tawaran kontrakuntuk Nathaniel jika beliau mahu kekal,"
Parish menegaskan mereka mempunyai hubungan yang baik dengan kedua-dua belah pihak iaitu Clyne dan ejennya dan beliau berpendapat bahawa Clyne amat gembira berada di Palace kerana berjaya mencipta sejarah membawa Palace ke perlawanan separuh akhir Piala Carling. Parish juga menyatakan jika pemain-pemain muda Palace mahu meninggalkan kelab, beliau akan memastikan sekurang-kurangnya pemain muda mereka akan ke kelab yang lebih besar dan lebih baik seperti Manchester United. Untuk pengetahuan semua,
Clyne telahpun membuat lebih daripada 100 penampilan untuk Palace sejak berjaya masuk ke dalam pasukan utama dan Clyne pernah memenang anugerah Pemain terbaik pada Tahun 2011.

Nathaniel Clyne,
Rumors
Fabien Spiess ke United??
![]() |
| tengok saiz badan mcm power jek |
Ketua Jurulatih Belia Notts County iaitu Mick Leonard telah membawa pemain itu ke Nottingham selepas melihat Spiess bermain di pusat kecemerlangan di Dubai. Leonard telah mendedahkan bahawa beliau telah bercakap dengan jurulatih penjaga gol Red Devils iaitu Eric Steele. Sebelum itu, beberapa pencari bakat dari United telahpun meninjau prestasi Spiess dan ternyata pemain itu mempunyai kemampuan untuk bermain bersama United.
Mick Leonard dipetik berkata kepada Nottingham Post: "Man United telah memerhatikan Speiss untuk masa yang lama". Leonard juga berkata terdapat pencari bakat dari Man City dan Tottenham pada perlawanan belia antara Notts County menentang Doncaster minggu lepas. Leonard juga menegaskan bahawa Spiess merupakan penjaga gol muda yang hebat dan beliau tidak akan terkejut jika mana-mana kelab-kelab besar mahukan beliau. Semoga Spiess memilih United untuk mengembangkan bakat beliau. Adios
.
Labels:
Fabien Spiess to United,
Rumors
Tuesday, 27 March 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)