Pages

Subscribe:

Saturday 31 March 2012

Welcome Home Macheda

           Seperti yang diketahui ramai, Macheda telahpun dipinjamkan kepada kelab Queen Park Ranger pada bulan Januari lalu. Dan kini beliau kembali semula ke United setelah mengalami kecederaan buku lali yang mungkin akan menyebabkan beliau tersisih untuk baki perlawanan musim ini. Kepulangan Federico Macheda ke Manchester adalah untuk menjalani rawatan terhadap kecederaan buku lalinya itu. Kepulangan Macheda itu juga bermakna beliau tidak akan kembali semula ke QPR kerana kontrak pinjamannya bersama QPR telahpun ditamatkan.

          Pada bulan Januari lalu, pemain berusia 20 tahun itu telah ditandatangani oleh bekas bos Qpr iaitu Neil Warnock. Malangnya, 2minggu setelah mendapatkan Macheda, Warnock telahpun dipecat oleh pengerusi QPR iaitu Tony Fernandez. Warnock kemudiannya digantikan oleh Mark Hughes di Loftus Road. Tindakan Mark Hughes membeli Djibril Cisse dan Bobby Zamora selepas menjadi bos baru QPR menyebabkan Macheda disisihkan dalam skuad utama QPR.


          Walau bagaimanapun, penyerang Itali itu berjaya membuat 6 penampilan bersama QPR sebelum mengalami kecederaan. Untuk pengetahuan semua, pada musim lalu Macheda telahpun dipinjamkan kepada Samprodia dan 2 minggu selepas beliau menyertai Samprodia pengurus kelab itu juga dipecat oleh pihak pengurusan. Nampaknya pisang telahpun berbuah 2 kali untuk Macheda. Semoga beliau dan United dapat mencari kelab yang baik untuk beliau beraksi sebelum diserapkan dalam skuad utama United.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...