Bagaimanapun, bekas penyerang Liverpool itu menegaskan bahawa dia masih mempunyai sesuatu untuk diberikan dalam dunia bola sepak dan dia percaya dia masih boleh bermain untuk 2 atau 3 tahun lagi.
Dengan kontrak yang bakal berakhir tidak lama lagi, masa depan Owen di Old Trafford masih tidak menentu tetapi dia berazam untuk terus bermain apapun yang terjadi. Owen menegaskan beliau tidak menyesal menyertai dan berbangga kerana mempunyai saat-saat indah bersama United seperti menjaringkan gol pada perlawanan akhir Carling Cup, menjaringkan gol kemenangan menentang Manchester City, menjaringkan hatrik dalam Liga Juara-Juara dan memenangi liga perdana .
No comments:
Post a Comment