Seperti yang diketahui ramai, Bebe telahpun dipinjamkan kepada Besiktas sepanjang musim ini oleh United. Beliau mengalami permulaan yang mengerikan pada awal musim ini setelah mengalami kecederaan ligamen lutut sewaktu beraksi bersama skuad bawah 21 Portugal. Sejak kecederaan itu, Bebe tidak berjaya membuat sebarang penampilan bersama Besiktas dan menyaksikan beliau tersisih selama 7bulan.
Pada malam isnin lalu, Bebe berjaya membuat penampilan pertamanya untuk Besiktas pada musim ni. Bebe terpaksa menunggu sehingga minit ke 76 sebelum dimasukkan sebagai pemain gantian. Pada perlawanan itu, Bebe tidak sempat untuk menonjolkan kehebatannya kerana kekangan masa. Pada perlawanan itu, pasukan yang diwakili oleh Bebe iaitu Besiktas sekadar seri 2-2 menentang Istanbul BB.
Pada pendapat admin, Bebe haruslah mendapatkan semula kecergasannya dan bermain sebaik mungkin bersama Besiktas untuk memastikannya mendapat tempat dalam skuad United pada musim hadapan. Adios
No comments:
Post a Comment