tengok saiz badan mcm power jek |
Ketua Jurulatih Belia Notts County iaitu Mick Leonard telah membawa pemain itu ke Nottingham selepas melihat Spiess bermain di pusat kecemerlangan di Dubai. Leonard telah mendedahkan bahawa beliau telah bercakap dengan jurulatih penjaga gol Red Devils iaitu Eric Steele. Sebelum itu, beberapa pencari bakat dari United telahpun meninjau prestasi Spiess dan ternyata pemain itu mempunyai kemampuan untuk bermain bersama United.
Mick Leonard dipetik berkata kepada Nottingham Post: "Man United telah memerhatikan Speiss untuk masa yang lama". Leonard juga berkata terdapat pencari bakat dari Man City dan Tottenham pada perlawanan belia antara Notts County menentang Doncaster minggu lepas. Leonard juga menegaskan bahawa Spiess merupakan penjaga gol muda yang hebat dan beliau tidak akan terkejut jika mana-mana kelab-kelab besar mahukan beliau. Semoga Spiess memilih United untuk mengembangkan bakat beliau. Adios
.
No comments:
Post a Comment