Rodriguez, 20, adalah salah seorang bakat muda yang cemerlang bermain di Eropah sehingga membantu Porto menang 3 Piala musim lalu dan ramai yang telah membandingkannya dengan Cristiano Ronaldo sewaktu muda. Sejak tiba di Porto dari kelab Argentina iaitu Banfield pada tahun 2010, Rodriguez telah berjaya mengukuhkan kedudukan beliau dalam pasukan yang tidak pernah tewas dalam liga dan berjaya memenangi Piala Europa musim lepas.
Sir Alex Ferguson mempunyai rekod yang baik menandatangani pemain muda dari Liga Primeira Portugis dan melatih mereka menjadi seorang bintang. Cristiano Ronaldo, Nani dan Anderson semua dibawa dari Portugal pada usia muda dan telah menikmati banyak kejayaan di Old Trafford.Ferguson pada tahun-tahun kebelakangan ini telah melaksanakan dasar membawa masuk bakat muda terbaik seperti Javier Hernandez, Chris Smalling dan Phil Jones semuanya dibawa masuk ketika muda. Semoga James Rodriguez berjaya dibawa masuk ke Old Trafford
No comments:
Post a Comment